Friday, July 18, 2014

Pesawat MH 17 terhempas di hari ulang tahunnya ke 17!!

MASYAALLAH.

Tergamam. Terkejut. Dan amat sukar untuk dipercayai...apabila mendengar berita dari TV3 pagi tadi

Belum pun reda tragedi kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014, Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan tragedi menyayat hati pesawat MH 17 terhempas di sempadan Rusia - Ukraine.dalam tempoh tak sampai 4 bulan.


Banyak persoalan berlegar di kotak fikiran...

Pergolakan apa yang sedang dihadapi Malaysia?
Mengapa pesawat MAS?
Percaturan apa yang sedang berlaku antara kuasa besar dunia?
Mengapa pesawat penumpang menjadi target?

Kepada Allah kita mohon petunjuk dan perlindungan. Moga negara kita dan umat Islam sejagat dirahmati dan sentiasa berada dalam lindungan kasih sayangNYA.

AL - FATIHAH


Thursday, July 17, 2014

Khasiat Tapai ubi kayu



Ramadhan Karim.. Begitu pantas masa berlalu. Kita sudah berada di fasa terakhir Ramadhan. Fasa Pembebasan Dari API NERAKA! Kalau acara marathon di peringkat ini pelumba mengeluarkan sepenuh tenaga memecut ke garis penamat! Moga Allah melimpahkan rahmahNYA agar kita semua berupaya kegarisan PengampunanNYA…

INSYAALLAH..

Memandangkan di bulan ini aktiviti kebun agak terhad, hari ini tuan tanah cuma nak berkongsi info tentang KHASIAT - TAPAI UBI KAYU…

Cukup lama tuan tanah dah tak makan tapai ubi kayu ni…dan, teringat serabai tapai ubi juadah kegemaran, yang mak selalu buat untuk berbuka. Kami semua memang suka dan juadah ni  jugak  menjadi umpan mak untuk kami berpuasa! 

 
Tapai ubi kayu makanan klasik yang semakin dilupakan (pic-google))

Tapi kat utara ni orang tak makan tapai ubi kayu… Kalau sebut tapai ubi kat depa, semuanya ternganga!!!

Tapi, minggu lepas tapai ubi menjadi topik perbualan hangat apabila salah satu slide yang ditayangkan oleh MAKNA memaparkan imej TAPAI UBI KAYU! 

MAKNA - Majlis Kanser Nasional (pic-google)

Jadi apa kaitan MAKNA dengan TAPAI UBI??

Minggu lalu, jabatan kami telah menjemput Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk memberi penerangan sebagai pendedahan terhadap penyakit kanser. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenis-jenis kanser, cara pencegahan dan langkah rawatan. 

Juga,

Makanan yang digalakkan untuk dimakan sebagai usaha mengelakkan kanser.. Antaranya TAPAI UBI KAYU yang didapati baik untuk mengelak KANSER OVARI yang sangat digeruni kaum hawa! 
 
Rupanya tapai ubi kayu yang sebelum ni dianggap sebagai makan orang kampung mempunyai khasiat yang tersembunyi!

Harap info ini boleh dimanfaatkan bersama…dan kepadaNYA kita mohon perlindungan..

WALLAHUALLAM…

Since, kat utara ni tapai ubi kayu tak ada dijual, nampak nya  tuan tanah kena cuba belajar buat sendiri lah agaknya!!


Tuesday, July 1, 2014

Kulat?



Alhamdulillah. Kita telah menginjak ke Ramadhan ke 3. Syukur. Allah telah mengalihkan bahang el-nino dengan menurunkan hujan sejak pada petang hari pemegang puasa (Sabtu) hingga ke pagi ini. Moga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan tawadhuk dan penuh keinsafan..

Dan, hari ni tuan tanah nak share, sudah tentu bukan resipi atau menu untuk hidangan  iftar. Dan mungkin topik ni lari dari aura ramadhan, dan agak boring sikit. hehehe 

Iaitu, pasal sejenis makhluk Allah - KULAT..

Subhanallah…

Allah telah menjadikan segala sesuatu dengan tidak sia-sia….

Kulat? Apa yang istimewanya? 

Dan tak ramai orang teruja bila melihat kulat melekat tumbuh di tunggul-tunggul kayu yang reput… Mungkin kerana ia tidak dibekalkan dengan daya tarikan menawan…tak macam pokok-pokok hiasan lain ie: roses atau sunflowers…atau pun mungkin kita sering kaitkannya dengan barang atau makanan yang lama dan tamat tempoh!!! Berkula-kulat!

Tapi sejak beberapa kali ternampak bermacam jenis kulat muncul di laman sendiri, macam terpanggil pulak nak berkenalan dengan si kulat-kulat ni! Tentu ada keistimewaan yang tersendiri… dan kenapa ia sering muncul tumbuh melekat di kedua-dia tunggul pokok palm yang dah lama di tebang (depan rumah). 

Tunggul ni agak besar dan mustahil dicungkil dan cabut untuk meratakan permukaan laman. Maka tinggal tunggul ni di depan laman. Memang eye-sore!! Apa yang boleh dibuat hanya tunggu tunggul ni mereput sendiri! (Bagi kulat uruskan semuanya!!) Sementara menunggu, tuan tanah letak pasu bunga di atasnya bagi menutup kekurangan itu…

Antara kulat yang muncul…

Kulat putih bersih

Kulat ni macam kuping telinga

Dan yang ni berkaki panjang

Meh, kita berkenalan dengan kulat… Jom gugel!

Kulat sebenarnya bukan sejenis tumbuhan, kerana ia tidak mengeluarkan karbon sendiri melalui proses fotosentisis tetapi menggunakan karbon dari organisma lain yang terdapat disekelilingnya. Dan ia lebih mirip kepada  haiwan berbanding dengan tumbuhan. Tapi ia jugak berbeza dengan haiwan. UNIK kan?? Maka ia telah dikategori kan dalam alam sendiri iaitu KULAT!!

Dan,
Kulat dijadikan untuk berfungsi sebagai bahan pengurai utama bahan tumbuhan dan haiwan yang mati. Ia terdapat di setiap persekitaran bumi dan sangat penting dalam kebanyakan ekosistem.

Cuba bayangkan sekiranya tumbuhan dan haiwan mati tidak terurai?
Kulat juga mempunyai sejarah yang panjang dalan penggunaan manusia. Contohnya: Kulat unisel yang dikenali sebagai YIS digunakan dalam pembuatan ROTI dan menapaian makanan seperti TAPAI dsb…

Dan, kulat/cendawan juga telah diusahakan secara perladangan yang telah menjadi sumber pendapatan lumayan!

Tapi awas ada banyak jugak kulat/cendawan yang beracun!

Tabarakallah…