Mahukan
sayuran segar, organik dan bebas racun antara sebab mengapa kita berkebun!
Di mana,
daun bawang di antara sayur yang sering diguna dalam masakan harian. Jadi cuba
nak tanam sendiri.
Syukur,
dapat info macam mana nak tanam dari Kebun Bandar.
Try
dengan lima
biji bawang besar sebagai eksperimen pertama. Sebagaimana yang disarankan oleh
Kebun Bandar, potong lebih kurang 1/3 dari bahagian atas bawang, kemudian tanam
dan ratakan tanah separas dengan permukaan bawang tersebut, seperti gambar kat
bawah ni:
Semaian pada hari
pertama 2 April 2013
Selepas
seminggu, ternampak lingkaran putih pada salah satu semaian bawang tersebut. Tidak
lah ketara sangat.
Tetapi
selepas lebih kurang sebulan masalah itu makin jelas. Ada semacam fungus/jangkitan sedang menyerang
seluruh permukaannya.
Macam lambat jugak
pertumbuhan bawang ni (atau tak kena cara?)
Bawang yang kena jangkitan!
Adakah fungus
ini akan berjangkit? Bolehkah guna racun biasa?
Nasihat dan
tips dari semua rakan bloggers amat dialu-alukan.. budi baik semua didahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih..