Setelah
berbulan-bulan dok belai pokok “so called” tenggek burung ni, pokoknya hidup
subur. Daun2nya bukan main lagi lebar2. Pucuk muda (bercabang 3 galak
bertunas). Berbunga-bunga lah hati tuan tanah melihat perkembangan si tenggek
burung ni. Tambahan pulak selalu dok baca N3 smRose yang banyak tentang pokok
tenggek burung. Makin terujalah dibuatnya!
“So-called” tenggek burung
Pokok
ni tuan tanah pesan dari pak cik nursery yang selalu tuan tanah dok beli pokok
dengan dia.
Tenggek
burung ni tak berapa popular di kawasan utara ni. Kami jumpa pun semasa makan
tengah hari di Melaka. Memang jatuh hati dengan kesedapan pucuk yang tak pernah
tuan tanah rasa sebelum ni.
Mungkin
tak keterlaluan jika dinobatkan sebagai ulam paling sedap. Raja Ulam kot!
Tuan
tanah tak kisah sangat dengan khasiatnya tapi sedapnya tu… Jadi sebelum pulang
kami mencari pucuk tu di pasar basah Bandar Melaka. Kami borong “sebeban” bawa
balik Alor Setar, mengikut pakcik yang menjual tu, pucuk tenggek burung tahan
di simpan lama. Dan ia memang terbukti betul…walau pun seminggu disimpan
(fridge) pucuk2nya masih kekal segar.
Dah
meleret-leret pulak…
Ok
berbalik semula kepada kisah pokok
tenggek burung yang sedang subur di laman tuan tanah ni…
Alkisahlah…pagi Jumaat
lepas dengan penuh semangat tuan tanah menuai pucuk2 cabang 3 ni nak buat ulam
makan tengah hari.
Memang
tak sabar nak merasa kelazatan pucuk ni dicicah dengan sambal belacan… Apalagi
suapan pertama sudah tentu dimulakan dengan ikan bakar cicah sambal belacan dan
dibalut dengan pucuk tenggek burung lah!
Kunyah
perlahan-lahan nak ambik “feel” kelazatan pucuk tenggek burung yang di tanam
sendiri..
Tiba-tiba…kunyahan
macam tak boleh diteruskan…terasa sesuatu yang pelik…
Pahit?
Tapi teruskan jugak, makin pahit..makin pahit, kunyah lagi…pahit, pahit dan
pahit…tak boleh nak ditelan…. Kenape pahit?, tak sama rasa seperti pucuk tenggek
yang pernah dimakan tempoh hari. Risau pun ada, takut beracun!
Daaah hilang
mood..
Keesokkan
harinya, tuan tanah potong seranting pucuk tenggek bawa jumpa pakcik nursery
tu. Nak dapatkan kepastian.
On the scene…: (lawak betul)....
“ooo subur betui, besaq2
daun dia…pokok yang cheq beli ari tu kan?...sapa pakcik dalam loghat utara sebaik saja nampak saya
bawa pucuk tenggek burung, mengingatkan dia pokok yang saya pernah beli dengannya dulu.
“ya, ya pakcik…memang
subur pokok ni…tapi pakcik nape tenggek burung ni pahit…rasa macam bukan
tenggek burung langsung….” balas
saya…
“silap pokok kot pakcik” tambah saya
“Dak aiiih….tenggek
burung…pakcik tau la…rasa dia lemak2, sedap” balas pakcik dengan penuh yakin
“tu la pakcik patutnya
pucuk tenggek burung memang sedap…tapi yang ni pelik pulak rasanya…tak pa,…cuba
pakcik kunyah dulu…pahit sangat”
balas saya sambil menghulur daun untuk dicuba
Setelah
dikunyah, dengan agak terkejut; “Awat pahit sangat ni…” sambil meluah keluar
kuyahan pucuk tersebut…
“pakcik semai dari biji
tenggek burung, pokok dia besaq ada kat belakang rumah pakcik…awat pahit…pelik
pelik” tambah beliau…
“Saya pun heran pakcik,
kalau saya tak bawa untuk pakcik rasa…sampai sudah pakcik tak pecaya kan?”…balas saya sambil tergelak tengok gelagat pakcik tu..
“kalu lagu ni bukan
tenggek burung lagi ni, dah jadi tenggek beruang dah ni” sambung pakcik sambil tergelak panjang… kami semua
tergelak…lucu!
Persolaannya:
Ni
mungkin kes pelandok 2 serupa! Hehehe…Tapi kalau bukan tenggek burung pokok apa
ni?
Ni imej dari pakcik
google, nampak tak banyak beza dengan pokok tenggek burung yang tuan tanah punya!
Mungkin
smRose arif dengan tenggek burung… Minta komen sikit…