Thursday, October 31, 2013

Tips mudah ini memang berkesan


Jika mahu kekalkan laman organik, tips ini boleh membantu. Kita boleh bebaskan tanaman kita daripada makhluk perosak tanpa menggunakan racun serangga. Kita boleh halau mereka dengan semburan air rendaman cili kering.
 
Sambil masak pun boleh sediakan “semburan penghalau”

Air rendaman cili ini ditapis dan masukkan ke dalam botol penyembur, dan sembur 2 kali sehari kalau kes serangan serius atau seminggu sekali bagi kes pencegahan! Sangat mudah dan tanpa melibatkan kos.

Ni kes parah, kena sembur 2X sehari

Tips ini didapati dari kebun Bandar. Tuan tanah dah cuba ke atas sayuran dan tanaman di laman memang berkesan.

Terima kasih kebun Bandar kerana berkongsi maklumat berharga ini dan minta tunjuk ajar…terima kasih daun keladi, sudi-sudi lah berkongsi lagi…

Selamat mencuba

18 comments:

  1. salam @na...

    yan pernah juga cuba buat nie...tapi tambah bawang putih & sedikit minyak....memang berkesan....

    ReplyDelete
  2. tq ana dan kebun Bandar... kadang2 akak letak cili kering seketul kat pasu he he ..

    ReplyDelete
  3. Oih agaknya serangga tak tahan kepedasan tuh na tuh yg lari tuh..boleh cuba nie..tks

    ReplyDelete
  4. 1. yan's cottage;
    wassalam yan..oo ye tentu lg power tu...tq, yan

    2. suka suka;
    mcm tu lg mudah k mar...tk yah nk spray2!!!hehehe....pasni nk try jgk la

    3. ummuaidan;
    mungkin pedih mata kot ummu...hehehe

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni...dari membazir kan air rendaman cili kan..thanks for sharing ana..:D

    ReplyDelete
  6. betul nadia, padahal dh lama kita dok rendam cili tp tk penah sblum ni...rugi kan?

    ReplyDelete
  7. Tq @na
    simpan petua kot kalu nak bercucuk tanam, angan2 ada harap menjadi

    ReplyDelete
  8. sama2 sud@is...InsyaAllah menjadi tu...apa pun kena bermula dgn angan2 dulu kan...slmt bekebun na..

    ReplyDelete
  9. Hi Ana...saya pon nak kena buat ni....pokok capsicum saya dah ada tanda2 kena serang....thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  10. elok la lina cpt2 selamatkan capsicum u tu, kalau ikut yan dia tambah bwg putih n minyak...mungkin tu lg power..

    ReplyDelete
  11. "raserkan kepedasan air cili ni wahai serangge..!!! "aaa.. pedih2 kater seranga tersebut.." Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. hehehe....hrp2 culprits tu serik...n tak mai dah...

    ReplyDelete
  13. Tima kasih kongsi info ni..pokok kunyit sya abes kna gigit bllng..huhu

    ReplyDelete
  14. 1. adrianna syaz;
    baik cpt2 spray selamatkan...pokok kunyit tu & hrp2 bllg tu dh tk berani dtg lg... slmt mencuba

    2. Tukang Kebun;
    elok2...bagus idea tu..

    ReplyDelete
  15. nak cuba juga lah, pokok kacang saya penuh dgn serangga hitam, xtau pulak jenis apa, n semut pn banyak..harus cuba..hehe

    ReplyDelete
  16. Salam @na,

    Petua ni lagi mudah nak dihasilkan! Boleh spare je air cili kering ni utk menyerang makhluk perosak tu! Terima kasih @na!

    ReplyDelete
  17. 1. muka petak petak;
    elok la di cuba...InsyaAllah berkesan...lg pun tk melibatkan kos, kan hehehe...

    2. Ummu Madihah;
    Wassalam mak aji...slmt mencuba mak aji..hrp kebun kita pasni bebas serangan perosak n bebas dari racun!!!

    ReplyDelete