Cukup
senang. Kita boleh hasilkan cambahan hijau (green sprouts) dari biji sayuran
yang dibeli dari pasar. Salah satu biji labu..
Jadi,
kalau beli labu jangan buang bijinya…Sayang. Manfaatkan sepenuhnya anugerah
alam yang tak terhingga ini. Asingkan biji dan keringkan. Simpan.
Cukup
murah dibeli dari Giant, hanya RM0.99 shj
Jika
ada kelapangan, boleh cambahkan sebagai sprouts hijau. Sprouts
labu!. Dengan
sedikit usaha je, kita dah boleh hasilkan sendiri sayuran hijau yang
berkhasiat. Tak perlu ada tanah yang
luas, jentera yang canggih, kita hanya boleh hasilkannya dalam bekas-bekas
kecil di ruang dapur kita sahaja.
Seronok
buat sprouts ni….sat saja dah boleh tuai sayuran hijau. Senang, ringkas dan
cepat. Kos? “Tersangat minima”
Jom
kita mulakan!!!
Masukkan
sedikit tanah dalam bekas “terbuang” (reuse container), padat dan basahkan.
Kemudian tabor rata-rata biji labu ke dalamnya, dan tutupkan dengan kertas surat khabar yang telah dibasahkan.
Bekas
cambahan dibalut surat
khabar basah!
Letakkan
bekas tersebut ditempat gelap selama 2 malam. Dalam tempoh itu, periksa bekas
cambahan dan sembur air bagi mengekalkan kelembapan.
Cambahan
pada hari ke-3, telah bersedia menerima cahaya
hari ke-5
Dalam
masa seminggu dah boleh tuai.
Selepas seminggu, dah boleh tuai..
Cukup
mudah. Temukan mereka dengan tanah, air dan cahaya, ia akan bekerja mengikut
fitrah masing-masing.
Jika
direnungkan…ternampak dalam biji-biji halus tersimpan daun, dan jika tidak dituai
akan terus membesar, berbunga dan buah…kering dan menghasil benih semula…
Melengkapkan
satu kitaran yang amat menakjubkan!!!!
Tabarakallah..