Alhamdulillah. Kita telah menginjak ke Ramadhan ke 3. Syukur.
Allah telah mengalihkan bahang el-nino dengan menurunkan hujan sejak pada
petang hari pemegang puasa (Sabtu) hingga ke pagi ini. Moga kita semua dapat
menunaikan ibadat puasa dengan tawadhuk dan penuh keinsafan..
Dan, hari ni tuan tanah nak share, sudah tentu bukan resipi atau menu
untuk hidangan iftar. Dan mungkin topik ni
lari dari aura ramadhan, dan agak boring sikit. hehehe
Iaitu, pasal sejenis makhluk Allah - KULAT..
Subhanallah…
Allah telah menjadikan segala sesuatu dengan tidak sia-sia….
Kulat? Apa yang istimewanya?
Dan tak ramai orang teruja bila melihat kulat melekat tumbuh di
tunggul-tunggul kayu yang reput… Mungkin kerana ia tidak dibekalkan dengan daya
tarikan menawan…tak macam pokok-pokok hiasan lain ie: roses atau sunflowers…atau
pun mungkin kita sering kaitkannya dengan barang atau makanan yang lama dan tamat tempoh!!!
Berkula-kulat!
Tapi sejak beberapa kali ternampak bermacam jenis kulat muncul di
laman sendiri, macam terpanggil pulak nak berkenalan dengan si kulat-kulat ni! Tentu
ada keistimewaan yang tersendiri… dan kenapa ia sering muncul tumbuh melekat di
kedua-dia tunggul pokok palm yang dah lama di tebang (depan rumah).
Tunggul ni agak besar dan mustahil dicungkil dan cabut untuk
meratakan permukaan laman. Maka tinggal tunggul ni di depan laman. Memang
eye-sore!! Apa yang boleh dibuat hanya tunggu tunggul ni mereput sendiri! (Bagi
kulat uruskan semuanya!!) Sementara menunggu, tuan tanah letak pasu bunga di
atasnya bagi menutup kekurangan itu…
Antara kulat yang muncul…
Kulat putih
bersih
Kulat ni macam
kuping telinga
Dan yang ni
berkaki panjang
Meh, kita berkenalan dengan kulat… Jom gugel!
Kulat sebenarnya bukan sejenis tumbuhan, kerana ia tidak
mengeluarkan karbon sendiri melalui proses fotosentisis tetapi menggunakan
karbon dari organisma lain yang terdapat disekelilingnya. Dan ia lebih mirip
kepada haiwan berbanding dengan
tumbuhan. Tapi ia jugak berbeza dengan haiwan. UNIK kan?? Maka ia telah
dikategori kan dalam alam sendiri iaitu KULAT!!
Dan,
Kulat dijadikan untuk berfungsi sebagai bahan pengurai utama bahan
tumbuhan dan haiwan yang mati. Ia terdapat di setiap persekitaran bumi dan
sangat penting dalam kebanyakan ekosistem.
Cuba bayangkan sekiranya tumbuhan dan haiwan mati tidak terurai?
Kulat juga mempunyai sejarah yang panjang dalan penggunaan
manusia. Contohnya: Kulat unisel yang dikenali sebagai YIS digunakan dalam
pembuatan ROTI dan menapaian makanan seperti TAPAI dsb…
Dan, kulat/cendawan juga telah diusahakan secara perladangan yang
telah menjadi sumber pendapatan lumayan!
Tapi awas ada banyak jugak kulat/cendawan yang beracun!
Tabarakallah…