Pagi tadi, seperti biasa dalam perjalanan ke ofis, tuan tanah akan
stop beli kuih dekat gerai nasik lemak, yang terletak tak jauh dari rumah..
Selesai beli kuih, tuan tanah terus ke kereta. Semasa menghidupkan
engin, daah ternampak timbunan pokok orange cosmos atas bebahu jalan
bersebelahan kereta kami. Apa lagi terbeliak butang lah mata tuan tanah. Terus
capai phone turun dari kereta menuju ke timbun cosmos yang dibuang ni.
Timbunan orange cosmos
Belek punya belek dapatlah 2 seeds dari banyak-banyak bunga yang
ada! 2 biji pun jadi lah.. Sebab cosmos ni, kalau dah hidup ia mudah berbunga
dan menghasilkan seeds yang banyak nanti.
Seperti pengalaman menanam yellow cosmos sebelum ini. Hanya dari
sebiji saja, sekarang ni dah membiak banyak kat laman. Alhamdulillah.
Seronok tanam cosmos ni. Cepat hidup dan mudah jaga. Bunga pun
cantik. Memang tuan tanah tengah kumpul, kononnya sebagai koleksi laman untuk “pujuk”
rama-rama dan cik lady datang bertandang!
Ada beberapa jenis cosmos seeds yang dah tuah tanah beli dan semai
antaranya cosmos bipannatus mixed, cosmos bipannatus sensation dan white
cosmos. Tapi hanya white cosmos yang germinated itu pun sepokok je!
White cosmos – tumbuh sebatang kara
Harap-harap white cosmos ni selamat membesar dan hidup subur di
laman kami.