Tak
sabar-sabar rasanya nak share kebaikan oregano tea ni dengan semua…
Oregano tea
– dari laman
Dua
hari lepas macam tetiba ja tuan tanah kena flu…hidung pun sosek, sosek…dan
batuk-batuk.. Tuan tanah cuba elak dari telan panadol! Dan semalam baru
teringat pada oregano tea, katanya elok
untuk meredakan flu..
Petang
kemarin, balik ja dari keja, terus tuai segenggam daun oregano kat laman, cuci
bersih dan terus masak dengan 3 cawan air. Selepas mendidih tuan tanah masukkan 2
helai daun pandan. Resipi ori tak boh pun daun pandan. Saja nak perisakan
supaya lebih wangi ala-ala asia fusion…
Oregano leaves sedang dimasak -
tengah mendidih
Ni
kira pertama kali cuba…rasa macam teragak-agak jugak nak minum, bau nya agak kuat
tapi wangi pandan telah dapat imbangkan bau teh menjadi harum..
Masa
nak minum tuan tanah campurkan sesudu madu. Minum ketika masih suam-suam memang
best, segar dan melegakan…
Oregano plant cukup senang ditanam
Syukur.
Alhamdulillah pagi ni hidung dah kering, badan pun dah terasa segar…
Kepada
sahabat bloggers yang ada oregano plant kat laman, elok cuba. Ia boleh
dijadikan sebagai home remedy yang sangat menakjubkan. Ni kira first hand testimoni
dari tuan tanah la….setelah mencubanya semalam.
Selain melegakan flu ia dipercayai
amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan…
Selamat
mencuba....