Sejak dilanda el nino, kucai antara tanaman amat terkesan. Banyak yang kering dan rentong! Dan sebahagian lagi berbunga tak berenti. Stress terlebih...
Tuan tanah perlu selamatkan kucai (garlic chive) ni dari terus pupus. Nasib baik, bila dikorek masih ada ubi-ubi dari rumpun kucai yang masih ok.
Alhamdulillah.
Alor Setar dah mula hujan. Selepas lebih dari 50 hari tanpa hujan, petang sabtu lepas hujan turun lebat. Walau pun sekejap, lebih kurang 30 min cukup meredakan sedikit bahang el nino. Suhu di alor setar dah mula sejuk sikit, bawah 30C.
Syukur. Tuan tanah dah boleh mula berkebun. Harap replanting kucai ni akan survive! dan banyak lagi tanaman yang kena tuan tanah selamatkan.
Selamat berkebun.
Selamat berkebun.