anak telang pinda ke pasu jumaat lepas
Dah lama cari
benih bunga telang.. terima kasih pada klik!..klik punya klik jumpa kawan
bloggers yang telah menanam pokok bunga telang… menariknya lagi sirap biru
bunga telang dalam salah satu post ummuaidan…
Kalau sebelum
ni kami di pantai timur, selalunya guna bunga ni buat nasi kerabu itam saja..
Rupanya bunga telang juga boleh dijadikan sirap. BIRU. Sudah tentu ia banyak
beta carotene - amat baik untuk keperluan badan.
Tambah
berkobar-kobar lah semangat nak tanam telang.
Jadi terus
klik, cari seeds telang. Maka jumpa lah…seeds bunga telang dari tanamsendiri.com,
terus pesan 1 pek RM2.. Dah terima sebulan lepas.
PROJEK TELANG pun
bermula...
Stage 1: Semai
biji telang
Stage 2: Ubah
anak telang ke dalam pasu
salah satu pokok cuba tanam dalam pasu gantung
Stage 3: Daily
routine - siram dan baja
Now our
project in stage 3
Stage 4, 5 dan
seterusnya ….tungguuuuu telang membesar,menjalar, memanjat, berbunga dan
berbuah….
wah..tahniah @na bertanam telang jgk akhirnya..sy plak yg malas kutip bunga telang buat sirap nie.hehehe
ReplyDeleteTelang ni bila dah merayap berbunga, letih nak petik.. dan jadi semak pulak dinding rumah. (Lynn tgh buang sumer nak cuba Vine Crepers pulak..)
ReplyDeletetak penah tgk pokok ni.. nnt jgn lupa upload bila dh besar k.. hehehe... saya buta pokok :)
ReplyDeletelagi pokok tak pernah dengar sama cam sue juga...
ReplyDeletehidup ana...
ini seronok tgk project stage by stage...:D
ReplyDeleteBunga telang ni kuat. Tebas pun dia naik balik cepat.
ReplyDeletetk boleh tanam pokok menjalar dirumah, takut nnti rumah kami terbungkus dedaun menjala...
ReplyDeleteCiM ada laman, laman byk semak, jarang2 tebas, bila ada yg nk dtg barulah bergegas, smpi smpi tangan calar balas...
@ummuaidan;
ReplyDeletebaru nak cuba2 tanam..mcm syok jah tgk ummu buat sirap bighu tu...hehe
@lynnhelite;
ReplyDeleteooo ye ke lynn, saya baru nak tanam...ingat nk bg dia merayap kat pagar tu...tgk lah mcm mana nnti..
@SM79;
ReplyDeleteInsyaAllah su...
@sud@is;
ReplyDeletennti saya upload dlm entri akn dtg..na
@nadia rashid;
ReplyDeletelaman tak luas..kena buat projek dlm pasu je...projek kecil2an blh buat ikut stage...tu pun blum tentu mnjadi...hehehe
@TukangKebun;
ReplyDeleteoo ye ke, blum ada pengalaman lg dgn pokok ni...nnti selalu2 la bg tips pasal telang ni ye...tqvm
@Cinta Misteri;
ReplyDeletebahaya ni sampai terbungkus rumah...tp kita letak jauh tepi pagar ...ok kot..
Salam @na,
ReplyDeleteAmacam dengan bunga telang? Sudah terhasilkan sirap birunya???