Bukan
saja bena putih, fungus dan serangga perosak, kucing juga di antara ancaman
besar kepada tanaman kebun di laman rumah. Walau pun kita tak bela kucing, tapi
kalau dah jiran membelanya sama saja lah. Kucing mana kenal boundary kan? Sabo je la..
Masalah
kucing ni macam tak berkesudahan…makin hari makin banyak koloninya.. “melepas”
merata-rata. Yang paling tak tahan, pasu semaian dan pasu tanaman dijadikan
jambannya! Busuk tak payah nak cakap lah! Tension..dibuatnya. Kucing memanglah
tak salah, nama pun kucing mana dia boleh fikir!..
Bermacam
cara telah dicuba bagi mengatasi masalah ni. Sembur laman dengan ridsect,
sembur dengan febreeze pun pernah. Tapi tak berkesan.
Harap bau dari semburan cecair ini di sekeliling
kawasan tanaman, mampu menjauhkan kucing-kucing tu daripada “beroperasi” di
laman.
Jadi
cuba
tanya pak cik gugel, dapat cara ni. Selain boleh menghalau kucing-kucing, ia
jugak boleh disembur kepada sayuran sebagai racun organik untuk mengatasi masalah
serangan serangga perosak.
Bahan
yang disarankan dengan sedikit tambahan:
1
botol cuka, 5-7 biji limau purut, 20 biji cili api, 1 liter air dan 1 sudu
besar serbuk pencuci. Kisar semua bahan-bahan tersebut hingga halus dan tapis.
Simpan cecair beracun ni dalam bekas yang selamat. Semasa hendak menggunakannya
tuangkan ke dalam botol penyembur.
Antara bahan yang
digunakan dalam membuat cecair penghalau kucing!
Ia
sangat mudah dan murah. Tambahan pula limau purut dan cili api tu boleh
didapati dari kebun sendiri.
Sempat snap salah
seekor daripadanya..ni boleh dijadikan bahan bukti…kot..
Kepada
sesiapa ada cara yang lebih berkesan tolong kongsi di sini dan boleh
dipanjangkan kepada semua.. terima kasih