Tuesday, September 23, 2014

Tanaman laman : Jus ulam raja…



Jus ulam raja yang sedia diminum

Ulam raja antara herba yang paling senang ditanam. Mudah hidup. Dan senang dijaga dan kurang berpenyakit. Apa lagi di musim hujan macam sekarang ni, pokok-pokok ulam raja subur menghijau. Kalau nak dibuat ulam memang tak terhabis. Nak diulamkan setiap hari pun jemu jugak kan.

Geram tengok pucuk ulam raja tengah dok merecut-recut naik. Kalau dibiarkan semua akan tua, dah tak sedap. 

Sambil petik, kepala tuan tanah ligat berfikir apa nak buat dengan pucuk-pucuk muda yang dah penuh raga ni. 

Tuaian  pucuk ulam raja

Nak makan semua sah-sah tak habis… tup-tup timbul idea kalau lah pegaga boleh dibuat jus, apa salahnya dicuba dengan pucuk ulam raja ni…

Jadi, eksperimen bermula:

Pucuk ulam raja dibersih. Potong-potong masukkan ke dalam blender. Blend dengan  2 gelas besar air dingin (ais).

Hasil jus ulam raja selepas dikisar

Kemudian tapis dan campurkan dengan 2 sudu besar madu. Kacau sebati. Minum. Rasanya seakan jus pegaga. Cukup segar. 

Dan mungkin kita juga boleh campur dengan daun pegaga dan epal hijau bagi memperkayakan lagi khasiatnya…

Selamat mencuba…


20 comments:

  1. Assalam @na,

    wow,first time saya tgk ulam raja buat jus. biasa pegaga ja saya tahu. Menarik ni. Thanks for sharing. :D

    ReplyDelete
  2. wah... tak pernah terpikir plak.. mmm boleh beli benih ulam raja tak?

    ReplyDelete
  3. Yg pasti kakak tak pernah terfikir dan tak tahu boleh telan ke tak air macam ini Ana. Kalau pengaga kakak dah pernah buat dan boleh telan..

    Tapi ulam raja ulam paling kakak suka tau:)

    ReplyDelete
  4. salams kenal na,

    resepi baru dari ulam raja :)

    ReplyDelete
  5. saya belum pernah membuat jus sayur ini. Saya biasa mengkonsumsi mentah atau direbus sesaat, sangat lezat dan menyehatkan. Disini sering dipakai untuk mengurangi body odor.

    ReplyDelete
  6. wah percubaan berani ni @na,,hehe kalau rs spt jus pegaga tak da lah teruk sangat,,takda bau ek?
    jus pegaga sedap..nak try buat la nanti

    ReplyDelete
  7. Bagus Ana. Tak pernah terpikir pula nak buat Jus mcm pegaga. Why not? Selain ulam kak cuma masukkan dia dalam telur dadar ja. nanti mesti ada resepi masak lemak dengan tumis air. Try buat tengok Ana, apa rasanya pula...Kat rumah banyak ulam ni tapi kak sorang ja makan.

    ReplyDelete
  8. Jus Ulam Raja?

    Ok. First time lah saya tahu ulam raja boleh buat jus. Selama ni makan macam tu aje.

    Salam kenal tuan blog.. [^__^]/

    ReplyDelete
  9. Salam @na,

    Wow..memang berani..hee..eksperimen yang berhasil..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...wah kakak ni memang kreatiflah, syukur alhamdulillah dpt info yg bagus dr blog kakak ni, semoga kakak kreatif selalu, thanks utk idea ni kak :)

    ReplyDelete
  11. Lepas mulberry....ulam raja...ok will try!! Hehehe tapi mcm gerun je nak teguk...hihihi

    ReplyDelete
  12. Salam kenal, Ana...

    ini pertama sy tahu mengenai ulam raja apa lagi jus pucuk ulam raja. Apa iini kenikir atau cosmos? Kalau ya saya pun tanam pokok ni.. Boleh cuba jus ulam raja nanti...

    ReplyDelete
  13. suka makan ulam raja ni tapi tak sanggup nak buat air hehe...saya tag Ana :)

    ReplyDelete
  14. Jus pegaga + madu + epal hijau bunda pernah minum...yang ni akan dicuba nanti...

    Nak tanam dulu..

    ReplyDelete
  15. Salam @na,

    Jus ulam raja? Macam pegaga rasanya ya! Pucuknya paling Mak Aji suka buat ulam. Bagus juga ya dibuat jus kalau dah banyak dan tak termakan pucuknya ya! Let's go green!!

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ana bagitau kita pasal salah link tu...nasib baik kalau x mmg x perasan...semoga ukhwah berkekalan ya ;))

    ReplyDelete
  17. Ulam raja ni dah pandai nak pupus-pupus dah asyik banyak keluar anak.
    Hijau betul ulam raja tu.

    ReplyDelete
  18. Huwwwaa macam2 @na try dari hasil tanaman, syabas jus ulam raja 1st time tengok ....cemana rasanya....

    ReplyDelete
  19. 1. Ibu Qistina;
    wassalam Ibu Qis, ni pun 1st time try...ok jgk rasnya...+ dgn rasa manis madu. Segar

    2. Kuazue Mohd;
    Kuazue kalau berminat blh bg address penuh blh saya post kan...In Shaa Allah

    3. Kakzakie;
    Ok jgk rasa dia kak...blh try pasni...campurkan madu mmg sedap
    selamat mencuba, rugi tk cuba...hehehe

    4. AMIIZAA;
    Wassalam Amiizza...terima kasih sudi singgah...
    selamat mencuba resipi ni ya...hehehe

    5. Enda Murniyati:
    Enak jgk minuman ni endah...boleh dicuba nanti...
    ooo baru tahu blh diguna utk mengawal body odor...bagaimana caranya endah?
    tq kongsi info ni

    6. cucubulat;
    rasa dia ok lah...mungkin kalau kurang berani, kurangkan sikit kuantiti pucuk tu...tak la pekat sgt...hehehe

    7. Normala Saad;
    baik kak mala try nanti...mmmg sedap kak...rugi tk guna pokok yg ada byk2 kat laman tu...

    8. Faarihiin;
    hehehe...saya pun baru 1st time try...
    tima kasih sudi singgah dan folo sekali

    9. Tarique Syahman;
    Wassalam en tarique;
    hehhehe...jgn lupa try ya...mmg sedap...

    10. Julie M;
    Wassalam julie...tima kasih...
    IN SHAA ALLAH

    11. Nadia Rashid;
    nadia, blh kurangkan sikit daun, tak la pekat sgt jus ulam raja tu, kurang gerun sikit hehehe

    12. Yang Saya Suka;
    Wassalam. salam kenal jugak.
    saya kurang pasti ttg kenikir. tapi ulam raja ni pun dari keluarga cosmos...mmg edible...kalau ulam raja yg dimaksudkan...mmg ia boleh dimakan... selamat mencuba dan
    terima kasih sudi krn sudi singgah...

    13. Linda;
    tima kasih linda sudi tag saya...In Shaa Allah...

    14. Bunda a.k.a KN
    selamat mencuba bunda...

    15. Ummu Madihah;
    Wassalam Mak Aji,
    Sedap jgk mak aji...nak lagi sedap, mak aji boleh campur dgn pegaga...selamat mencuba mak aji

    16. Tukang Kebun;
    seronoknya, pokok ulam raja senang tumbuh balik...kan

    17. sud@is;
    sedap2...blh la try sud@is...hehehe

    ReplyDelete
  20. info baru untuk saya akan dicuba nanti. Thanks

    ReplyDelete