Thursday, September 18, 2014

Tanaman laman : Tumis air pucuk mulberry



Macam tersipu-sipu jugak masa nak post n3 ni… Masakan ringkas yang entah apa-apa… Tuan tanah memang tak cekap pasal masak memasak ni. Suka masak simple2 ja. Kalau chef otai terbaca n3 ni tentu tersenyum simpul sendirian hehehehe…

Tapi tak pa lah, saja untuk berkongsi tentang pucuk mulberry yang selalu tuan tanah cerita boleh dimasak berbagai cara. Masak lemak cili api, masak lemak putih, goreng belacan dan paling tuan tanah suka adalah masak tumis air!

Tumis air pucuk mulberry

Since, petang semalam tuan tanah masak tumis air pucuk mulberry, jadi boleh tuan tanah share resipi ringkasnya kat sini.

Bahannya sangat ringkas,
3 ulas bawang putih,
 sedikit lada hitam,
1 mangkuk kecil stok udang (air rebusan kulit udang)

Cara: Tumbuk bawang putih dgn lada hitam. Tumis. Masukkan stok udang. Garam secukup rasa. Masukkan pucuk mulberry dan biarkan mendidih sehingga pucuk mulberry betul-betul lembut. Dah siap. Boleh dihidang dengan nasik panas-panas dan  telur dadar! Menu macam ni pun dah cukup untuk tuan tanah habiskan seperiuk nasik!!! Dan masa hirup kuah tu ingatlah macam minum teh mulberry hehehe… 

Selamat mencuba..

Menu mudah, ringkas, dan cepat.


19 comments:

  1. Macam mana kakak nak mencuba Ana pucuk mulberry pun kakak tak jumpa lagi. Pandang ajelah apa yg Ana masak tu:)

    ReplyDelete
  2. Harus la saya mencuba nanti lepas pokok mulberi tumbuh daun balik. mekasih @na. :D

    ReplyDelete
  3. wow!! menarik ni! kat rumah pucuk mulberry tu menunggu masa nak ditrim aje..bolehla buat makam malam nanti

    ReplyDelete
  4. Muncul gak masakan dr daun mulberry...sy lama Da tunggu sedap eh..nak try lah..sbb banyak ni pucuk nya

    ReplyDelete
  5. Setakat ni saya cuma berani buat teh saja..nak buat sayur belum berani lagi..@na share resepi terus rasa nak try..thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong ajar cara membuat teh dari daun mulberry

      Delete
  6. wah!!!mmg sayur favorite ni tapi guna bayam, pucuk midin, petola jah. info bagus ni tapi ros xpernah tgk pokok mulberi (lagi kelakar ni)

    ReplyDelete
  7. Ana,kak tersenyum sendiri tengok resipi Ana ni..bukan apa, tak pernah terpikirkan boleh disayurkan begini..Kak mula tanam mulberi pertengahan tahun 90an dulu tapi masa tu belum tahu daunnya orang boleh makan kecuali ulat sutera.

    ReplyDelete
  8. Salam Ana,

    Kena tanam kena tanam kena tanam ni! Tak leh jadi hahaha..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya ana tumis air lada hitam..teringin nak rasa..tak boleh jd ni hjg tahun ni msti tanam mulberi.rs sihatkan dr sumber alam yg kita tanam sendiri.

    ReplyDelete
  10. jiran akak ada tanam pokok ni..buahnya tak sempat amik..diamik oleh budak2 yg lalu lalang..biasa amik pucuknya..celur dan buat ulam..tp org kata masak mcm ni,atau masak lemak..campur keledek pun sedap sgt..

    ReplyDelete
  11. Ringkas pun x pa..air tgn sendiri

    ReplyDelete
  12. Bunda pun tak berapa sure macam mana rupa pokok nya...

    ReplyDelete
  13. Thanks utk info ni Kak @na, x pernah terfikir pun pucuk mulberi ni boleh dbuat sayur hihi..kalo mcm ni nak cuba lah masak :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih @na bagi inspirasi hari ni kami buat masak lemak putih pucuk mulbery dan ikan bilis :) .

    ReplyDelete
  15. 1. kakzakie;
    tak pa kakzakie, mula2 pandang dulu baru inspirasi tnm sendiri sbb pucuk mulberry tak dpt cari kat pasar...selamat menanam mulberry kak...hehehe

    2. Endah Murniyati;
    kalau ada pokoknya, elok dicuba saja endah...

    3. Ibu Qistina;
    Ibu Qis, kalau masak nanti jgn lupa post kat blog resipinya sekali na...

    4. wanie ibrahim;
    wanie rugi dibiarkan begitu saja...daun yang berkhasiat tu..

    5. nadia rashid;
    hehehe...masak simple ja nadia...cuba la

    6. Tarique Syahman;
    kira saya la yang paling berani ni ya hehehe...cuba ja en tarique...sedap pecaya lah

    7. rostina76;
    rasonyo tumis air pucuk mulberry ni lagi sedak ros...kalu jupo nati baik try...

    8. Normala Saad;
    hehehe kak mala...patut kita mkn ja mcm mcm ulat sutera tu...buat ulam...tp saya blum try lg kak...tk berani hahaha

    9. Honey;
    mmg patut tnm la honey...dia senang hidup...

    10. cucubulat;
    betul tu CB, sumber hijau semula jadi mmg menyihatkan...pasni pi tnm pokok mulberry, tak gadoh tnm sayur dah hehehe...

    11. hana syed;
    nanti blh la cuba hana...tima kasih sudi singgah

    12. Kamsiah;
    kat rumah kami pulak buah mulberry kena berebut dengan burung hehehe...

    13. Putri;
    betul sesgt tu putri...tima kasih sudi singgah

    14. Bunda;
    bunda blh bertanya dgn pemilik nursery yg berdekatan dgn area bunda...pokok nya cantik dan buahnya seakan berry...mmg unik...elok bunda tnm...dlm pasu pun dia mampu berbuah...

    15. Julie M;
    pasni elok cuba julie n jgn lupa post kat blog dgn resipi sekali ya...

    16. Tukang Kebun;
    ooo dah cuba ya...apa rasa diana?

    ReplyDelete
  16. Nasib kat rumah ada pokok Mulberry .. boleh try ni..😋

    ReplyDelete