Sebut
tentang sayur hijau, kita selalunya terbayang sayuran hijau di ladang-ladang
atau kebun yang luas. Hampir mustahil dihasilkan sendiri dari rumah, bagi
mereka seperti saya yang tinggal di kawasan perumahan. Kawasan sangat terhad
dan tanah pula tidak subur. Tidak seperti di lembah-lembah atau lereng-lereng
bukit.
Walau
bagaimana pun, bagi yang tinggal di kawasan perumahan kita masih mampu hasilkan
sayuran hijau dari rumah!
Bagaimana?
Tauge
hijau/(Green sprouts )!
Ia
amat mudah “ditanam”, cepat dituai, murah, sedap dan berkhasiat. Kaedah ini
boleh membekalkan sayur hijau bagi keperluan harian keluarga.
Hasil
dari rujukan, kita boleh buat tauge/cambahan hijau ini dari bermacam benih
sayuran. Tapi sebagai cubaan pertama saya guna kacang hijau.
Setelah 3 hari
disembunyikan dalam gelap, cambahan ini telah bersedia menerima cahaya untuk
proses penghijauan
Sehari selepas terima
cahaya…
Selepas 3 hari
didedahkan kepada cahaya matahari, hari ni dah boleh tuai!
Dah kita dapat menikmati sayuran hijau yang ditanam sendiri. Tempoh
penghasilannya amat singkat, bermula dari persediaan biji benih hingga penuaian
tidak sampai 7 hari.!
Bermakna
kita boleh menanam sayuran hijau di rumah, walau pun tanpa kawasan!
Memang sangat
menarik.