Thursday, September 11, 2014

Tanaman laman : Cosmos pun boleh ditanam dengan keratan!



Try n error banyak mengajar kita ketemui sesuatu yang baru. Tuan tanah cuba teknik ni pada pokok cosmos secara tak sengaja dan it works!

Minggu lepas hujan lebat turun hampir setiap hari. Kadang tu diselangi dengan rIbut dan angin kencang. Kebanyakan pokok berbatang lembut ranap dan patah termasuklah pokok cosmos kuning ni. Agak kecewa jugak tengok, pokok dah besar dan subur jadi macam tu…

Dek kerana sayang nak buang, tuan tanah potong batang yang patah tu dan cucuk semula ke tanah. Tak letak apa-apa harapan pun. 

Keesokan harinya semua daun kelihatan layu dan tak bermaya. Tapi tuan tanah biarkan jugak kat situ. Tak sempat nak cabut buang. 

Sungguh tak sangka pagi tadi, tuan tanah agak terkejut bila nampak batang cosmos yang dicucuk minggu lepas segar dan mula berbunga! Berbunga-bunga lah jugak hati tuan tanah hehehe..

Dah mula berbunga,

Batangnya bengkok sikit, tak sesegar pokok bersebelahannya

Ini menunjukkan, yellow cosmos jugak boleh ditanam dengan keratan. Bagi tuan tanah ini satu penemuan baru secara tak sengaja dari laman. Entah-entah semua orang dah pun tanam cosmos ni macam ni, kami  ja yang baru tahu hehehe…
Jadi, kalau kita nak banyakkan pokok cosmos kat kebun tak perlu tunggu seeds, guna ja keratan batang. Potong dan cucuk. 

Tak payah tunggu bunga tu kering…

Selamat mencuba..


16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh yelah Ana. Menjadilah. Kakak pun biasa semai guna bunga yg kering. Meriah pulak tu bunganya:)

Julie22 said...

Betul tu kak @na, kosmos ni memang senang je tumbuh, Julie pun kengkadang cabut je pokok ni & pindahkan ke tpt lain, sometimes bila cabut tu akar tinggal sikit je, tanam balik tumbuh jugak, tapi penemuan kakak ttg tabam dgn keratan ni memang menarik! bagus utk dicuba...

sud@is said...

Kalau tidak berbunga sah ingat ulam raja, cicah berulam cosmos...apa jadi.... ntah berbunga didalam!!!!!

Tahniah @na kaji selidik yang berjaya.

Tiny gardener said...

Sama juga mcm ulam raja boleh di tnm guna btg cosmos tu. Tapi kalau di baja gila daun tapi tak berbunga!

Unknown said...

Salam @na,

Baru saya tau boleh tanam guna keratan batang..lepas ni senang laa nak biakkan..thanks for sharing.

Bunda_nora said...

Time dia berbunga banyak2 tu cantik sangat...

Daunnya sekali pandang macam daun pokok ulam raja...atau memang spesis dengannya?

Honey said...

Salam Ana,

Nak menyimpang jauh dari tajuk. Lawa rumah kikikiki

Normala Saad said...

Cosmos kak yang banyak2 kat rumah dah jadi tak eluk dah. Hujan direct dari bulan 8 sampai ke minggu ni.Pokok dan bunga semua jadi kuyu. Nak kena cabut buang la alamatnya...

@na said...

1. Kakzakie;
saya pun tak sangka kak. Alhamdulillah, menjadi..

2. Julie M;
Pasni Julie blh la cuba...mmg menarik sbb lg cpt berbanding dgn seeds..

3. sud@is;
tak pa sud@is cosmos jenis ni pun blh mkn cuma tk sesedap ulam raja..
t/kasih bukan kajiselidik main try ja...hehehe

4. Tiny gardener;
ooo ya...ingat cuma blh tnm dgn seeds ja...
tima kasih.

5. Tarique Syahman;
wassalam en tarique..
pasni kita tak yah tunggu seeds tu kering...hehehe...rasanya tnm dgn keratan lg cpt kan?

6. Bunda a.k.a KN;
masa tgh bebunga byk2 mmg cukup cantik bunda...
mmg dia dlm keluarga yang sama dgn ulam raja...dan blh buat ulam sama spt ulam raja jgk.

7. Honey;
wassalam honey,
mmg u jauh menyimpang hehehe...org tunjuk yellow cosmos u pi tgk benda lain...

TukangKebun said...

Cosmos memang boleh tanam pakai keratan. Kalau hujan lebat kekadang batang bawah yang hampir dengan tanah tu dah mula keluar akar-akar putih.

Endah Murniyati said...

Menarik, mungkin bisa dicoba untuk marigold. Kalau cosmos ditanam dengan layering sering saya lakukn, tapi kalau cutting belum pernah coba.

@na said...

1. Normala Saad;
betul kak mala, kalu tgh berbunga kena ujan mmg bunga akan jadi kuyu...tak comei kan?
tk pa kak mala potong cucuk balik...cpt sikit

2. Tukang Kebun;
tak tau pun sebelum ni, yg cosmos blh tnm dgn keratan btg..tima kasih diana kongsi info ini

3. Endah Murniyati;
InsyaAllah lepas ni kita cuba tnm marigold dgn keratan plk...may be it works..

cucubulat said...

bgus @na,,satu penemuan baru ilmu perkebunan.
patutla pokok ulam raja sy yang tumbang ke tanah sy biarkan jd tumbuh akar pd bhgian btg yg rapat ke tanah.entah2 ulam raja pun leh tanam keratan jugak.

@na said...

kalu ikut Tiny gardener, ulam raja mmg blh tnm pakai keratan...yellow cosmos ni pun sama famili dgn ulam raja...
tq CB

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Meriah bunga kosmos ni! Mak Aji pernah nampak ditanam sekelompok, cukup cantik! Daunnya semacam ulam raja. Kalau takde bunga tu, memang ingat ya ulam raja. Kalau gitu boleh beli sekali ajelah benih kosmos, selebihnya keratan batang aje.

@na said...

Wassalam mak aji...
mmg meriah bunga kosmos ni mak aji...yang best tu, ia senang hidup dan mudah berbunga. yellow kosmos ni pun blh dimkn sama mcm ulam raja..mereka dari famili yg sama mak aji...