Usahkan
lebat, berbuah pun tak! Mungkin belum lagi kot. Tapi pokok lemon ni dah masuk
usia 3 tahun. Pokoknya, bukan main lagi rimbun dan subur sekali. Tapi belum ada
tanda-tanda berbunga nak berbuah.
Merimbun tapi masih belum
berbuah…
Tuan
tanah harap jangan ada pembaca salah sangka pulak, tertunggu-tunggu tips dari tuan
tanah… Tapi sebenarnya tuan tanah la yang nak mintak tips dari gardeners dan
pembaca semo.
Tapi
jangan risau, tuan tanah percaya kita akan dapat tips dari gardeners lain yang
terbaca post ni dan berkongsi tips dalam kotak komen nanti. Harap-harapnya
begitu lah.
So,
Tuan
tanah mohon pada semua jika ada petua atau tips pasal pokok lemon ni, sudi-sudi
lah kongsi di sini ya…
Terima
kasih daun keladi..
29 comments:
Ana... kakak bagi tips arwah mak mertua kakak dululah. Dulu dia pangkas tak bagi tinggi. Selepas kena pangkas nanti tumbuh tunas baru bersama bunga dan jadilah buah...
Or else beli aje baja buah:)
Kakak tengok mak kakak pun letak hampas kelapa di pangkal pokok utk apa tapi tak tanyalah pulak..
Assalamualaikum Kak Ana,
saya pun ada gak tanam pokok lemon, still tak berbunga.
Ana, kak baru beli on line 2 pokok anak lemon. Satunya baka Australia, satu lagi yang biasa. Yang Australia daun dia cubit sikit ja punyalah harum...tak tahu lah bila tahun nak berbuah. Tapi kalau ikut limau asam biasa..yang tut 2 tahun lebih dah berbuah lebat ( kak biasa tanam dulu ) Tanam biji mungkin 3-5 tahun kut...
Cuba letak nasi sejuk... baki nasi yang tak habis di makan... lepas tu tutup dengan daun - daun kering.. akak dah buat pada pokok belimbing..
As salam @na,
Apa khabar? Lama tak singgah ke laman @na.
Saya tgk melalui foto yg @na paparkan, nampak gayanya pokok lemon tu mabuk daun. Terlebih daun, perlukan pemangkasan berjadual terutama untuk membuang ranting/dahan yg naik menegak tu. Jika anak pokok ditanam menggunakan anak tut/kahwin, ia berbuah dlm tempoh 1-2 thn. Kalau tnm guna anak biji, ia mula berbuah lbh krg 4-5 thn. Jgn lupa buh baja untuk buah.
Lebat daunnya.
Cuba pangkas dulu.
Tapi jangan kasi baja lagi.
Salam Ana,
Whoa bestnya ada pokok lemon. My mom cerita, kat kampung ada banyak orang tanam pokok lemon. Diaorang bukan petik pun buah tu dan diaorg tak tau pun yang lemon tu mahal hokay! Buahnya banyak! Tapi di sebabkan diaorang tak jaga, buahnya tak elok.. takde air. Sayang betul.
First time tengok pokok lemon.. mmg jakun...agaknya sebab tu lemon mahal kot Ana, susah berbuah hehe :p
Pangkasan adalah salah satu cara nak bagi pokok mula keluar bunga....buang tunas2 air, ranting/dahan yang tumbuh menegak terutamanya.
Selain itu...boleh letak/tanam jantung pisang dalam tanah. Bukan tanam betul2 di pangkal. Jarakkan 0.5 meter - 0.9 meter dari pangkal pokok.
Assalamualaikum,
Nak tanya sikit. Boleh recommend kedai jual barang gardening dan benih di alor setar? Terima kasih
Ainul
Anak pokok lemon untuk dijual
013-5923985
Bagaimana cara pangkas,?
Cuba guna baja super my plant food... bancuh 5ml setiap 5 lt air...sembur kat daun dan batang...inshaaAllah dlm 2 minggu akan berbunga.. boleh guna di mana2 pokok buahan...
Saya ada pokok.lemon yg telah ditutkan. Rm50 utk setiap pokok. Boleh duhubungi melalui 01118653034 abd razak seremban.
anak pokok lemon tut,Rm50?
mengigau ke?hahaha...
Aku beli anak lemon dlm polibag baru rm15 , ni rm50 nak p haji ka . Kahkah
Pencahayaan untuk anak pokok lemon yang baru dikeluarkan dari polibag macam mana ye? boleh direct tak ?
Try sembur campuran air redbull+air tanpa klorin
Dimanakah boleh dapat anak pokok lemon spt dinyatakan......?
Dah berbuah ke lemon tu sis 😀
Buang daun secara selang seli
Masalah sama .....huhuhu
rm50 melampau
Brp nisbah sukatan redbull:air non klorin tu ye
Nisbah campuran?
RM50????? Sy beli RM15 je...
Hampir 2 tahun ada skali dia berbunga.je tapi x lekat jd buah.mcm2 dah buat buang daun tunas naik dahan baru daun lebat...dah guna baja buah mmg degil
Post a Comment