Wednesday, January 4, 2017

Jambangan Melur....

Bicara melur, wangi...

Penyeri ruang....


Monday, January 2, 2017

Harum malam...

Di sebelah utara pokok ni dipanggil sebagai pokok harum malam. Mungkin, kerana bunga ini kembang dan sangat harum di waktu malam dan hanya bertahan hingga ke awal pagi saja. Keharumannya mula berkurangan bila matahari semakin meninggi dan hari semakin panas.

Bunga ini merupakan bunga yang terharum dalam koleksi laman kami. Bila musim ia berbunga, wangiannya semerbak memenuhi seluruh ruang rumah kami. Dan melangkau ke sebahagiaan kawasan taman kami. 

Dan, pada ketika ini juga, akan kedengaran "busy bees" berterbangan keriangan. Sibuk, hinggap dari satu kelopak ke kelopak gugusan bunga yang sedang berkembang... Entah dari mana ia muncul. Sama-sama menceriakan laman. Nyaman dan menyegarkan...

Pic di awal pagi...

Kelihatan lebah sibuk menyedut madu

Gugusan bunga yang mewangi...

Syukur di beri nikmat wangi... Walau pun hanya seketika tapi berkekalan tersimpan dalam memori...






Sunday, December 25, 2016

Bunga-bunga telang

Cantik bunga telang ni. Lama jugak tuan tanah tak tuai bunga-bunga telang di laman. 

Alhamdulillah, ari ni sempat layan kebun. Kutip bunga-bunga telang biru yang bergayutan di keliling rumah...

Walaupun terbiar, tetap berbunga

Yang ni meleret sampai ke lantai

Amboi2, bukan main lagi dia posing 

Tuaian bunga telang hari ni

Macam teringin pulak, nak buat nasik lemak telang... Entah jadi ka tak, tak tahu lagi ni...hehehe

Selamat berkebun dan berhujung minggu semua...jumpa lagi..


Thursday, December 15, 2016

Pokok ulam laksa...

Putat. Pucuknya menjadi ulam pelengkap dalam hidangan laksa utara... Cantik dan unik pokoknya..

Macam curtain kan?

Bunga2nya kelihatan seolah untaian manik2 kecil..

Pokok sedang berbunga, kurang berpucuk..

Pucuk putat merupakan ulam kegemaran orang utara. Selain popular sebagai ulam pelengkap laksa ia jugak enak di makan bersama sambal belacan. Memang sedap..

Pada sesiapa yang belum pernah makan, elok cuba..




Wednesday, December 7, 2016

Eksperimen kultur PISANG NANGKA Luar Makmal

Alhamdulillah. Berjaya.

Dua cebisan tisu, diambil dari anak pokok dan disemai dalam polibag mula BERTUNAS!  

Selepas, lebih kurang 1 bulan

Terus membesar

2 bulan kemudian

Syukur...
Seronok pulak rasanya...


Friday, December 2, 2016

Jengok laman jap..

Salam Jumaat semua...
Pagi ni berkesempatan bermesra dengan laman. Kalau dah mai mood rajin tu, dalam hujan renyai pun sanggup berfoto-foto... Jom layan jap,

Mulberry sedang meranum

Hasil tuaian...emmmm manis bersari

Yang ni pulak tengah galak berputik

Haahh...bunga giant markisa tak kurang wanginya...

Satu-satunya pokok orkid di laman

Dia puuuunn...turut meriahkan laman...


Ok, selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi...

Wednesday, October 12, 2016

Bubur Nasi Pucuk Mulberry

Menu ringkas petang semalam...

Pic:Tengah mendidih....