Monday, July 29, 2013

Hari ni dah kembang sepenuhnyA


Syukur.

Akhirnya, Russian giant sunflower berbunga dalam tempoh tak sampai 2 bulan.

Pokoknya tak besar sangat sebab tanam dalam pasu je. Pasu pun bersaiz kecil. Tapi tingginya lebih daripada tukang kebun (5’4”). Nak close up bunga pun susah.

Jom tengok proses sunflower ni berkembang…ciwi sikit sebab tak penah tanam sunflower sebelum ni..

FOTO 1:


 

FOTO 2:

 

FOTO 3:

 

FOTO 4:

 

Dan, AKHIRNYA... taraaa:

Dah kembang sepenuhnya…bunga matahari ni macam seolah sedang memberi senyuman penuh keriangan. Puas!

 

Sunflower ni jenis edible. Tapi sayang pulak nak petik dan nak masak bunga sulung ni. Mungkin next batch flowers boleh cuba sauté kot, InsyaAllah.

 

Thursday, July 25, 2013

“Bawang Runtuh”


 
Semalam sempat singgah Giant cari keperluan dapur. Dan bawang di antara bahan masakan utama yang akan dicari! Terdapat banyak lambakan timbunan bawang. Harganya pulak rasanya sangat murah pernah ditemui. Tuai sebanyak 1.3kg dengan harga RM1.70…

Cukup murah.
 
Bukan durian runtuh tapi ini bawang yang runtuh. Mungkin ketika ini sedang berlaku lambakan bawang di pasaran.

 
Dan kepada pekebun-pekebun yang bercadang nak tanam (spring onion), ini masa paling sesuai untuk mendapatkan benih bawang. Dalam masa 2 – 3 minggu kita akan dapat menuai dan merasa spring onion dari laman sendiri. Bersih tanpa racun.

Masakan ringkas spring onion + sawi dari laman untuk berbuka


Selamat berpuasa sambil berkebun.
 
 

Monday, July 22, 2013

Ada lebih…


Basil, sawi dan spring onion dah berada di peringkat matang dan harus dituai. Kalau tidak overdue pulak, dah tak segar.

Basil, sawi dan spring onion

 Alhamdulillah. Walaupun, cuma tanam dalam container, nampaknya hasilnya mencukupi untuk keperluan kami malah lebih….

Memandangkan tuaian petang semalam ada lebih, bawa sikit bagi kawan-kawan kat ofis, merasa sayur organik tanpa racun. Tapi bukan banyak sangat pun. Sekadar bolehlah dimasuk dalam mee atau bihun goreng.
 
 

Wednesday, July 17, 2013

Petang nanti dah boleh tuai ni…


Salam Ramadhan. Hari ke 8 sudah..

Sejak akhir-akhir ni 3 pasu bunga melur di halaman seolah-olah sedang berlumbu-lumba mengeluarkan bunga. Putih berseri. Harumannya cukup menyegarkan. Syukur dengan kurniaan nikmat wangian ini.

Bau bunga melur seolah menggamit supaya dilayan. Buat kaki akan melangkah mencari arahnya, walaupun dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke pejabat…dan mula lah “berjangkit” kepada “jiran-jiran” bersebelahannya..

Sawi, basil dan spring onion.

Itu di antara sayuran ditanam untuk stok ramadhan nampaknya dah boleh dituai. Alhamdulillah, pertumbuhan tanaman mengikut jadual perancangan..

Sawi 5 bintang ni benih dari tanamsendiri.com

 
Basil Genovese seeds dari mirukugarden

 
Spring onion - benih bawang dari tesco. Ditanam dalam 2 minggu lepas

 
Gabungan ke tiga-tiga jenis sayur ni rasanya sesuai untuk dimasukkan dalam spaghetti goreng, sebagai menu berbuka petang nanti. InsyaAllah.

  

Tuesday, July 16, 2013

Layan kebun sat…


Subhanallah.

Kuak je pintu rumah, harum melur semerbak menyapa hidung di hening pagi Ramadhan ke 7 ni. Melur selapis sedang memutih selari mengikut fitrahnya.
 
Dalam gelap-gelap di awal pagi tadi, sebelum bertolak ke ofis cepat-cepat snap beberapa foto.

Melur jenis ni cukup ramah…sentiasa berbunga dan sungguh wangi

 
Disebelah pasu melur kelihatan zucchini telah berputik. Tapi dah tahu dah. Ini mesti putik bunga bukan buah. Walau pun tak pernah tengok pokonya sebelum ni.

 

Tak sabar nak tengok putik-putik bunga tu kembang...pokok zucchini ni sangat besar, mungkin berat tu nampaknya dah tersandar ke pagar


Tetamu ni ni pulak seolah-olah menyapa untuk turut bergambar. Wah bukan main posing lagi dia di hujung daun Russian Giant Sunflower tu.

Ni mungkin dari keluarga belalang kot

 
Tabarakallah. Semuanya milikMU…

Sunday, July 14, 2013

Betul-betul ingatkan buah, tapi bunga rupanya!


Salam ramadhan.

Alhamdulillah. Hari ni sudah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Di bulan istimewa ni, aktiviti berlama-lama di kebun hanya boleh dilakukan pada hujung minggu iaitu pada jumaat dan sabtu. Pada hari bekerja nampaknya agak terhad untuk berkebun, masa kita susun mengikut priority tersendiri.

Usai solat subuh jumaat lepas, sempat keluar ke laman tengok perkembangan sayuran yang ditanam sebelum ramadhan sambil buat senaman ringan. Belek sana sini.

Kemudian, mata singgah pula pada pokok bendi. Senang tengok pokoknya dah subur dan menjulang tinggi. Daunnya besar-besar.

Teruja.

Bendi yang baru ditanam beberapa bulan lepas dah BERPUTIK? Terus snap gambar. Maklumlah ini lah pertama kali tanam kacang bendi.

Putik “buah” bendi pada pagi jumaat

  
Hairan.

Sebab bendi ni tak pernah berbunga pun. Tapi rasa macam pernah nampak bunga bendi di kebun maya rakan-rakan. Dalam hati berkata-kata bendi ni special lah berbuah tapi tak berbunga.

Kehairanan ini terjawab pada pagi sabtu berikutnya.

Putik bunga rupanya!

 
Tersenyum simpul sendirian tengok bunga bendi ni….

 
Memang, betul-betul ingatkan putik buah TAPI putik bunga rupanya…

Banyak lagi ilmu kebun nak kena belajar ni…
 
 

Monday, July 8, 2013

Pek Nga biRu bunga telang di pagi sabtu…


 
Orang utagha panggil pek nga, bahasa bakunya lempeng atau pancake bagi orang bermata biru.

Pek nga ni boleh dikatakan menu penyelamat untuk sarapan pagi atau makan malam kami… Selalunya buat pek nga biasa je, cicah dengan sambal bilis atau sambal sardine. Sekali sekala kalau rajin buat pek nga bayam hijau…

Tapi pada pagi sabtu lepas “mereka” sikit, buat eksperimen pek nga biru dengan bunga telang. Tawakal je lah…belum dapat nak agak apa rasa pek nga ni.

Pek nga biru digulung, tapi merekah sikit, sebab tebal sangat kot…rasanya sedap jugak walau pun nampak comot!

 
Bunga-bunga telang yang dipetik di awal pagi sabtu lepas...

 Bunga telang yang dipetik di waktu pagi “petal” nya nampak lebih tegang dan warnanya lebih menarik berbanding di waktu petang. Tapi di hari2 bekerja tak berkesempatan lah nak kutip bunga2 telang ni di waktu pagi..

Wednesday, July 3, 2013

Compliment gift


Benih sawi 5 bintang, okra seed dan courgette black beauty dah tumbuh dan makin subur.
 

Benih sawi lima bintang dari tanamsendiri.com benih kongsi bulan FEBRUARI 2013.
 
Ini percubaan ke2, setelah semaian pertama terbantut

Dan;
 
5 biji benih Okra dari Diana – KBB, sebagai gift bagi pesanan bulan April. Walau pun hanya 3 dari 5 yang bercambah tapi pokoknya dah mula membesar. Tapi yang peliknya selepas 1 bulan, dah keluar putik-putik buah tapi tak Nampak bunga pun!. Atau bendi ni memang tak berbunga tapi terus berbuah?

Bendi ni berusia sebulan, dah mula berputik

 
Lagi;
 
2 biji Courgette black beauty dari miruku garden, gift bagi pesanan Mei lepas.. 1 biji dah ditanam 3 minggu lepas, dan satu lagi baru tanam semalam.

Courgette yang ditanam tiga minggu lepas
 
Cepat pertumbuhnya dan subur. Tertunggu-tunggu perkembangan selanjutnya sebab tak pernah tengok pokok dan buahnya sebelum ni. Lihat kepada pokoknya tu, macam dari kelurga mentimun…
 
Kepada En. Is - tanamsendiri.com, Diana – KBB dan miss Ching – mirukugarden, terima kasih banyak.

Terima kasih daun keladi…

Monday, July 1, 2013

Berkebun sambil kitar semula


Kempen 3R. (Reduce, Reuse and Recycle). 3 minggu lepas Larian Amal sempena kempen kitar semula diadakan seluruh Negara. Tujuannya untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat dalam menangani sisa buangan domestic dan industri Negara. Di samping itu, kempen ini juga menggalakkan masyarakat menanam pokok bagi menghijaukan bumi untuk mengurangkan masalah kepanasan global.

Bermacam cara kita boleh menyahut dan menyumbang tenaga dalam menjayakan usaha ini.

Berkebun dilaman rumah juga di antara salah satu usaha kecil yang boleh kita sumbang kepada usaha kitar semula…

Sebahagian botol air mineral yang sempat digunakan semula…

 
Cili api krabi - ditanam dalam polybag dari pembalut serbuk pencuci (benih pemberian rakan balik dari sana)

 
Sawi dan garland dalam keratan sebahagian botol air mineral 1.5 liter

 
Bahan buangan terutamanya dari  botol-botol mineral, botol minyak masak, bekas plastic pembalut serbuk pencuci, pembalut plastic beras dan tin-tin biskut boleh digunakan semula sebagai bekas untuk menanam pokok bunga dan sayur-sayuran. Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksijen dan menyejukkan bumi!

Jom kita berkebun sambil kitar semula.