Monday, August 19, 2013

Giant sunflower melentok atas pagar

 
Unik sungguh sunflower ni, dari pemerhatian sebelum bunganya berkembang ia akan berubah ke timur dan barat mengikut arah matahari naik dan matahari terbenam!

Tapi, bila dah mula berkembang sepenuhnya, bunganya akan set menghala ke arah matahari naik (ke timur). Dan tak lagi bergerak seperti sebelumnya.

Patutlah nama bunga matahari…bentuk dan warnanya sungguh menawan dan mencuri tumpuan!

Sunflower dari pokok ke3 telah kembang sepenuhnya pada minggu lepas. Dek oleh kerana terlalu berat batang pokok tak mampu menampung bunga yang semakin membesar, Sunflower mula melentok mencari tempat bergantung! Pagar.

Tak puas tengok sunflower kembang, dah melentok..

 
Close-up sikit, kelihatan seeds yang semakin matang..

 

Tuesday, August 13, 2013

Lepas raya…


 
Setelah beberapa hari tinggal beraya…

Sesampai je rumah buat inspection dulu…tengok tanam-tanaman yang ditinggalkan. Syukur tengok ada kesan hujan. Sure, pokok tak merana lah sangat.

Tapi… MASYAALLAH,

Terkejut sakan! Apa dah jadi dengan pokok terung bulat ni??? tinggal rangka je? Dan sisa 2 biji terung masih tinggal.. daun-daun abis kena “kenduri” Sedih2…

Angkara siapa la ni, tak nampak culprit nya pulak

Masih tinggal 2 biji…

Sunflower pulak dan tunduk layu.. Mungkin dah sampai peringkat matang dan perlu dibiarkan kering begitu saja. Dan boleh diambil seeds untuk dijadikan benih. Pada rakan bloggers yang arif dengan sunflower harap boleh tolong berikan tips tentang hal ini,.

 

Daaah layu akhirnya

Dan yang ni pulak, agak teruja sikit… 5 biji benih betik sekaki yang semai pada 17 Ramadhan lepas, semuanya dah tumbuh…syukur..

Nampak semua segar-segar belaka…
 
 

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1434

Salam aidil fitri kepada semua RAKAN BLOGGERS dan seluruh muslimin dan muslimat...

MAAF ZAHIR BATIN


Thursday, August 1, 2013

Semai sempena hari Nuzul Al-Qur’an


Salam Ramadhan..

Pesanan benih termasuk (keratin Tonkin jasmine ) dari tanamsendiri.com sampai pada Jumaat minggu lepas iaitu bersamaan 17 Ramadhan 1434.

Ada 4 keratan Tonkin jasmine
 
Keratan-keratan tu nampak sedikit layu. Jadi perlu terus semai pada hari yang sama supaya hayat yang masa ada tu dapat diselamatkan. Di samping itu dapat memanfaatkan keistimewaan dan kelebihan hari nuzul Qur’an ni.

Keratan jasmine Tonkin dah mula bertunas.

Tonkin Jasmine ni jenis edible flower. Boleh dijadikan salad atau masak telur dadar.

Dan, tak menghampakan jugak keratan thyme yang disemai 2 minggu lepas nampak hidup segar. Walaupan dari 4 keratan hanya 1 yang hidup. Terima kasih cik srikota dari blog My Mix Garden kerana  kongsikan idea ini.

Keratan segar thyme ni didapati dari tesco (RM1.79)…

 
Ok, selamat berkebun dan selamat berbuka…