Wednesday, January 4, 2017

Jambangan Melur....

Bicara melur, wangi...

Penyeri ruang....


Monday, January 2, 2017

Harum malam...

Di sebelah utara pokok ni dipanggil sebagai pokok harum malam. Mungkin, kerana bunga ini kembang dan sangat harum di waktu malam dan hanya bertahan hingga ke awal pagi saja. Keharumannya mula berkurangan bila matahari semakin meninggi dan hari semakin panas.

Bunga ini merupakan bunga yang terharum dalam koleksi laman kami. Bila musim ia berbunga, wangiannya semerbak memenuhi seluruh ruang rumah kami. Dan melangkau ke sebahagiaan kawasan taman kami. 

Dan, pada ketika ini juga, akan kedengaran "busy bees" berterbangan keriangan. Sibuk, hinggap dari satu kelopak ke kelopak gugusan bunga yang sedang berkembang... Entah dari mana ia muncul. Sama-sama menceriakan laman. Nyaman dan menyegarkan...

Pic di awal pagi...

Kelihatan lebah sibuk menyedut madu

Gugusan bunga yang mewangi...

Syukur di beri nikmat wangi... Walau pun hanya seketika tapi berkekalan tersimpan dalam memori...