Thursday, May 30, 2013

Tips tanam sendiri sayur hijau segar dan berkhasiat…


Sebut tentang sayur hijau, kita selalunya terbayang sayuran hijau di ladang-ladang atau kebun yang luas. Hampir mustahil dihasilkan sendiri dari rumah, bagi mereka seperti saya yang tinggal di kawasan perumahan. Kawasan sangat terhad dan tanah pula tidak subur. Tidak seperti di lembah-lembah atau lereng-lereng bukit.

Walau bagaimana pun, bagi yang tinggal di kawasan perumahan kita masih mampu hasilkan sayuran hijau dari rumah!

Bagaimana?

Tauge hijau/(Green sprouts )!

Ia amat mudah “ditanam”, cepat dituai, murah, sedap dan berkhasiat. Kaedah ini boleh membekalkan sayur hijau bagi keperluan harian keluarga.

Hasil dari rujukan, kita boleh buat tauge/cambahan hijau ini dari bermacam benih sayuran. Tapi sebagai cubaan pertama saya guna kacang hijau.
 

Setelah 3 hari disembunyikan dalam gelap, cambahan ini telah bersedia menerima cahaya untuk proses penghijauan

Sehari selepas terima cahaya…

 
Selepas 3 hari didedahkan kepada cahaya matahari, hari ni dah boleh tuai!

Dah kita dapat menikmati sayuran hijau yang ditanam sendiri. Tempoh penghasilannya amat singkat, bermula dari persediaan biji benih hingga penuaian tidak sampai 7 hari.!

Bermakna kita boleh menanam sayuran hijau di rumah, walau pun tanpa kawasan!

Memang sangat menarik.

Wednesday, May 22, 2013

Cow pea dalam botol air mineral


Ingat nak buat tauge hijau (green sprouts) dari cow pea. beli seeds dari supermarket. Nak cuba dulu.

Eskperimen lagi.

Sebelum ni cuba buat tauge biasa (putih) dengan cow pea ni…. Buat macam cara buat tauge dari kacang hijau. Tapi, tak menjadi. Kacang yang direndam mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Busuk!

Dah, tong sampahlah tempatnya..

Terfikir pulak lebihan kacang yang tinggal tu, baik cambahkan guna soil jadikan tauge hijau.

Jadi apa lagi, sediakan bekas semaian dari botol air mineral saiz 1.5 liter. Tebuk secara memanjang. Guna 2 botol, sebab nak habiskan baki kacang yang ada.

Mula 21 April 2013 yg lalu…

Tapi, kacang tu tak tumbuh sekata. Hanya 3 biji je yang tumbuh.
 

Semalam 21 Mei 2013, pokok ni dah cukup 1 bulan, subur lah pulak…

Ini bukan tauge hijau lagi dah… jadi pucuk hijau dah!. Tapi bagusnya tanam cow pea ni kita tak perlu buat trellis. Pokok dia jenis merimbun. Buahnya pendek-pendek je.

Nanti kita sama-sama tengok pekembangannya, berbuah ke tidak cow pea dalam botol kitar semula ni.

Sunday, May 19, 2013

Tumbuh tapi…terbantut

Semai sawi 5 bintang dan garland chrysanthemum kongsi dalam satu bekas. Masa 3 hari pertama benih mula bercambah. Cepat dan nampak amat meyakinkan. Berbunga-bunga hati. Maklumlah tak pernah tanam sawi dan garland ni. Hari-hari berikutnya nampak makin besar daunnya. Wah tak sabar . Jadi buat persediaan. Siapkan tanah dan beli pasu-pasu lebih besar untuk pindahkanya nanti.

Kalau ikut cara ummuaidan hari ke10 dah boleh pindah anak-anak pokok sawi ni ke tempat penanaman yang lebih selesa!

Tapi…

Dah sampai hari ke 10, anak sawi dan garland ni macam lambat pulak besarnya. Tak pa, tunggu lagi…pujuk hati sendiri..

Masa terus berjalan….tik tok, tik tok…dah lebih sebulan tapi dok macam tu jugak, hidup segan mati tak mau! Di mana silapnya?

Apa dah jadi…dah lebih sebulan tapi  tak besar2, …terbantut…failed!

 
Rasanya dah tak boleh tunggu ni….

Semalam semai lagi. Percubaan ke 2. Kali ni semai guna bekas telur. Satu set untuk sawi dan satu untuk garland. Dan masukkan satu lubang satu biji benih. Harap cara ni mereka hidup da tumbuh dengan lebih selesa dan membesar dengan sepatutnya.

Harap semaian ini mudah dipantau, sambil kitar semula barangan terbuang
 

Kepada semua yang ada tips sila beri tunjuk ajar…terima kasih

 

Thursday, May 16, 2013

Telang inspirasi…

Macam ni rupanya pokok telang. Berbunga biru. Sangat unik dan cantik sekali. Lagi menarik bunga ni boleh dimakan. Boleh dimakan sebagai ulam, dibuat sirap, atau pun dijadikan pewarna makanan. Mungkin kalau dalam kuantiti yang banyak boleh dijadikan jem. Jem biru. Tentu kaya dengan beta-carotene!.
 

Inilah telang milik “auntie” (lupa tanya nama) yang telah menjadi inspirasi

Baru saja mengenali pokok dan bunga biru ini. Itupun selepas “melawat” kebun para sahabat bloggers semua. Sebelum ni cuma tahu ada bunga yang digunakan sebagai pewarna dalam nasi kerabu.

Dan,

Setelah kenal pokok ini, baru lah perasan pokok ni banyak di tanam oleh jiran tionghua di sekitar kawasan perumahan di Alor Setar ni. Boleh dikatakan majoriti daripada laman mereka ada di tanam dengan pokok telang. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan pokok ni popular di kalangan komuniti tionghua! Dan tidak keterlaluan juga dikatakan komuniti ini sangat peka dengan anugerah alam.

Mengapa?

Hasil dari perhatian bukanlah kajian di kawasan perumahan sekitar Alor Setar, sekiranya kita lihat ada pokok mulberry, keledek, bayam Malabar dan telang terutamanya, itu mesti rumah saudara kita yang berbangsa Cina!
 

Macam mana pulak dengan kawasan perumahan di luar Alor Setar?

Tuesday, May 14, 2013

Apa nak buat dengan buah limau purut?


Limau purut. Daunnya memang popular. Tom yam macam seolah tak menjadi tanpa daun limau purut. Dan kita boleh lihat daun limau dijual di pasar-pasar atau di supermarket.

Tapi, buahnya…macam kurang digunakan dalam menu masakan. Buahnya jarang dijual. Kebanyakan kita tidak menggunakannya. Tidak seperti limau nipis atau limau kasturi yang selalu digunakan dalam sambal belacan, dibuat jus dan sebagainya..

Buah limau purut yang sempat dipetik petang semalam


Buah limau purut cuma sekali sekala je dipetik.  Itu pun kalau rajin. Selalunya petik untuk buat syampu, cuci rambut! Tapi selalunya terbiar gugur ke tanah. Sayang.

Buahnya selalunya terbiar…tidak dipetik!
 

Sesiapa ada info tentang buah limau purut sila kongsikan bersama. Terima Kasih

  

Monday, May 13, 2013

Tips mudah mulberry berbuah lebat!


Mulberry pokok yang amat mesra alam. Kalau kena gaya ia mudah hidup dan mudah berbuah.

Tips untuk mendapatkan pokok mulberry berbuah lebat rupanya sangat mudah. Caranya hanya kena rajin dan selalu trim dahan-dahan pokok mulberry ni. Pangkasan dahan akan menggalakkan pertumbuhan tunas-tunas baru. Pokok mulberry akan berbuah sekiranya ia bertunas!
 
Kadang sayang jugak nak potong dahannya ni…

Selepas beberapa minggu kita akan dapati pada setiap tunas baru itu akan muncul buah-buah mulberry muda. Buah mulberry muda berwarna hijau dan berbulu putih.

Buah mulberry berbuah pada setiap tunas baru!

Selain dari pokok mulberry akan berbuah lebat, kita juga berpeluang memetik pucuk-pucuk muda, sama ada untuk dibuat teh atau dijadikan sayur! Sup sayur pucuk mulberry memang enak.

Tips ni sebenarnya dari hasil “lawatan” ke kebun mulberry ummu madihah yang kita kenal sebagai mak aji. Setelah di apply kat pokok mulberry sendiri memang terbukti berhasil!

Jadi entri ini bertujuan memanjangkan info berguna ni untuk perkongsian bersama. Terima kasih “daun keladi” mak aji.
 

Thursday, May 9, 2013

Pucuk pepasan sebagai pengganti!


Seronok tengok hasil kebun kawan-kawan. Semuanya segar dan subur-subur belaka.

Kebun sendiri masih peringkat semaian. Tak sabar nak tunggu. Tiap hari dok belek. Tiap hari dok kira daun baru. Iessyyh rasa lambat bebeno!

Tapi terubat jugak dengan kemunculan pokok-pokok pepasan merata-rata dalam laman. Terima kasih tiny garden yang telah mencelikkan saya tentang kelazatan pucuk pepasan ni. Pucuk pepasan ni sangat sedap dibuat sayur air atau masak telur dadar.


Buat masa ni hanya pucuk pepasan yang ada untuk tuaian


Pepasan merimbun…tak siram pun…

Dulu ni kalau nampak jer pokok ni muncul terus cabut buang jer, menggangu tanaman lain kononnya..

Tapi dengan info yang dikongsi oleh kawan bloggers di entri lepas, rasa sayang untuk membelai pepasan mula timbul. Terima kasih semua

 

Tuesday, May 7, 2013

Alangkah bagusnya kalau semua ni dari kebun sendiri…


Pagi ini “menyempatkan” diri ekstrak jus campuran sayur dan buah-buahan…tapi rasanya lagi best kalau semua ni dapat dari laman sendiri

2 biji epal, 1 btg celery, 1 hiris halia & 1 btg karot

Epal ?
Macam tidak mungkin!

Carrot ?
Baru semai minggu lepas seeds dari KBB. Nampak dah mula tumbuh!

Halia?
Pernah tanam tapi tak berisi!

Celery stick?
Ada possibility! boleh tanam, mungkin boleh dapat seeds dari KBB
 
Warna karot lebih dominan


Emmm jus memang best!

 

Sunday, May 5, 2013

PRU13: Sudah mengundi di STR



Tepat 9.30 pagi, selamat mengundi di STR. Suasana agak sesak di pintu masuk pusat mengundi.

Walau bagaimana pun, syukur tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih pemimpin Negara telah selesai.

 
blue black "cutex" on my index finger - proof that i'm legal voter!

 
Menuggu sinaran mentari hari esok 6 Mei 2013.  

Kepunyaan NYA kerajaan di langit dan di bumi. Kuasa kerajaan di bumi hanya pinjamanNYA jua. Dan tiada kuasa yang dapat mengatasi kekuasaanNya.

Moga Malaysia dirahmati dengan barisan pemimpin yang adil dan saksama.  


Amin