Tuesday, April 30, 2013

Ada jangkitan!


Mahukan sayuran segar, organik dan bebas racun antara sebab mengapa kita berkebun!

Di mana, daun bawang di antara sayur yang sering diguna dalam masakan harian. Jadi cuba nak tanam sendiri.

Syukur, dapat info macam mana nak tanam dari Kebun Bandar.

Try dengan lima biji bawang besar sebagai eksperimen pertama. Sebagaimana yang disarankan oleh Kebun Bandar, potong lebih kurang 1/3 dari bahagian atas bawang, kemudian tanam dan ratakan tanah separas dengan permukaan bawang tersebut, seperti gambar kat bawah ni:

Semaian pada hari pertama 2 April 2013

Selepas seminggu, ternampak lingkaran putih pada salah satu semaian bawang tersebut. Tidak lah ketara sangat.

Tetapi selepas lebih kurang sebulan masalah itu makin jelas. Ada semacam fungus/jangkitan sedang menyerang seluruh permukaannya.

Macam lambat jugak pertumbuhan bawang ni (atau tak kena cara?)

 
Bawang yang kena jangkitan!

Adakah fungus ini akan berjangkit? Bolehkah guna racun biasa?
 

Nasihat dan tips dari semua rakan bloggers amat dialu-alukan.. budi baik semua didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..
 

Sunday, April 28, 2013

Eksperimen teknik semaian keledek…


Banyak kali jugak cuba tanam keledek. Dan banyak kali jugak gagal. Pertama kali dapat keratan batang keledek dari auntie rosie (jiran tionghua dari taman bersebelahan). Tanam atas tanah. Gagal!

Pastu cuba tanam terus dari ubi…gagal jugak…(mungkin tak sabar tunggu tak tumbuh-tumbuh, hehehe)

Cubaan terbaru 3 bulan lepas, tanam 2 jenis ubi (timbus terus dalam tanah) dalam bekas polystyrenes. Nampak macam berjaya. Tengah mantau perkembangan.

Dalam pada tu, dok google jugak cara tanam keledek yang betul. Jumpa lah kaedah ni.

Mungkin rakan bloggers dah lama cuba teknik semaian ni… pada yang belum try boleh dicuba…tak susah sangat.

Melalui kaedah ni, katanya keledek lebih mudah hidup dan cepat berisi.

Jom kita ber-eksperimen teknik semaian ni:
 

Step 1:

Potong ubi kepada 2 bahagian. Pas tu letakkan ke dalam bekas berisi air. Dan potong sedikit pada bahagian hujung ubi tersebut supaya cepat bertunas.

Tapi sengaja tak dipotong bahagian hujung yang satu lagi. Saja nak tengok perbandingan kadar pertumbuhannya. Lebih kurang seminggu, tunas dah mula keluar dari bahagian atasnya. Cuba lihat pada ubi disebelah kiri, sudah bertunas dan tidak pada bahagian sebelah kanan (lambat). Jadi, terbuktilah tu!

Tunas selepas 11 hari

Step 2:

Apabila tunas tu dah berdaun, “peel” bahagian yang bertunas dan masukkan ke dalam bekas berisi air. Biarkan lebih kurang seminggu, didapati akar mula keluar daripada kulit ubi yang di peel tadi.

Tunas-tunas yang di “peel” dari bahagian isi ubi (peel saja tapi yang ni saja tunjukkan potongan bahagian tunas tu)

Rendam tunas-tunas tersebut dalam bekas berisi air dan biarkan hingga berakar
 
Step 3:

Selepas seminggu diletakkan dalam bekas berisi air tunus tersebut mula berakar sepenuhnya dan sedia untuk ditanam. Tapi sebagai eksperimen, sengaja tanam dalam pasu untuk melihat perkembangan seterusnya. 

Tunas yang berakar dalam masa 7 hari

Tunas keledek telah dipindahkan ke dalam pasu
 

Tips: BAGAIMANA mendapatkan bentuk ubi YANG lebih BULAT

Selain dari kaedah semaian di atas, tips juga turut diberi bagi mendapatkan ubi berbentuk lebih bulat. Caranya SANGAT MUDAH, iaitu dengan mengekalkan kelembapan tanah, bermakna pokok keledek hanya perlu sentiasa disiram. Apabila tanah sentiasa lembab, akar keledek tidak akan perlu bergerak lebih panjang untuk mendapatkan air. Maka jadi ia lebih montok! Wallahuallam.
 

Jom sama-sama kita cuba!

 

Thursday, April 25, 2013

Sehari sebiji mulberry


 
Memandangkan mulberry dah mula berbuah, sasaran minimum sehari sebiji mulberry.(sehingga stok buah masih ada), tercapai kot.

InsyaAllah.

Selepas pokok mulberi digondolkan bulan lepas, tunas-tunas baru segera muncul. Dan setiap tunas disusuli dengan buah-buah muda. Tapi tidak lebat sangat. Saiznya pun kecik-kecik. Mungkin ini peringkat percubaan pengeluaran buah pertama.

Seronok tengok pokok mulberry sudah mula berbuah
 
Buahnya tidak masak serentak. Ranum-nya berperingkat. Jadi tiap hari dapatlah kutip 1-3 biji. Buah yang betul-betul masak berwarna merah kehitaman. Sudah tentu banyak kandungan beta-karotin, kan?

9 biji buah mulberry - tuaian pertama

 Sungguh nikmat dapat merasai mulberry di laman sendiri. Di samping kepuasan berkebun, juga terselit peringatan kepada kebesaran dan kehebatan Yang Maha Pencipta.

Tabarakallah.
 

Tuesday, April 23, 2013

Terjawab sudah - bukan timun tikus


Terima kasih tak terhingga kepada semua sahabat bloggers budiman kerana sudi singgah berkongsi maklumat tentang kemusykilan yang dikemukakan dalam entri Buah apa ni??? dan  Inikah yang dimaksudkan

Imej dari entri - Buah apa ni???
 
Ni pulak salah satu imej dari entri - Inikah yang dimaksudkan...
 
 
Sekarang ni, teka-teki itu telah pun tersingkap…

Buah ni dikenali sebagai pepasan atau ivy gourd. Nama saintifiknya Coccinia grandis (info ini dikongsi oleh lynnhelite dan Kebun Bandar juga telah digoogle) dan bukan timun tikus. Ia dua jenis sayuran yang berbeza.

Mengikut wikipedia: Timun tikus ada sedikit perbezaan dari segi bentuk daun dan buahnya. Buah timun tikus yang cukup matang akan berwarna hitam dan bentuknya lebih bulat.
 

Pokok timun tikus - pic google


Buah timun tikus yang matang berwarna hitam - pic google
 

Berbalik semula kepada pepasan/ivy gourd, buah dan pucuk (sulur)nya dipercayai sedap dimakan sebagai ulam dan amat berkhasiat terutama kepada pengidap diebetis. Dan ia amat popular dalam masakan Thai.

Ini bermakna kehadiran pokok ini di laman boleh dikatakan satu “anugerah” yang bernilai. Tak susah-susah cari benih, tak susah-susah tanam, tak susah-susah siram, tak payah dibaja, pokoknya hidup subur menghijau dan berbuah lebat. Syukur.

Jadi, sekiranya ada di antara rakan bloggers yang berminat untuk menanam pokok ini sila maklumkan dalam kotak komen. Seeds (selagi buah ranum masih ada) akan dihantar sebagai gift dari diari kebun~@na.

Terima kasih lagi sekali atas perhatian rakan-rakan semua. Terima kasih daun keladi, dan sudi-sudi datang berkongsi lagi…
 

Monday, April 22, 2013

Inikah yang dimaksudkan?


Hitomi lavender, eithusa dan Tukang Kebun kata macam timun tikus, lynnhelite cakap ivy gourd boleh dibuat ulam dan orang thai campurkan dalam sup. Manakala Kebun Bandar bagi tahu buah tu Pepasan dan beliau pernah makan sebagai ulam. Komen terbaru ( hari ni ), olive kata boleh dimakan dan dia ada tanam di rumahnya

Jadi untuk kepastian semua di bawah ni disertakan imej buah tu dengan bunganya sekali.

Buah yang dah masak berwarna merah terang (red orange)

 
Isi buahnya pulak, bila dibelah kelihatan berbiji-biji dan berwarna merah

Bila ditekan -tekan biji-biji tu agak keras


Mari kita lihat pokoknya dengan lebih dekat. Subur menghijau walau pun di musim kemarau. Hairan sungguh. Pulak tu cukup cepat hidup. Seolah-olah dalam sekelip mata pokok ini akan menyelimuti pagar atau pokok-pokok yang ada kat laman rumah.

Pokoknya cukup subur (tak payah siram) dan bunganya berwarna putih kembang di sebelah pagi.

 Anak-anak pokok ni tumbuh dimerata-rata, di dalam maupun luar kawasan rumah.. Macam seolah-olah laman sedang diancam dengan tumbuhan ini. Terfikir pulak pokok ni sungguh kuat. Cepat dan mampu hidup subur, dalam apa keadaan sekali pun. Sama ada dari segi cuaca maupun jenis tanah. Tak kira musim kemarau atau di atas tanah berbatu pokok ini tetap menjalar dan terus melilit!

Antara anak-anak pokok yang sedang menjalar memanjat pagar

Apa kelebihan nutrient yang terdapat dalam pokok ni? Kalau ini buah yang dimaksudkan, sudah tentu ia mempunyai keistimewaan tertentu…

Mohon kepastian semua sahabat budiman yang arif tentang sayuran ini, agar ia dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama…

Terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih…

 

Thursday, April 18, 2013

Buah apa ni???


 
Dari pintu dapur ternampak burung-burung berkerumun atas pagar belakang rumah.. Apa yang ada atas pagar tu?? Macam tertanya-tanya lah pulak. Sebab, sebelum ni tak perasan pun banyak burung singgah kat situ.

Cuba tinjau dari jauh. Curious! Nampak macam ada buah-buahan. Berwarna merah (red orange) sangat cantik. Sebelum ni pagar belakang setinggi 8 kaki diselimuti dengan pokok pokok terbiar yang menjalar.

Minggu lepas minta pak ya (pak cik yg selalu mesin rumput kat rumah kami) racun semak samun di backyard ni. Selepas seminggu, daun-daun pokok-pokok menjalar semuanya kering, barulah nampak buah bergayut-gayut atas pagar tu.
 
Itu buah2 nya…tak boleh closeup sebab tinggi sangat

Pokok ni berbuah rupanya..

Tak pernah tengok sebelum ni. Jadi, cuba-cuba cari pokok tu di sekitar kawasan backyard ni. Jumpalah pokok yang masih kecik kat bawah sedang berbuah. Masih muda. Buahnya seakan timun.
 

Timun liar ke ni?

 
Kata orang kalau buah-buahan dimakan burung bermakna ia tak beracun. Agak-agak boleh ke buah ni dimakan?

 

Tuesday, April 16, 2013

Cuba lagi dan akan terus cuba..


 
Gotu kola.

Ulam kegemaran. Terutama jenis gotu kola/pegaga kampong. Dah banyak kali cuba tanam sendiri kat laman…tapi masih gagal.

Walau bagaimana pun, cubaan menanam akan diteruskan. Tidak akan jemu

Setiap kali jumpa je pegaga yang ada akar, mesti akan cuba ditanam. Tapi sayang, hingga ke hari ini masih belum berjaya. Tak pernah hidup apalagi nak menuai hasilnya!

Susahnya hidup pegaga ni… Cuba jugak cari seeds pegaga disekitar alor setar ni tapi belum dapat.

Tapi, semalam mungkin rezeki kot…

Masa makan tengahari di restoran selera kampong., ternampak ada ulam pegaga kampong ketot-ketot (tak subur sangat pokoknya) bersama akarnya sekali. Dah, harapan menanam pegaga, berbunga kembali. So, ambik pegaga lebih sikit sebagai ulam. Sebahagiannya bungkus dalam tisu, bawa balik (dah bayar termasuk kos ulaman). Nak tanam.


Benih pegaga kampong…dibungkus dalam tisu lembap.


Petang semalam cuba lagi tanam pegaga dalam pasu. Tak tahu lah ini percubaan kali ke berapa??

Hanya mampu  membayangkan pegaga ni hidup subur

 
Mungkin ada rakan bloggers budiman yang boleh bagi tips tentang tanaman pegaga ni…harap bagi tunjuk ajar…

Sunday, April 14, 2013

Tuaian hujung minggu

Daripada terbiar layu di laman elok lah dituai.. Letak dalam rumah. Boleh jadi penyeri…tak payah beli bunga segar sebagai hiasan, kutip apa yang ada kat laman.

Heliconia berbunga semakin lebat, sejak dah pindah ke tanah… kalau dimasukkan ke dalam vase berisi air, Heliconia ini boleh bertahan selama 2 minggu dalam rumah.

Ros mini liar jadi sangat comel bila dimasukkan ke dalam gelas. Wanginya tak ketara sangat. Tapi boleh terhidu harumnya bila dibawa lebih dekat ke hidung.
 

Dan yang ni pulak memang harum. Wanginya memenuhi ruang. Orang akan tercari-cari dari mana datangnya . Akhir-akhir ini, ia menjadi tuaian harian. Pokoknya semakin besar dan sentiasa mengeluarkan bunga.

 

Tabarakallah.

Wednesday, April 10, 2013

WW1: Duke of Tuscany – sebelum dan selepas


Subhanallah
 

Gumpalan duke of Tuscany sebelum kembang

 
Sungguh cantik bila “gumpalan” itu dah terbuka

  

Nota: terima kasih en adry bagi tahu nama bunga melur ni, sebab bunga melur ada berbagai jenis.
 

Tuesday, April 9, 2013

“Mengendeng” jambu air…


Masa lawatan tapak 3 minggu lepas, singgah makan tengah hari kat gerai tengah dusun. Masa dok tunggu hidangan, daaah ternampak pokok ni. Macam cantik sangat. Jadi teringin nak tengok lebih dekat. Tengah panas rembang, usaha juga pi tangkap gambar.

nampak gaya pokok ni masih “remaja”.

 
Bila pi lagi dekat, ternampak pula ada buah bergayut kat dahan paling bawah tu… Bila diselak-selak dahan nampak lagi banyak buah yang sedang mekar. Lebat.

 

Sanggup “menyeronot” bawah pokok close-up buah ni…tapi sayang cuma guna phone camera je

 
Teruja betul tengok buah jambu air tu. Segar. Terus minta beli dengan tokey gerai tu. Tapi pakcik tu kata buah tu tak cukup kembang lagi. Belum masak betul walaupun dah nampak merah menyala. Sayang katanya nak petik sebab belum cukup tempoh matangnya lagi.

Ooo ye ke pakcik (dalam hati). So, tak lah frust sangat. Dan, tak lah desak sangat pakcik tu suruh jual.  Ok je.
 
Lupakan hasrat tu…

Tapi yang bestnya, masa nak bayar duit makan tengahari, tiba-tiba pakcik hulur buah jambu yang dipetik dari pokok tadi tu.

Kaget sekejap. “Ni buah sulung pacik bagi rasa”. Rasa bersalah pun ada, tapi rasa seronok yang lebihnya!

Betul la macam pakcik tu cakap, bila makan masih terasa kelatnya lagi…buah ni belum cukup matang.

 

Sabtu lepas pulak, balik dari breakfast singgah menyapa pakcik tengah berkebun. Sembang-sembang dan tengok2 pokok-pokok bunga yang dia tengah tanam. Macam-macam pokok dia tanam. Memang suka sangat tengok orang berkebun.

Tapi tak mau dok sembang lama2 takut ganggu dia berkebun pulak. So minta diri dulu., Dalam dok start kereta nak beredar pak cik tu meluru tahan keta sambil menghulur 2 tangkai buah jambu air yang berbalut plastik. Besar dan segar-segar buahnya. Terharu.

Tak perasan pulak ada pokok jambu air kat rumah dia. Bila toleh ke kanan, baru nampak pokok jambu air sedang berbuah lebat. Pokok jambu benih ipoh katanya.

Apalagi terus ambik gambar, tangkap dari tetingkap kereta je ni…

 
Buah jambu ni sangat rapuh dan cukup manis…cukup matang kot

 

Teringat pulak bidalan kata “tak rugi berbudi pada tanah…tentu dapat hasilnya”

Dan,

“tak rugi bertegur sapa, untung2 dapat rezeki” (ni bidalan baru, hehehe)
 

Rezeki pagi sabtu…tanpa niat mengendeng!

 

 

Sunday, April 7, 2013

Walaupun sekuntum…


 
Subhanallah.
 
Melur. Kembang sepenuhnya. Wanginya memenuhi ruang, walaupun hanya sekuntum. Tak lepas mata memandang. Putih berseri. Puas. Tak sanggup nak tengok, nanti kelopak-kelopaknya akan gugur satu persatu… Layu.

Melur, antara bunga yang paling diminati.
 
Tapi inilah perjalanan kehidupan. Tiada yang kekal.

 

Thursday, April 4, 2013

Keledek dah pindah ke rumah sendiri!


Setelah berkongsi pasu 2 bulan lepas, kemarin pokok keledek sudah diubah ke dalam bekas gabus (polystyrenes). Bekas gabus ni diambil dari kawan, dia dah tak pakai dan nak buang. Jadi rezeki keledek2 ni la… Dah pokok keledek tu dapat rumah masing-masing.
 

Boleh tahan juga besarnye rumah banglo keledek ni


Harap lebih bahagia lah tu. Sebelum ni keledek berisi putih dan keledek kampong tu berkongsi rumah.


Yang ni keledek kampong (tak tau nama saintifik, pakai boh je) isinye kuning2 air

 
Dan ni pulak keledek isi putih, tapi batang dan daunnye lebih gelap plk

 
Tak tau la ni, keledek boleh berisi ke tidak!

Wednesday, April 3, 2013

Lagi produk daun pandan…


 
Tak da apa yang boleh tuai lagi dari tanaman dapur… buat masa ni cuma daun pandan je.. Daun pandan ni memang serbaguna, dan berkhasiat.
 
Jadi, sebaik mungkin manfaat je daun pandan yang ada ni. Selain buat air rebusan pandan, sebagai minuman harian, daun pandan juga boleh buat ikan bakar pandan!
 
Balut ikan tu dengan daun pandan
 
Ikan kembong segar lebih sedap dibakar dengan bersama balutan daun pandan. Ikan menjadi lebih wangi, tambah pulak jika terlebih dahulu diperap dengan kunyit hidup.
 
Gandingan daun pandan dan kunyit hidup ikan bakar jadi lg best!
 
Ketika dibakar, semerbak wangi pandan menyelubungi ruang dapur… Rasa ikan bakar ini pun cukup sedap. Dan mudah2an dapat khasiatnya  2 in 1. Daun pandan dan kunyit hidup.
 

Monday, April 1, 2013

Daun-daun tua ni, buat potpourri je lah…

 

Dulu2 majlis kahwin macam tak sah tanpa bunga rampai

Pandan di antara pokok yang amat istimewa. Sinonim dengan masakan orang asia terutama kuih tradisional melayu. Mungkin sebab itu ia terkanal sebagai vanilla asia. Tapi daun pandan bukan sekadar diguna dalam masakan. Malah dalam pelbagai  kegunaan. Kalau dulu-dulu daun pandan dibuat bunga rampai untuk upacara merenjis pengantin tapi sekarang ni sudah tidak lagi!

Jumaat lepas, lega sikit. Barulah dapat tengok-tengok pokok di laman.. pi kat belakang, tengok pokok pandan baru ubah ke tanah. Dok cekeding lagi tu.. Ini lah satu-satunya sumber daun pandan kegunaan kami.

Trim daun-daun tua tak bagi semak. Tapi, sayang pulak nak buang begitu saja, sebab pokok pun tak besar mana. Daun pun terhad. Benda sikit selalunya kita lebih menghargainya!

sebelum ni daun2 pandan yang ditrim, diikat dan masukkan dalam kereta bagi wangi

Terfikir pulak kalau dihiris halus-halus macam bunga rampai lagi semerbak wanginya! Tambah pulak, tengok bunga melur memutih dan mini ros liar pun tengah kembang,

Gunting sambil tengok tv, tak sampai 5 min …siap!

Jadi kutip bunga-bunga tu gaul dengan hirisan daun pandan, lagi semerbak lah potpourri pandan ni. Memang terbangkit wangi semula jadi nya…