Wednesday, November 27, 2013

Rabu Tanpa Kata : Tomatillo menjadi-jadi


Subhanallah…

Uniknya buah tomatillo

 
Bergayut-gayut

 
Tengah galak berbunga

Monday, November 25, 2013

Thyme vs rosemary – cutting dari TESCO


Thyme dan rosemary ni ditanam dari keratan yang dibeli dari TESCO(harga tiap satu hanya RM1.99). Rosemary tu ditanam dah lebih dari sebulan, thyme pulak baru dalam 3 minggu. Kedua-duanya nampak segar. Melihat dari prestasi percubaan awal ini rasanya rosemary dan thyme agak mudah ditanam dari keratan batang.

Thyme & rosemary ni, kedua-duanya ditanam dengan keratan dari Tesco

Tak macam rosemary, thyme susah nak jumpa kat nursery sekitar Alor Setar. Jadi cuba tanam keratan segar dari TESCO. Thyme ni sebenarnya percubaan ke 2, setelah yang pertama mati selepas beberapa hari dipindahkan ke pasu baru. Lepas ni rasanya nak biarkan saja thyme tu dalam pasu kecik sampai pokok betul-betul stabil. Harap percubaan kali ni berjaya!

Kedua-duanya herba ini selalu digunakan dalam perapan daging/ayam. Gandingan cocok ini mampu membangkitkan aroma dan menambah perisa dalam masakan kedua-dua jenis protein ini.

Wednesday, November 20, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Nasi oats biru TeLang

Sejak telang berbunga, boleh dikatakan hari-hari kutip! Jarang miss! Tambahan pulak telang berlapis pun dah mula berbunga. Cukup cantik!

Sebagai mempelbagaikan kegunaan telang, tuan tanah cuba masukkan ke dalam nasi oats. Macam rugi tak manfaatkan sepenuhnya, keindahan dan khasiat beta-carotene yang tinggi dalam warna bunga biru ni .

Nasi oats biru

Bahan-bahan:

Semangkuk bunga telang, setengah cwn rolled oats & susu boleh diganti dgn santan!

Bunga telang segar (kisar), rolled oats, beras, susu segar/santan, halia dan bawang putih. Sesuai dimakan dengan sambal tumis udang/bilis atau untuk kurangkan cholesterol level boleh berlaukkan ayam panggang dengan salad mentah je!

Nasi ni, sedap jugak dimakan begitu saja…
 
 

Thursday, November 14, 2013

Siasatan selesai, culprit tertangkap hari ini


Sepandai-padai belalang terbang akhir tertangkap jugak!!!! Eeeiii geramnya…Licin daun bunga raya dimamahnya…tinggal batang ja…sedih, sedih….

Selamba je si belalang kunyit ni, macam tak bersalah

Tengok tu tinggai batang…habis daun dikunyah!!!


Tapi, dek terlalu tamak, dah kekeyangan tak larat nak terbang!. Sembur ja air jatuh tergolek ke lantai…

Monday, November 11, 2013

“Sayur dapur” yang paling senang ditanam


 
Selepas toge, rasanya daun bawang antara sayur dapur yang paling senang dihasilkan dari rumah. Kalau dalam peti ais pun boleh tumbuh, inikan pula berjumpa tanah walaupun dalam botol mineral!
 
Cukup senang, hasilkan daun bawang.

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita menggunakan sayuran ini. Habis tidak pun, kita masukkan dalam telur dadar…

Tuaian daun bawang segar dari laman

Ketika memotong boleh terdengar kerapuhannya
 
Sayuan hijau ini agak mahal jugak jika dibeli dipasar…selalunya lebih dari RM1.00++. Kita boleh mengurangkannya dengan menanamnya sendiri. Tak perlu ada laman besar tak perlu beli pasu mahal-mahal. Cuma perlukan sedikit “potting soil” dan guna semula “bekas terbuang”, kita mampu sediakan stok sayuran ini sepanjang masa.

Daun bawang boleh dituai dalam masa 14 hari saja. Dan kita boleh jadualkan fasa penanamannya supaya kita sentiasa dapat menikmati daun bawang segar sepanjang masa! Kalau nak lebih cepat, pilih bawang yang dah hampir bertunas (kalau kat pasaraya selalunya bawang ni dah nak dibuang – harga amat murah)

Lebih kurang 2 minggu..sedia untuk dituai..
 
Paling menarik lagi sayuran ini sangat tahan. Boleh dikatakan ia tidak terjejas daripada serangan makhluk perosak. Walaupun sayuran disekelilingnya habis rongak tapi daun bawang tetap selamat.

Daun bawang juga boleh dijadikan tanaman penghalau!

 

Wednesday, November 6, 2013

Diam-diam karot…


Rasanya karot pun macam ubi…diam-diam berisi.

Karot ni sama “umur” dengan keledek tempoh hari. Keledek dah berisi dan sudah digali.

Patutnya karot pun dah berisi ni…tapi pasti!

Karot jenis paris market..

 Kalau ikutkan karot jenis ni ubinya bulat-bulat, tak memanjang seperti karot yang biasa kita tengok kat pasar atau pasaraya.

Tak berani nak gali lagi, takut belum matang. Sebab kalau dah cabut, tak boleh nak tanam semula untuk sambung proses tumbesarannya!

Jadi, macam mana nak tahu karot dah berisi? Pada sesiapa yang ada pengalaman tolong share ya…

Tima Kasih

 

Monday, November 4, 2013

Tips mudah hasilkan sayuran hijau dari ruang dapur…


Cukup senang. Kita boleh hasilkan cambahan hijau (green sprouts) dari biji sayuran yang dibeli dari pasar. Salah satu biji labu..

Jadi, kalau beli labu jangan buang bijinya…Sayang. Manfaatkan sepenuhnya anugerah alam yang tak terhingga ini. Asingkan biji dan keringkan. Simpan.
 

Cukup murah dibeli dari Giant, hanya RM0.99 shj

Jika ada kelapangan, boleh cambahkan sebagai sprouts hijau. Sprouts labu!. Dengan sedikit usaha je, kita dah boleh hasilkan sendiri sayuran hijau yang berkhasiat.  Tak perlu ada tanah yang luas, jentera yang canggih, kita hanya boleh hasilkannya dalam bekas-bekas kecil di ruang dapur kita sahaja.

Seronok buat sprouts ni….sat saja dah boleh tuai sayuran hijau. Senang, ringkas dan cepat. Kos? “Tersangat minima”

Jom kita mulakan!!!

Masukkan sedikit tanah dalam bekas “terbuang” (reuse container), padat dan basahkan. Kemudian tabor rata-rata biji labu ke dalamnya, dan tutupkan dengan kertas surat khabar yang telah dibasahkan.

Bekas cambahan dibalut surat khabar basah!

Letakkan bekas tersebut ditempat gelap selama 2 malam. Dalam tempoh itu, periksa bekas cambahan dan sembur air bagi mengekalkan kelembapan.
 
Cambahan pada hari ke-3, telah bersedia menerima cahaya

 
hari ke-5
  
Dalam masa seminggu dah boleh tuai.
 
Selepas seminggu, dah boleh tuai..

Cukup mudah. Temukan mereka dengan tanah, air dan cahaya, ia akan bekerja mengikut fitrah masing-masing.

Jika direnungkan…ternampak dalam biji-biji halus tersimpan daun, dan jika tidak dituai akan terus membesar, berbunga dan buah…kering dan menghasil benih semula…

Melengkapkan satu kitaran yang amat menakjubkan!!!!

Tabarakallah..