Tuesday, December 23, 2014

Bunga-bunga kemangi

Mungkin tanah kurang subur dan tak penah boh baja, kemangi ni agak stress kot… Asyik dok bebrbunga manjang. Tapi nampak cantik jugak…

Jom cuci mata,
Ungu - kembang sepenuhnya

Mula bertukar warna – kemerahan

Peringkat awal kehijauan

Bolehkah dibuat ulam bunga kemangi ni?



Monday, December 22, 2014

Apakah kulat ni edible??



Kita selalu dengar perumpamaan “seperti cendawan tumbuh selepas hujan” - menggambarkan sesuatu pekembangan atau pertambahan yang sangat mendadak!

Begitu jugak dengan kemunculan kulat di laman kami…

Berikutan dengan hujan berpanjangan,  banyak kulat tumbuh merata-riti!
Dan pagi ini terdapat satu jenis kulat yang tak pernah muncul sebelum ni (seperti yang pernah di post di n3 lepas)

Kulat tumbuh dalam pasu pokok tomato!

Nampak macam jenis edible… Tapi betul ke? Tak berani nak try…

Sebagai kepastian, minta sesiapa yang arif tentang kulat/cendawan tolong kongsi info di sini...

Tima kasih…

Wednesday, December 17, 2014

Monday, December 15, 2014

Nak berkebun 1000 daya!!!



Terlalu pantas masa berlalu… tik tok tik tok…dah masuk 3 minggu rupanya tuan tanah tak update….dan langsung tak turun ke blog!

Dok fokus sediakan Interim Report nak kejar date line 15 Dis 2014…Alhamdulillah. Dah selesai.

Apa-apa pun;
Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih…kan…

Lagi pun tak da perkembangan menarik nak di kongsikan dari laman…Cuma teruja dengan usaha kebun uncle ni…

Walaupun tak da tanah, dia mampu berkebun dengan begitu eksklusif, di balkoni tingkat atas rumah teres 2 tingkat milik beliau!!! Siap tanam betik bederet, subur dan berbuah lebat pulak tu.. Salute la uncle!! 

Tersiar di KOSMO – 10 Dis 2014

Ingat pasni tuan tanah akan buat lawatan…minta tips hehehe…
Hebat… tu yang dikatakan “Nak berkebun 1000 daya”” dan boleh dikategorikan sebagai satu inovasi menarik yang boleh kita dicontohi..
Wallahuallam..

Selamat berkebun…