Monday, September 29, 2014

Tanaman laman : Peria Pantai ahli baru “pokok” sayur



Peria pantai antara pokok yang agak popular bagi orang utara. Tapi peria ni kita tak makan buah tapi pucuknya.

Sebelum ni tuan tanah selalu dok tengok pucuk-pucuk dijual dipasar-pasar. Tapi tak pernah pulak mencubanya. Beberapa bulan lepas, sempat bersembang dengan kakak yang menjual kat pasar tani, macam mana makan pucuk ni. Mengikutnya pucuk ni boleh dibuat ulam, masak lemak dsbnya. Dan, yang menariknya mengikut kakak tu pokoknya boleh ditanam dan senang hidup. 

Tuan tanah pun dah mula terpikat. 

Apa lagi, misi pencarian bermula!!! Jelajah nuseri…tak jumpa…mengikut toke nuseri pokok ni jenis pokok meliar dan banyak terdapat kat kawasan kampung-kampung…

Syukur.
Beberapa hari lepas tu, ada ofis mate bercerita pasal pucuk peria ni…mak dia suka masak buat sayur. Sedap katanya!

Haah..pucuk dicita ulam mendatang lah, nampak nya ni.. Mula lah usaha membedek… Ringkaskan cerita, 2 minggu kemudian dia bawa satu polibeg  pokok peria pantai yang mak dia dah semai…terharu sangat. Jazakallahukhairan…
Sesampai ke rumah, tuan tanah terus pindahkan ke pasu. Memang betul la, pokok ni cukup lasak dan senang hidup. Hanya beberapa hari lepas tu dah nampak ada tunas-tunas baru muncul. 

Pokok peria pantai semakin rancak berpucuk

Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Tapi yang paling dan sangat menarik daunnya akan berbuih apabila diramas. Ia telah digunakan sebagai sabun, untuk penjagaan kulit oleh nenek moyang kita sebelum ni.!

Subhanallah

Tuesday, September 23, 2014

Tanaman laman : Jus ulam raja…



Jus ulam raja yang sedia diminum

Ulam raja antara herba yang paling senang ditanam. Mudah hidup. Dan senang dijaga dan kurang berpenyakit. Apa lagi di musim hujan macam sekarang ni, pokok-pokok ulam raja subur menghijau. Kalau nak dibuat ulam memang tak terhabis. Nak diulamkan setiap hari pun jemu jugak kan.

Geram tengok pucuk ulam raja tengah dok merecut-recut naik. Kalau dibiarkan semua akan tua, dah tak sedap. 

Sambil petik, kepala tuan tanah ligat berfikir apa nak buat dengan pucuk-pucuk muda yang dah penuh raga ni. 

Tuaian  pucuk ulam raja

Nak makan semua sah-sah tak habis… tup-tup timbul idea kalau lah pegaga boleh dibuat jus, apa salahnya dicuba dengan pucuk ulam raja ni…

Jadi, eksperimen bermula:

Pucuk ulam raja dibersih. Potong-potong masukkan ke dalam blender. Blend dengan  2 gelas besar air dingin (ais).

Hasil jus ulam raja selepas dikisar

Kemudian tapis dan campurkan dengan 2 sudu besar madu. Kacau sebati. Minum. Rasanya seakan jus pegaga. Cukup segar. 

Dan mungkin kita juga boleh campur dengan daun pegaga dan epal hijau bagi memperkayakan lagi khasiatnya…

Selamat mencuba…


Thursday, September 18, 2014

Tanaman laman : Tumis air pucuk mulberry



Macam tersipu-sipu jugak masa nak post n3 ni… Masakan ringkas yang entah apa-apa… Tuan tanah memang tak cekap pasal masak memasak ni. Suka masak simple2 ja. Kalau chef otai terbaca n3 ni tentu tersenyum simpul sendirian hehehehe…

Tapi tak pa lah, saja untuk berkongsi tentang pucuk mulberry yang selalu tuan tanah cerita boleh dimasak berbagai cara. Masak lemak cili api, masak lemak putih, goreng belacan dan paling tuan tanah suka adalah masak tumis air!

Tumis air pucuk mulberry

Since, petang semalam tuan tanah masak tumis air pucuk mulberry, jadi boleh tuan tanah share resipi ringkasnya kat sini.

Bahannya sangat ringkas,
3 ulas bawang putih,
 sedikit lada hitam,
1 mangkuk kecil stok udang (air rebusan kulit udang)

Cara: Tumbuk bawang putih dgn lada hitam. Tumis. Masukkan stok udang. Garam secukup rasa. Masukkan pucuk mulberry dan biarkan mendidih sehingga pucuk mulberry betul-betul lembut. Dah siap. Boleh dihidang dengan nasik panas-panas dan  telur dadar! Menu macam ni pun dah cukup untuk tuan tanah habiskan seperiuk nasik!!! Dan masa hirup kuah tu ingatlah macam minum teh mulberry hehehe… 

Selamat mencuba..

Menu mudah, ringkas, dan cepat.


Wednesday, September 17, 2014

Tanaman laman : WW# - Gondolkan pokok mulberry untuk bekalan sayur hijau



Pucuk-pucuk baru tumbuh bagaikan johan

Tuaian pagi semalam


Monday, September 15, 2014

Tanaman laman : Mengkudu kuning - sedap dimasak lemak cili api



Mengkudu ni pemberian Pak Ya. Ia dah mula serasi dengan laman kami.
Segar.
Mengkudu kuning/mengkudu siam 

Dulu dah pernah tanam tapi tak hidup. Ingatkan pokok hiasan. Tak tahu pulak pokok ni boleh dimakan. Tanam pun sebab warna daunnya cantik. Pucuk muda berwana “Lemon Green”. Terang, sangat unik dan istimewa.

Tapi Pak Ya kata pokok ni boleh makan. Macam mengkudu biasa. Boleh buat ulam, kerabu, masak lemak dsb. Menurut Pak Ya, orang Thailand lebih menggemari mengkudu jenis ini berbanding mengkudu biasa. Mungkin, sebab tu lah jugak mengkudu ni dikenali sebagai mengkudu siam. Khasiatnya pun lebih kurang sama katanya…

Sebenarnya tuan tanah teragak-agak nak petik pucuk-pucuk mengkudu ni. Macam cantik sangat nak diulamkan atau dimasak lemak. 

Pun begitu, Sabtu lepas tuan tanah dah cuba tuai. Sebahagian dibuat ulam mentah dan sebahagian lagi masak lemak cili api 

Tuaian pucuk mengkudu bersama pucuk mulberry muda

Masak lemak pucuk mengkudu dan mulberry tengah dok menggelegak!!

Daun mengkudu ni tidak sepahit mengkudu biasa.. Malah lebih sedap! Dan daunnya pun tak bergetah.

Pada sesiapa ada pokok ni boleh lah cuba, dan kalau tak da berbaloi tanam!


p/s: (Pak ya tu pak cik yang selalu bantu mesin rumput halaman rumah kami)




Thursday, September 11, 2014

Tanaman laman : Cosmos pun boleh ditanam dengan keratan!



Try n error banyak mengajar kita ketemui sesuatu yang baru. Tuan tanah cuba teknik ni pada pokok cosmos secara tak sengaja dan it works!

Minggu lepas hujan lebat turun hampir setiap hari. Kadang tu diselangi dengan rIbut dan angin kencang. Kebanyakan pokok berbatang lembut ranap dan patah termasuklah pokok cosmos kuning ni. Agak kecewa jugak tengok, pokok dah besar dan subur jadi macam tu…

Dek kerana sayang nak buang, tuan tanah potong batang yang patah tu dan cucuk semula ke tanah. Tak letak apa-apa harapan pun. 

Keesokan harinya semua daun kelihatan layu dan tak bermaya. Tapi tuan tanah biarkan jugak kat situ. Tak sempat nak cabut buang. 

Sungguh tak sangka pagi tadi, tuan tanah agak terkejut bila nampak batang cosmos yang dicucuk minggu lepas segar dan mula berbunga! Berbunga-bunga lah jugak hati tuan tanah hehehe..

Dah mula berbunga,

Batangnya bengkok sikit, tak sesegar pokok bersebelahannya

Ini menunjukkan, yellow cosmos jugak boleh ditanam dengan keratan. Bagi tuan tanah ini satu penemuan baru secara tak sengaja dari laman. Entah-entah semua orang dah pun tanam cosmos ni macam ni, kami  ja yang baru tahu hehehe…
Jadi, kalau kita nak banyakkan pokok cosmos kat kebun tak perlu tunggu seeds, guna ja keratan batang. Potong dan cucuk. 

Tak payah tunggu bunga tu kering…

Selamat mencuba..