Monday, December 20, 2010

Janji MelaYu.....

"Tak pa lah, sambung esok pagi lah,,,dah pukul 1.25 pagi,  lewat sangat dah ni..." cadang saya kepada 3 anak muda yang masih  membuat kerja-kerja pemasangan dan setting alarm system di rumah kami. Kelihatan mereka seolah-olah buntu dan bermasalah..
"Ok...puan free pukul berapa? soal mereka...
"Esok hari minggu, u all mai la dalam pukul 9.00 pagi..ok!" balas saya..
"Esok pagi kami mai la dalam pukul 9 ke 9.30 pagi la puan" putus mereka..
"Ok...lagi awal lagi bagus....tak lah  lajak sampai malam" tambah saya...

Setelah rumah dipecah masuk pada hari itu, perasaan  cemas menghantui fikiran kami. Semalaman kami tidak lena tidur melihat bumbung terlopong pecah.. Keesokan harinya saya mencari syarikat alarm system untuk dipasang di rumah kami, sebagai usaha tambahan untuk keselamatan rumah. Kami telah diperkenalkan dengan syarikat M yang diusahakan oleh 3 orang anak muda yang berkemahiran. Bangga dengan bangsa sendiri. Setelah berbincang tentang spek dan kos, saya  mengambil keputusan menjemput mereka untuk membuat pemasangan. Percaya dengan MELAYU BARU. Orang Melayu sudah maju dan berpendidikan tinggi dan rata-rata sudah celek IT..

Bermulanya episod...

Hari Pertama:
"Encik, selalunya berapa lama pasang alarm ni", saya bertanyasebelum kerja pemasangan dibuat..
"Tak lama sangat puan, selalunya dalam 2 hari bagi rumah dua tingkat...tapi kami cuba siapkan dalam satu hari...rumah setingkat ni cepat sikit" terang mereka dengan yakin...
"Ooo ya ke", lega saya mendengarnya...hari ni siap semuanya... 
Kerja bermula 10.30 pagi. Pemasangan dan pendawaian berjalan lancar. Pendawaian mula dilakukan pada seluruh pintu, tingkap dan ruangan bumbung. Nampaknya, mereka memang pakar dalam bidang ini. Setiap perabot rumah dialih bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan. Keadaan dalam rumah agak kelam kabut dan berselerak. Ini senario biasa setiap kali pendawaian dibuat bagi pemasangan tambahan alatan elektrik baru.  
 Pukul 1.30 tengahari mereka rehat. Mereka keluar makan tengahari.
"Puan kami keluar makan dulu dalam setengah jam, nanti kami datang balik", mereka maklum pada saya..
"Ok.." jawab saya ringkas..
Mereka datang balik dalam pukul 3.00 petang!!!!... Kerja disambung... Jam 7.00 petang, kerja-kerja pemasangan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir...sehingga jam 11.20 malam, kerja masih belum siap..
"Kami sambung esok lah puan, ada masalah pendawaian sikit", pinta mereka...
"Esok pukul berapa nak mula, sebab esok saya keja", saya bertanya..
"Pukul 4.00 ke 4.30, dan (sempat) puan balik dari ofis", balas mereka..
"Ok...la", saya bersetuju..

Hari Kedua:
Hari khamis, waktu pejabat hingga 3.30 petang. Saya bergegas pulang, takut-takut terlambat sebab ada "janji" pukul 4.00 petang!!! Tiba rumah 3.50 petang. 
Pukul 5.00++ petang baru mereka sampai....
"Harap-harap hari siap la kot", tanya saya minta kepastian...
"Siap, siap...sikit ja lagi ni", balas mereka...
Kerja disambung semula...
Jam 6.30 petang, kerja pemasangan dan setting alarm masih diteruskan...., berlanjutan ke 8.00 malam. Masih tidak menampakkan kerja-kerja akan siap...10.00 malam, tik tok, tik tok  11.00 malam, 12.00 hingga ke 1.20 pagi... Melihat keadaan itu dan kami pun sudah keletihan, saya minta mereka tangguhkan kerja dan sambung esok pagi...
Mereka berjanji untuk datang esok pagi di antara pukul 9.00 pagi ke 9.30 pagi...

 Keesokan hari: (hari ke3)

Kami tunggu. Pukul 9.00 pagi, 9.30 pagi, mereka belum juga muncul... 10.15 pagi saya telefon:
"Encik jadi ke mai rumah saya ari ni", saya bertanya...
"Jadi puan, saya on the way", jawab beliau
"Ok saya tunggu ni", balas saya
Pukul 11.15 pagi, mereka masih tak muncul-muncul... saya buat panggilan lagi sekali;
"Encik saya dah tunggu 2 jam ni, you nak mai ke tidak?, tanya saya dah mula rasa tercabar kesabaran...
"Kalau you tak bersedia, you tak payah datang ari ni, sebelah petang saya tak mahu dah, nanti kerja lajak sampai malam, saya dah tak tahan...letih sangat", tambah saya...menahan marah. Mana tidaknya dengan rumah berselerak dan berhabuk dengan kerja menggerudi dinding.. Dah beberapa hari kami duduk dalam rumah yang tak berkemas..
Kerja hari itu SAYA BATALKAN. Saya minta mereka datang besoknya pukul 9.00 pagi...

Esoknya, Hari ke4:

Pukul 9.30 mereka tiba. Kerja disambung semula dan siap pada 2.30 petang!!! AKHIRNYA....Syukur. Boleh tarik nafas lega..

KERJA SELESAI..

Sebelum bayaran dibuat saya sempat hidangkan minuman...dan saya memberi sedikit cadangan(pesanan) ikhlas bukan bukan semata-mata kerana marah tapi untuk kebaikan survival bisnes mereka (orang Melayu) untukjangka masa panjang..
"Sebelum tu saya minta maaf, boleh saya bagi cadangan atau teguran sikit?", pinta saya...
"Ok-ok tak pa puan", balas mereka, memandang tepat ke arah saya dengan wajah yang teragak-agak..
"Sebenarnya saya bangga dengan kemahiran yang you all ada dan boleh buka syarikat sendiri. Bukan calang-calang orang yang boleh buat bisnes...tapi saya rasa you pun tahu kan, orang melayu ni telah di cop dengan trademark JANJI MELAYU, yang selalu bolos dengan masa.." sambung saya..
"Sepatutnya orang-orang yang telah berkemahiran tinggi swepatunya mampu membuktikan orang melayu bukan begitu, harap-harap you berjaya, kerana bagi saya goodwill dalam bisnes penting sangat. Kerana you all akan dapat iklan free dengan promotion dari mulut ke mulut dari pelanggan yang berpuasti hati dengan prestasi kerja you", sambung saya panjang lebar...
"Tima kasih banyak-banyak puan kerana sudi tegur kami", balas mereka...
"Harap you all tak kecil hati...dan saya minta maaf banyak-banyak", pinta saya

Saya amat berharap mereka dapat menerima teguran saya dengan berlapang dada. Moga mereka maju jaya dalam bisnes....

SAMPAI BILA ORANG MELAYU SELESA DENGAN TRADEMARK JANJI MELAYU...saya tidak pasti.

Thursday, December 16, 2010

Kekuatan di sebalik doa.....

Doa senjata paling ampuh bagi setiap muslim. Kita dianjurkan untuk berdoa dalam sebarang pekerjaan yang kita ingin lakukan, hatta untuk masuk dan keluar tandas. Kita insan yang lemah dan tidak punyai apa-apa, perlu pertolongan dan perlindungan dari Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala sesuatu di langit maupun di bumi. Dia lah juga yang memegang hati  setiap insan serta setiap makhluk ciptaanNYA. Sudah semestinya kapadaNYA sahajalah yang berhak untuk memohon kasih sayang dan belas kasihan. KepadaNYA tempat mengadu!!

Kejayaan selalunya kita akan rayakan tetapi tidak banyak yang kita belajar....musibah kita ratapi TETAPI ia membuka banyak peluang untuk kita belajar. Belajar tentang sabar dan ketabahan, menerima kelemahan diri dan kekuasaan YANG MAHA PENCIPTA.

Khamis lepas (9 Disember 2010) rumah kami diceroboh lagi untuk kali ke4. Banyak barang berharga berjaya dilarikan!!!. Modus operandi masih sama dilakukan pada siang hari, iaitu semasa kami keluar bekerja.. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah pada petang itu, kami tidak terus menyedari yang rumah kami sudah dicerobohi. Keadaan dalam rumah tidak berselerak seperti digeledah, masih dalam keadaan seperti sebelum kami tinggalkan rumah. Tidak ada apa yang berubah. Pintu dan semua tingkap berkunci rapat. Tidak ada kesan pecah atau retak.

Tetapi alangkah terkejutnya, setelah masuk bilik belakang kami dapati siling rumah berlubang dan bumbung terbuka luas...Berdegup jantung. Peluh seram mula terpercik laju. Bila diperiksa kabinet dan almari dalam bilik tidur utama, rupanya satu persatu barangan berharga kami telah berjaya dilarikan.. Terjelempuk ke lantai..Sempat saya berdoa kepada Allah supaya sentiasa melindungi kami, syukur kerana semasa 'mereka' masuk, ketika kami berada di luar rumah. Selamat dari berhadapan dengan orang tidak tahu menggunakan akal itu...sebarang kemungkinan boleh terjadi...tidak mampu dibayangkan..

Dalam pada memuhasabah diri, teringat saya doa yang diberi oleh seorang ustaz, doa pelindung rumah dari ceroboh. Kami amalkan setiap malam sebelum tidur. Doa dari ayat 97, SURAH AL-KAHFI, yang bermaksud: "Dan mereka (Yakjuj) dan (Makjuj) tidak dapat mendakinya dan tidak dapat pula melubanginya"

Semasa membaca doa tersebut kami diminta supaya membayangkan setiap akses yang biasa kita fikirkan penyangak akan masuk melaluinya!!. tetapi kami hanya membayangkan pintu dan tingkap, tidak termasuk bumbung rumah!! Kejadian ini meyakinkan lagi tentang doa itu, kerana penyanyak itu tidak masuk melalui pintu dan tingkap rumah kami TETAPI  mereka masuk melalui BUMBUNG! dan keluar pun melalui BUMBUNG, walaupun kunci rumah hanya tersangkut di 'key holder' yang terletak di sebelah pintu dapur...

Di sebalik kejadian ini meyakinkan kita tentang kekuatan doa itu dan ketelitian kita semasa berdoa perlu dititikberat, yang merupakan perkara asas yang sangat dituntut.

Saturday, December 4, 2010

Jika katak sudah tidak melompat…..

Melompat. Itu lumrah katak. Dicipta supaya boleh melompat. Melompat tandanya cerdik, cekap, tangkas dan peka dengan keadaan sekeliling. Melompat untuk mencari makanan. Melompat untuk menyelamatkan dan mempertahankan diri dari ancaman!

Apa akan terjadi? Jika katak sudah tidak melompat lagi....

Kita sering mendengar tentang cerita katak (frog principle) dengan sebekas (periuk) berisi air.

Ceritanya menarik.

Dikisahkan seekor katak yang cerdik dicampakkan ke dalam periuk berisi air sedang mendidih..., kita tentu dapat mengagaknya, sepantas kilat katak itu akan melompat keluar. Tidak berkompromi dengan air yang sedang mengelegak dan boleh mengancam nyawanya itu. Katak telah mengambil tindakan cerdik. Pantas bertindak balas demi menyelamatkan diri! Ia terselamat.

Malangnya!

Diambil katak yang sama, dimasukkan dalam periuk diletakkan ke atas dapur dan air itu dipanaskan perlahan-lahan!! Bayangkan apa yang telah terjadi? Katak itu tidak terus melompat... Ia masih berenang-renang dan bersenang-senang dalam periuk tersebut. Cuma sekali sekala mungkin katak itu berkata kepada dirinya; ”mengapa air di sini suam-suam,... aah tak da apalah yang berlaku...disini”.

Katak tidak terus melompat keluar dari periuk yang semakin panas itu. Beberapa minit kemudian, katak itu telah berjaya ’direbus’ sepenuhnya!!! Kenapa? Kerana katak boleh berkompromi dan mungkin terbuai dengan perubahan perlahan-lahan pada suhu air tersebut. Dan alpa dengan musibah yang bakal ditanggungnya! KATAK sudah tidak melompat lagi....

Moral disebalik cerita ini:

Sesuatu kepincangan yang telah berlaku baik kepada diri sendiri, keluarga maupun masyarakat, tidak berlaku dalam sekelip mata!! Ia tumbuh dan bercambah secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat... Dan kita harus peka dengan perkembangan diri dan keadaan sekeliling supaya tidak ’terkorban’ sebagai mangsa keadaan.

Mungkin kita perlu ada siri soalan sebagai senarai semak. Setiap hari kita harus bertanya kepada diri;
Cth:
Adakah kita betul-betul dan cukup sihat?
Adakah hidup kita tenang dan bahagia?
Bagaimana dengan kedudukan ekonomi keluarga? atau,
seumpamanya,

Mengapa?

KERANA:

Kita tidak terus mendapati kita tiba-tiba menjadi gemuk sebaik saja bangkit dari tidur pada keesokan harinya! Kalau keadaan ini ditakdirkan berlaku, sudah tentu kita ambil tindakan seperti katak, terus melompat dari katil dan berlari ke hospital berjumpa doktor dan dapatkan rawatan kecemasan!
Proses berat bertambah badan berlaku secara beransur-ansur. Bertambah 1 kilo hari ini, sekilo esoknya, lusa dan seterusnya! Akhirnya, kita menjadi gemuk tanpa disedari dengan kerelaan sendiri...

Harapan agar kita diberi kemampuan supaya dapat bertindak cerdik dalam sebarang keadaan...

Wallahullam.