Showing posts with label tenggek burung. Show all posts
Showing posts with label tenggek burung. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Kenape tenggek burung ni pahit sangat?


Setelah berbulan-bulan dok belai pokok “so called” tenggek burung ni, pokoknya hidup subur. Daun2nya bukan main lagi lebar2. Pucuk muda (bercabang 3 galak bertunas). Berbunga-bunga lah hati tuan tanah melihat perkembangan si tenggek burung ni. Tambahan pulak selalu dok baca N3 smRose yang banyak tentang pokok tenggek burung. Makin terujalah dibuatnya!

“So-called” tenggek burung
 
Pokok ni tuan tanah pesan dari pak cik nursery yang selalu tuan tanah dok beli pokok dengan dia.

Tenggek burung ni tak berapa popular di kawasan utara ni. Kami jumpa pun semasa makan tengah hari di Melaka. Memang jatuh hati dengan kesedapan pucuk yang tak pernah tuan tanah rasa sebelum ni.

Mungkin tak keterlaluan jika dinobatkan sebagai ulam paling sedap. Raja Ulam kot!

Tuan tanah tak kisah sangat dengan khasiatnya tapi sedapnya tu… Jadi sebelum pulang kami mencari pucuk tu di pasar basah Bandar Melaka. Kami borong “sebeban” bawa balik Alor Setar, mengikut pakcik yang menjual tu, pucuk tenggek burung tahan di simpan lama. Dan ia memang terbukti betul…walau pun seminggu disimpan (fridge) pucuk2nya masih kekal segar.

Dah meleret-leret pulak…

Ok berbalik semula kepada  kisah pokok tenggek burung yang sedang subur di laman tuan tanah ni…

Alkisahlah…pagi Jumaat lepas dengan penuh semangat tuan tanah menuai pucuk2 cabang 3 ni nak buat ulam makan tengah hari.

Memang tak sabar nak merasa kelazatan pucuk ni dicicah dengan sambal belacan… Apalagi suapan pertama sudah tentu dimulakan dengan ikan bakar cicah sambal belacan dan dibalut dengan pucuk tenggek burung lah!

Kunyah perlahan-lahan nak ambik “feel” kelazatan pucuk tenggek burung yang di tanam sendiri..

Tiba-tiba…kunyahan macam tak boleh diteruskan…terasa sesuatu yang pelik…

Pahit?
 
Tapi teruskan jugak, makin pahit..makin pahit, kunyah lagi…pahit, pahit dan pahit…tak boleh nak ditelan…. Kenape pahit?, tak sama rasa seperti pucuk tenggek yang pernah dimakan tempoh hari. Risau pun ada, takut beracun!
 
Daaah hilang mood..

Keesokkan harinya, tuan tanah potong seranting pucuk tenggek bawa jumpa pakcik nursery tu. Nak dapatkan kepastian.

On the scene…: (lawak betul)....

“ooo subur betui, besaq2 daun dia…pokok yang cheq beli ari tu kan?...sapa pakcik dalam loghat utara sebaik saja nampak saya bawa pucuk tenggek burung, mengingatkan dia pokok yang  saya pernah beli dengannya dulu.

“ya, ya pakcik…memang subur pokok ni…tapi pakcik nape tenggek burung ni pahit…rasa macam bukan tenggek burung langsung….” balas saya…

“silap pokok kot pakcik” tambah saya

“Dak aiiih….tenggek burung…pakcik tau la…rasa dia lemak2, sedap” balas pakcik dengan penuh yakin

“tu la pakcik patutnya pucuk tenggek burung memang sedap…tapi yang ni pelik pulak rasanya…tak pa,…cuba pakcik kunyah dulu…pahit sangat” balas saya sambil menghulur daun untuk dicuba

Setelah dikunyah, dengan agak terkejut; “Awat pahit sangat ni…” sambil meluah keluar kuyahan pucuk tersebut…

“pakcik semai dari biji tenggek burung, pokok dia besaq ada kat belakang rumah pakcik…awat pahit…pelik pelik” tambah beliau…

“Saya pun heran pakcik, kalau saya tak bawa untuk pakcik rasa…sampai sudah pakcik tak pecaya kan?”…balas saya sambil tergelak tengok gelagat pakcik tu..

“kalu lagu ni bukan tenggek burung lagi ni, dah jadi tenggek beruang dah ni” sambung pakcik sambil tergelak panjang… kami semua tergelak…lucu!
 
Persolaannya:

Ni mungkin kes pelandok 2 serupa! Hehehe…Tapi kalau bukan tenggek burung pokok apa ni?

Ni imej dari pakcik google, nampak tak banyak beza dengan pokok tenggek burung yang tuan tanah punya!



Mungkin smRose arif dengan tenggek burung… Minta komen sikit…