Thursday, April 23, 2015

Tips Pokok Lemon berbuat lebat…



Usahkan lebat, berbuah pun tak! Mungkin belum lagi kot. Tapi pokok lemon ni dah masuk usia 3 tahun. Pokoknya, bukan main lagi rimbun dan subur sekali. Tapi belum ada tanda-tanda berbunga nak berbuah. 

Merimbun tapi masih belum berbuah…

Tuan tanah harap jangan ada pembaca salah sangka pulak, tertunggu-tunggu tips dari tuan tanah… Tapi sebenarnya tuan tanah la yang nak mintak tips dari gardeners dan pembaca semo. 

Tapi jangan risau, tuan tanah percaya kita akan dapat tips dari gardeners lain yang terbaca post ni dan berkongsi tips dalam kotak komen nanti. Harap-harapnya begitu lah.
So,
Tuan tanah mohon pada semua jika ada petua atau tips pasal pokok lemon ni, sudi-sudi lah kongsi di sini ya…

Terima kasih daun keladi..


29 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ana... kakak bagi tips arwah mak mertua kakak dululah. Dulu dia pangkas tak bagi tinggi. Selepas kena pangkas nanti tumbuh tunas baru bersama bunga dan jadilah buah...

Or else beli aje baja buah:)

Kakak tengok mak kakak pun letak hampas kelapa di pangkal pokok utk apa tapi tak tanyalah pulak..

Julie22 said...

Assalamualaikum Kak Ana,
saya pun ada gak tanam pokok lemon, still tak berbunga.

Normala Saad said...

Ana, kak baru beli on line 2 pokok anak lemon. Satunya baka Australia, satu lagi yang biasa. Yang Australia daun dia cubit sikit ja punyalah harum...tak tahu lah bila tahun nak berbuah. Tapi kalau ikut limau asam biasa..yang tut 2 tahun lebih dah berbuah lebat ( kak biasa tanam dulu ) Tanam biji mungkin 3-5 tahun kut...

suka suka said...

Cuba letak nasi sejuk... baki nasi yang tak habis di makan... lepas tu tutup dengan daun - daun kering.. akak dah buat pada pokok belimbing..

Adry@Daun said...

As salam @na,
Apa khabar? Lama tak singgah ke laman @na.
Saya tgk melalui foto yg @na paparkan, nampak gayanya pokok lemon tu mabuk daun. Terlebih daun, perlukan pemangkasan berjadual terutama untuk membuang ranting/dahan yg naik menegak tu. Jika anak pokok ditanam menggunakan anak tut/kahwin, ia berbuah dlm tempoh 1-2 thn. Kalau tnm guna anak biji, ia mula berbuah lbh krg 4-5 thn. Jgn lupa buh baja untuk buah.

TukangKebun said...

Lebat daunnya.
Cuba pangkas dulu.
Tapi jangan kasi baja lagi.

Honey said...

Salam Ana,

Whoa bestnya ada pokok lemon. My mom cerita, kat kampung ada banyak orang tanam pokok lemon. Diaorang bukan petik pun buah tu dan diaorg tak tau pun yang lemon tu mahal hokay! Buahnya banyak! Tapi di sebabkan diaorang tak jaga, buahnya tak elok.. takde air. Sayang betul.

Linda said...

First time tengok pokok lemon.. mmg jakun...agaknya sebab tu lemon mahal kot Ana, susah berbuah hehe :p

Fida Z Ein said...

Pangkasan adalah salah satu cara nak bagi pokok mula keluar bunga....buang tunas2 air, ranting/dahan yang tumbuh menegak terutamanya.

Selain itu...boleh letak/tanam jantung pisang dalam tanah. Bukan tanam betul2 di pangkal. Jarakkan 0.5 meter - 0.9 meter dari pangkal pokok.

Unknown said...

Assalamualaikum,

Nak tanya sikit. Boleh recommend kedai jual barang gardening dan benih di alor setar? Terima kasih

Ainul

Anonymous said...

Anak pokok lemon untuk dijual

Anonymous said...

013-5923985

srabeah said...

Bagaimana cara pangkas,?

SULAIMAN MAHBOB said...

Cuba guna baja super my plant food... bancuh 5ml setiap 5 lt air...sembur kat daun dan batang...inshaaAllah dlm 2 minggu akan berbunga.. boleh guna di mana2 pokok buahan...

Unknown said...

Saya ada pokok.lemon yg telah ditutkan. Rm50 utk setiap pokok. Boleh duhubungi melalui 01118653034 abd razak seremban.

Unknown said...

anak pokok lemon tut,Rm50?
mengigau ke?hahaha...

Unknown said...

Aku beli anak lemon dlm polibag baru rm15 , ni rm50 nak p haji ka . Kahkah

fiCk said...

Pencahayaan untuk anak pokok lemon yang baru dikeluarkan dari polibag macam mana ye? boleh direct tak ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Try sembur campuran air redbull+air tanpa klorin

Unknown said...

Dimanakah boleh dapat anak pokok lemon spt dinyatakan......?

Adalila said...

Dah berbuah ke lemon tu sis 😀

Chocodoch said...

Buang daun secara selang seli

siti said...

Masalah sama .....huhuhu

Unknown said...

rm50 melampau

khairul (bam) said...

Brp nisbah sukatan redbull:air non klorin tu ye

khairul (bam) said...

Nisbah campuran?

Anonymous said...

RM50????? Sy beli RM15 je...

Unknown said...

Hampir 2 tahun ada skali dia berbunga.je tapi x lekat jd buah.mcm2 dah buat buang daun tunas naik dahan baru daun lebat...dah guna baja buah mmg degil