Tuesday, January 21, 2014

JeliTi yang jeliTa


Cukup comel bunganya. Putih dan wangi. Orang Utagha panggil jeliti. Nama saintifik, tak pasti… Bergoyang2 bila ditiup angin, macam anting2…
Memang lawa.

Macam anting-anting

Terhidu wanginya semasa snap foto ni…

Pod jeliti…

Pokok ini banyak terdapat di sebelah utara terutama di Negeri Perlis. Mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi kerana ia sesuai dijadikan bonsai, yang mana sangat popular terutama di kalangan kaum Tionghua.

Bonsai jeliti boleh mencecah harga ribuan ringgit!!!


Thursday, January 16, 2014

Balik-balik, tengok daah merah...sicili kraBi ni


Macam dah lama sungguh tak turun ke blog. Lama tinggal laman yang sejemput ni. Jugak, miss kebun rakan2 maya..

Sepanjang peninggalan hati asyik teringat tanaman yang ditinggalkan. Sentiasa berdoa ada lah hujan turun, tak lah kekeringan dan kehausan. Rasanya kegusaran begini dirasai oleh semua ‘pekebun’ ketika “berpisah” dengan pokok2 kesayangan!!!!

Syukur.

Masa sampai ke rumah tengok tanaman agak segar walau pun nampak sedikit tak terurus! Sunflowers masih menyinar, roses bloom, melur nampak putik2 muda tanda mau berbunga. Lega. Menunjukkan tanda ada hujan turun…

Dan;

Cili api pula dah ranum. Merah. Menyala. Sangat cantik.

Red chili!!!!…

Saja namakan cili krabi sebab seeds cili ni pemberian kawan dari krabi. Uniknya cili ni buahnya berwarna putih dan tegak ke atas. Tapi bila dah masak bertukar warna merah terang. Tapi belum rasa lagi tahap kepedasannya ni…

Semua dah hampir masak…


Sebelum ditinggalkan






Wednesday, January 1, 2014

Bukan rose Biru…penyambut Tahun Baru 2014


 
Seolah mawar. Tapi bukan. Telang yang BIRU.
 

Telang Berlapis seakan bunga Mawar

 
Mula berbunga, lebat
 

Bunga biru ni sangat unik

 
Warna yang penuh keTenangan….

 

Tabarakallah.

 

….HAPPY NEW YEAR….