Nampaknya galakan bertani di kalangan komuniti bandar telah menjadi
agenda penting negara.
Semalam 3 Ogos 2014, Menteri Pertanian telah merasmikan Kempen
Pertanian Bandar. Kempen yang menggalakkan terutama komuniti Bandar (kakitangan
awam) bertani di premis masing-masing. Ia bertujuan untuk mengurangkan sedikit
sebanyak kos sara hidup di Bandar.
Sorotan Majlis Perasmian Kempen Pertanian Bandar
Antara agensi yang turut bekerjasama rapat dalam menjayakan kempen
ini termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Landskap, dan UPM.
Butiran lanjut boleh layari kosmo online 3/8/14
Tuan tanah sangat yakin saranan bijak ini akan berjaya, sekiranya
masyarakat diberi kesedaran bahawa berkebun adalah suatu aktiviti yang sangat
menyeronokan! Dan boleh dilakukan di mana saja asalkan ada kemahuan…
Keledek dalam pasu
Apa tidaknya, bayangkan keledek pun mampu hidup subur, walau pun
hanya ditanam dalam pasu! Mungkin ubinya tidak banyak kita dapat, tapi pucuk
keledek boleh dijadikan sayur yang bukan saja sedap dan juga sangat berkhasiat!
Sebenarnya terdapat
sebahagian besar sayuran sesuai di tanam secara pasuan seperti kangkung, kesum,
dsb. Contohnya pokok timun mini kat bawah ni..
Timun mini
Jom berkebun…