Showing posts with label COSMOS. Show all posts
Showing posts with label COSMOS. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Kerabu UlaM RaJa




Kerabu ulam raja versi utara

Dalam cuaca yang terlampau panas ni, nampaknya pokok ulam raja yang masih hensem di laman. Menghijau subur dan tak pedulikan panas… tapi kena siram la.. Pucuk-pucuknya memang gebu…

Tuaian pucuk ulam raja

Tetiba teringat kerabu ulam raja arwah MIL. Masih dok terasa keenakannya. Kerabu versi utara. 

Meh kita layan resipi…

Bahan2…tentunya kena ada ulam raja, heroin of the dish kan…asam limau nipis, kelapa parut, cili merah or kalu nak pedas boleh boh cili api, sikit belacan dan garam, bawang merah. 

Caranya cukup simple. Tumbuk semo bahan-bahan tu dan gaulkan dengan pucuk ulam raja yang telah dihiris halus. Dan perahkan asam limau nipis. Dah. Best dimakan dengan nasik panas-panas. Tak da lauk pun ok!

Bagi orang macam tuan tanah, yang suka pada resipi ringkas-ringkas boleh la cuba…memang tak menyesal…


Wednesday, December 17, 2014

Sunday, October 12, 2014

Tanaman laman : Cosmos berbunga ikut schedule...



Syukur, tuan tanah percaya semua muslimin telah sempurna menunaikan ibadah korban dan menyambut Aidil Adha dengan penuh keinsafan. Tuan tanah pun baru habis bercuti dan hari ni baru berkesempatan turun ke blog. Miss sesangat dan rasa dah banyak ketinggalan hidangan entri istimewa sahabat bloggers semua. Dan hari ni baru tuan tanah dapat turun kebun…tengok mana patut…
Biar tuan tanah mula dengan cosmos dulu…

Sasaran tuan tanah nak tengok cosmos sempat berbunga menyambut Aidil Adha menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Yellow cosmos dah mula berbunga

Tak banyak cabaran tanam cosmos ni. Esp yelllow cosmos, bila pokoknya dah capai ketinggian 1 kaki iaitu dalam tempoh lebih kurang 3-4 bulan, ia dah mula mengeluarkan putik2 bunga comel dan lebat.

Di ambang Aidil Adha lepas, semua pokok berbunga dan kembang sepenuhnya. Bunga-bunga kuning merwarnai laman. Sungguh menceriakan. Ia kembang dan bunganya meliuk-lintuk dan berayun-ayun di hujung tangkai. Sangat comel. Patut lah, ia juga diberi nama pokok BUNGA BINTANG BERAYUN.

Kembang seminggu sebelum Aidil Adha

Jika diamati, bunga cosmos ni bertangkai panjang iaitu antara 6-8 inci dan halus. Kelopak bunganya pulak berlapis-lapis dan bila kembang penuh bunganya boleh  mencapai lebih dari 1- 2.5 inci lebar. Tentunya, ia agak berat untuk ditampung oleh tangkainya yang panjang dan halus. Sudahnya ia akan bergoyang-goyang mengikut sunnah kejadiannya!. Cukup indah.

Tabarakallah.



Tuesday, September 23, 2014

Tanaman laman : Jus ulam raja…



Jus ulam raja yang sedia diminum

Ulam raja antara herba yang paling senang ditanam. Mudah hidup. Dan senang dijaga dan kurang berpenyakit. Apa lagi di musim hujan macam sekarang ni, pokok-pokok ulam raja subur menghijau. Kalau nak dibuat ulam memang tak terhabis. Nak diulamkan setiap hari pun jemu jugak kan.

Geram tengok pucuk ulam raja tengah dok merecut-recut naik. Kalau dibiarkan semua akan tua, dah tak sedap. 

Sambil petik, kepala tuan tanah ligat berfikir apa nak buat dengan pucuk-pucuk muda yang dah penuh raga ni. 

Tuaian  pucuk ulam raja

Nak makan semua sah-sah tak habis… tup-tup timbul idea kalau lah pegaga boleh dibuat jus, apa salahnya dicuba dengan pucuk ulam raja ni…

Jadi, eksperimen bermula:

Pucuk ulam raja dibersih. Potong-potong masukkan ke dalam blender. Blend dengan  2 gelas besar air dingin (ais).

Hasil jus ulam raja selepas dikisar

Kemudian tapis dan campurkan dengan 2 sudu besar madu. Kacau sebati. Minum. Rasanya seakan jus pegaga. Cukup segar. 

Dan mungkin kita juga boleh campur dengan daun pegaga dan epal hijau bagi memperkayakan lagi khasiatnya…

Selamat mencuba…


Thursday, September 11, 2014

Tanaman laman : Cosmos pun boleh ditanam dengan keratan!



Try n error banyak mengajar kita ketemui sesuatu yang baru. Tuan tanah cuba teknik ni pada pokok cosmos secara tak sengaja dan it works!

Minggu lepas hujan lebat turun hampir setiap hari. Kadang tu diselangi dengan rIbut dan angin kencang. Kebanyakan pokok berbatang lembut ranap dan patah termasuklah pokok cosmos kuning ni. Agak kecewa jugak tengok, pokok dah besar dan subur jadi macam tu…

Dek kerana sayang nak buang, tuan tanah potong batang yang patah tu dan cucuk semula ke tanah. Tak letak apa-apa harapan pun. 

Keesokan harinya semua daun kelihatan layu dan tak bermaya. Tapi tuan tanah biarkan jugak kat situ. Tak sempat nak cabut buang. 

Sungguh tak sangka pagi tadi, tuan tanah agak terkejut bila nampak batang cosmos yang dicucuk minggu lepas segar dan mula berbunga! Berbunga-bunga lah jugak hati tuan tanah hehehe..

Dah mula berbunga,

Batangnya bengkok sikit, tak sesegar pokok bersebelahannya

Ini menunjukkan, yellow cosmos jugak boleh ditanam dengan keratan. Bagi tuan tanah ini satu penemuan baru secara tak sengaja dari laman. Entah-entah semua orang dah pun tanam cosmos ni macam ni, kami  ja yang baru tahu hehehe…
Jadi, kalau kita nak banyakkan pokok cosmos kat kebun tak perlu tunggu seeds, guna ja keratan batang. Potong dan cucuk. 

Tak payah tunggu bunga tu kering…

Selamat mencuba..


Thursday, August 28, 2014

Kutip cosmos seeds tepi jalan…



Pagi tadi, seperti biasa dalam perjalanan ke ofis, tuan tanah akan stop beli kuih dekat gerai nasik lemak, yang terletak tak jauh dari rumah..

Selesai beli kuih, tuan tanah terus ke kereta. Semasa menghidupkan engin, daah ternampak timbunan pokok orange cosmos atas bebahu jalan bersebelahan kereta kami. Apa lagi terbeliak butang lah mata tuan tanah. Terus capai phone turun dari kereta menuju ke timbun cosmos yang dibuang ni. 

Timbunan orange cosmos

Belek punya belek dapatlah 2 seeds dari banyak-banyak bunga yang ada! 2 biji pun jadi lah.. Sebab cosmos ni, kalau dah hidup ia mudah berbunga dan menghasilkan seeds yang banyak nanti. 

Seperti pengalaman menanam yellow cosmos sebelum ini. Hanya dari sebiji saja, sekarang ni dah membiak banyak kat laman. Alhamdulillah.

Seronok tanam cosmos ni. Cepat hidup dan mudah jaga. Bunga pun cantik. Memang tuan tanah tengah kumpul, kononnya sebagai koleksi laman untuk “pujuk” rama-rama dan  cik lady datang bertandang!

Ada beberapa jenis cosmos seeds yang dah tuah tanah beli dan semai antaranya cosmos bipannatus mixed, cosmos bipannatus sensation dan white cosmos. Tapi hanya white cosmos yang germinated itu pun sepokok je!

White cosmos – tumbuh sebatang kara

Harap-harap white cosmos ni selamat membesar dan hidup subur di laman kami.



Tuesday, June 24, 2014

"Serupa tapi tak sama"

Tentu semua pernah bertemu dengan ungkapan ini kan? Masa dolu-dolu, ia begitu popular…dalam slot santai di majalah-majalah dan juga surat-surat khabar… dan kita pun bersungguh-sungguh mencari apa yang berbeza… seolah-olah macam la nak menang hadiah…hehehe… sweet jugak ingatkannya…

Untuk kembalikan nostalgia zaman kecik-kecik dulu jom kita uji minda dengan pokok di bawah ni…

Mereka berbeza…

Nampak serupa tapi berbeza keturunan…agak-agak apa yang tak sama nya??? Sekali pandang macam semua pokok ulam raja kan???

Cuba perhatikan di celah-celahnya tu… ada 3 pokok yang berdaun seakan sama dengan ulam raja…MARIGOLD!!!!

Seingat tuan tanah lah…dalam pasu ni cuma ditanam dengan seeds pokok ulam raja saja… Ia tumbuh dan membesar macam biasa…ulam raja kan, tak tanam pun tumbuh bagaikan johan…

Petang semalam baru perasan, masa nak kutip pucuk ulam raja buat ulam…ternampak ada bud muda marigold… bila masa pulak marigold bertengek dalam pasu ni. Nasib baik ia tunjukkan mahkota, kalau tak “ter-ulam” sekali pucuk marigold ni ..hehehe 

Bagus jugak ada penjaga pada ulam raja tu dan tak payah nak  susah-susah carikan companion!