Tuesday, February 15, 2011

Keputeraan Insan Mulia

Salam Maulidur Rasul...


Insan Mulia Pembawa Rahmat Sekelian Alam. Pembawa Harapan bagi orang yang berharap Rahmat Allah SWT....dengan janji SYAFAAT dari BAGINDA RASUL.


"Syafaat dari Rasullullah adalah adalah harapan bagi pelaku dosa besar untuk mendapat keampunan dari Allah SWT. Kerana Allah tidak melihat kepada bagaimana kita bermula, tetapi bagimana kita mengakhiri perjalanan hidup kita di dunia ini", terang Ustaz Ahmad Muhammad yang dipetik dari Program Al-Hidayah TV3, pada Ahad lepas.


"Jadi jangan sia-siakan peluang yang masih ada untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak", tambah beliau.
 Tambah beliau lagi,
"TIGA SYARAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH SAW;   
1. Mencintai Rasulullah dengan menyakini ajarannya Tanpa berbelah bagi;
2. BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA sepanjang masa; dan
3. Mengikut Sunnah baginda".


Moga kita semua diberi kerahmatan agar LAYAK mendapat syafaat Rasulullah dan REDHA ALLAH SWT.


Mari sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammah SAW:

Saturday, February 5, 2011

Semangkuk suSu....

"Sebagai sumbangan kecil kita dalam membantu mempertahankan negara, saya minta saudara-saudara semua dapat menyumbangkan semangkuk susu seorang sebagai minuman tentera kita yang sedang berjuang mempertahankan tanah air kita ini", pinta penghulu kepada semua penduduk kampung dalam perhimpunan yang diadakan pada hari itu.

"Walaupun kita tidak sama-sama memikul senjata bersama mereka, sumbangan ini juga boleh membakar semangat  dan mempersiapkan tenaga mereka untuk terus juang untuk keselamatan kita semua", hujah penghulu bagi menarik kesedaran penduduk kampungnya itu. 

"Adakah saudara-saudara semua setuju dengan cadangan ini?, tanya penghulu itu untuk mendapat kepastian!

Serentak suara bergema memberi persetujuan..

Penghulu itu menarik nafas lega. Bangga dengan semangat dan pengorbanan anak buahnya.

"Kalau semuanya sudah bersetuju, pada sebelah malam ini saya akan letak sebuah tempayan besar di laman ini, dan saudara-saudara semua bolehlah memasukkan susu ke dalamnya. Dan esok pagi askar-askar kita akan datang meminumnya", jelas penghulu kepada anak buahnya. 

Bila malam tiba.....

Semua penduduk kampung mula datang untuk membawa susu untuk dikumpul dalam tempayan tersebut!!! Orang pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya datang mencurahkan 'susu' kedalam tempayan tersebut.

"Aah kalau aku bubuh semangkuk air bukannya terjejas rasa susu dalam tempayan ni", fikir orang pertama lalu mencurahkan 'susu' dalam tempayan itu.

"Bukan orang nampak pun kalau aku masukkan semangkuk air dalam tempayan ni, orang lain dah masukkan susu", orang kedua memasang strategi..

Begitu juga dengan orang ke tiga, ke empat dan yang seterusnya..

Keesokkan harinya....

Alangkah terkejutnya penghulu kampung itu, apabila diperiksa tempayan besar di laman rumah itu dipenuhi dengan AIR!!!!.....

Sketsa tragis yang telah berlaku di kampung ini, sebenar masih tebal dan sering berlaku dalam hidup seharian di mana-mana sahaja. Baik secara sedar maupun sebaliknya. Selagi setiap orang memandang remeh dengan sumbangannya sendiri, keadaan ini tidak akan berubah. 

Wallahuallam