Rezeki. Rezeki… Syukur Alhamdulillah. Ar Razzak, Engkau lah Yang Maha Pemberi Rezeki.
Macam biasa lah wik-end..turun ke kebun.. Pagi kemarin baru mula nak semai seeds yang baru dapat isnin lepas.
Buat persediaan semaian benih. Masukkan tanah dalam pasu, tabur biji benih dan siram… dan kemaskan apa-apa yang patut… Kerja semaian selesai. Jam dah tunjukkan tepat pukul 12.30 tgh. Start berkebun pun dah lewat, dalam pukul 10 pagi.
So, cepat2 tinggalkan kebun. Nak sediakan lunch pulak.. Dalam dok sibuk sediakan bahan untuk masak, tiba-tiba terdengar nama dipanggil jiran sebelah…keluar je dari pintu dapur…MasyaAllah sedulang set lunch dihulur..
Jadi, cepat-cepat dulang tu disambut dengan hati yang berbunga..dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Mana tidaknya, perut tengah kerongcong dan separuh tenaga dah hilang…bayangkan betapa bersyukurnya…
Rezeki datang bergolek!. Barakallah.
Dah, tak payah masak…
Cuma tambahkan sayur je.. Apa lagi, bakes jer vege…terung, tomato n capsicum. Tambah cili potong bagi rasa pedas sikit. Cili tu je dari kebun…sayuran yang selebihnya tu dituai dari Giant.
Sayur2 dipotong dan disusun dalam baking tray
Baked vege dah sedia untuk dihidang
Cili potong tu dituai dari pokok yang kurus ni la…hehe
Ni la set lunch dari jiran sebelah, nasi beriani n lauk pauk
Itulah dikatakan rezeki yang kadang kita tak pernah terfikir datang kepada kita dari berbagai cara. Alhamdulillah. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemberi…