Sunday, March 24, 2013

Kalau ke KEDAH jangan lupa lawat ladang anggur


 
Minggu lepas ada lawatan kerja ke daerah SIK dan salah satu destinasinya – LADANG ANGGUR TASIK BERIS!

Nak kongsikan sikit info tentang projek pelancongan ni:

Ladang anggur ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar bukan saja di peringkat Negeri Kedah malah di Asia Tenggara. Terletak lebih kurang 75 km atau sejam perjalanan dari Alor Setar. Berlatar tasik dan gunung membuatkan ladang anggur ini begitu istimewa.

Jom kita lawat ladang – dapatkan feel dulu..
 
laluan utama ke ladang anggur

Anggur terkenal dengan seribu satu keistimewaan yang hanya sesuai ditanam di kawasan beriklim dingin. Tetapi dengan penyelidikan rapi serta mengaplikasikan teknologi tinggi percubaan menanam anggur secara komersial di Tasik Beris telah berhasil.
 
Sejumlah lebih kurang 7000 pokok anggur di tanam dalam green-house ini
 
Pokok anggur hidup subur dalam “green house” dan berjaya mengeluarkan buah yang lebat. Jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, Wite Malaga dan Lose Plite. Jumlah keseluruhan yang ditanam adalah sejumlah 7000 pokok. Dan buah anggur dari 1000 pokok pertama telah berjaya dituai pada 2008.
Pengunjung dibenarkan untuk melawat ladang dan melihat pokok anggur secara lebih dekat. Walau bagaimana pun pengunjung tidak dibenarkan memetik buah anggur di ladang ini.


Oooops!...kita tak boleh petik buah anggur dalam ladang..kalau nak merasa buah segar boleh didapati di sales gallery..
 
Jadi, untuk melihat dan merasai buah anggur segar dari ladang di kawasan cuaca panas seperti Negara kita sudah tidak menjadi perkara yang mustahil lagi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan satu “tawaran istimewa” kepada pengunjung tempatan yang belum berkesempatan untuk ke Negara beriklim dingin.
Berlatarkan gunung dan tasik membuatkan Ladang Anggur ini bertambah istimewa. Selain daripada ladang anggur itu sendiri, disediakan juga walkways sebagai kemudahan pengunjung menikmati keindahan tasik serta pemandangan hutan semulajadi di sekelilingnya.
Walkways disediakan berhadapan tasik beris, memberi peluang pengujung untuk menikmati keindahan semulajadi di sekeliling ladang ini
Pengunjung juga dapat merehatkan minda dan mengembalikan kesegaran badan sambil menikmati kudapan di bawah payung yang disediakan di ala-“fresco” berhadapan pintu masuk utama ke ladang ini.
Al-fresco turut disediakan untuk pengunjung berehat dan bersantai sambil menikmati suasana ladang anggur seumpama berada di luar negara
Kemudahan penginapan juga disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk bermalam di ladang ini.
 
bayaran masuk RM4/ bagi org dewasa; RM2/ bagi kanak2
 
 
 
 

Thursday, March 21, 2013

Salsa serai kayu versi pedas cili api!


Salsa versi serai kayu dan cili api

Serai kayu atau samak (bagi orang utara) di antara ulam ‘killer” dalam nasi kerabu. Daun lemak dan terasa wangi bila dikunyah.

Dua bulan lepas jumpa benih pokok ulam ni kat pasar tani depan Star Parade. RM7/polybag.
 

Ni pokok serai kayu tanam dalam pasu je, tanda harga pun dok ada lagi

Nak masuk bulan ke3, serai kayu dah mula berpucuk, walau pun cuma tanam dalam pasu. Petang sabtu lepas merasa lah tuaian pucuk sulung.

 
Tuaian pucuk serai kayu bersama cili dan pucuk limau purut.

Habis apa nak buat dengan pucuk-pucuk ni? Nak dijadikan ulam, malas lah pulak nak tumbuk sambal belacan untuk makan malam. Cicah sambal belacan makan tengahari baru la kick. Nak simpan esok nanti layu. Tak fresh, dah.
 
Jadi apalagi. Mula lah cari jalan lain…,

Tengok masih ada buah dalam fridge
 

 
Potong halus-halus, pucuk serai kayu dan pucuk limau, kemudian campurkan dengan tomato, mempelam, plum yang dipotong dadu, buat macam salsa. Dan tambahkan perahan limau kasturi, hirisan cili api dan sedikit garam.

Maka jadilah, salsa cacamarba yang dimelayukan!. Hot n spicy macam kat atas tu! Rasanya OK jugak..

 

Tuesday, March 19, 2013

Projek telang dalam PASU


anak telang pinda ke pasu jumaat lepas
 
Dah lama cari benih bunga telang.. terima kasih pada klik!..klik punya klik jumpa kawan bloggers yang telah menanam pokok bunga telang… menariknya lagi sirap biru bunga telang dalam salah satu post ummuaidan…

Kalau sebelum ni kami di pantai timur, selalunya guna bunga ni buat nasi kerabu itam saja.. Rupanya bunga telang juga boleh dijadikan sirap. BIRU. Sudah tentu ia banyak beta carotene - amat baik untuk keperluan badan.

Tambah berkobar-kobar lah semangat nak tanam telang.

Jadi terus klik, cari seeds telang. Maka jumpa lah…seeds bunga telang dari tanamsendiri.com, terus pesan 1 pek RM2.. Dah terima sebulan lepas.

PROJEK TELANG pun bermula...

Stage 1: Semai biji telang

anak telang selepas 7 hari 

 
Stage 2: Ubah anak telang ke dalam pasu

anak telang setelah 3 minggu - dan pindah ke pasu di atas tu.. 

 
salah satu pokok cuba tanam dalam pasu gantung
 
Stage 3: Daily routine - siram dan baja
Now our project in stage 3


Stage 4, 5 dan seterusnya ….tungguuuuu telang membesar,menjalar, memanjat, berbunga dan berbuah….

 To be continued…..

Thursday, March 14, 2013

Terung butter grilled?


Ingat nak diet. Balik keja petang tadi plan tak mahu masak lah...konon. Macam dah kenyang makan kuih. Kiranya, malam tak mau makan heavy la.. Lagi pun stok bahan masak utk seminggu dah tinggal serdak-serdak je lagi. Esok baru nak ke pasar beli stok mingguan.

Tapi disebabkan the other half tu insists nak makan nasi jugak…failed plan nak diet ni..Perut Melayu tu Melayu jugak. Nasi, nasi, nasi…hehe

Jadi, kena lah masak..

Selongkar peti ais.. Bahan protin tak ada masalah, masih ada.. Tapi sayur? Sayur susah sikit, nak stok lama-lama.. Terfikir pulak, alangkah bagusnye kalau sawi dan bayam Malabar kat laman tu kalau dah boleh tuai... Solve problem.

Selongkar punya selongkar jumpa lah 2 biji terung. The only sayur yang ada. Terung di antara sayur yang boleh bertahan lama. Masih kelihatan segar, walau pun seminggu kat fridge!

Terung yang tuai kat pasar jumaat lepas

Jadi potong-potong dan perap sekejap. Masukkan ke dalam grilled pan. Grill bersama butter, biarkan atas dapur hingga berbau wangi, agak-agak dalam 5 – 7 minit.


masak ringkas terung grill dgn butter – masih ke atas dapur 
nota: terung gril ni boleh tahan jgk sedapnye - terasa benar manis semulajadinya
Terung adalah jenis sayuran palpa (pulp) yang sangat sedap. Mudah dimasak. Dan boleh disimpan agak lama berbanding sayuran berdaun. 

Ia bukan saja sedap TETAPI amat berkhasiat. Ia dipercayai dapat menghindar kerosakan saluran darah dan mengawal tekanan darah tinggi.


Wednesday, March 13, 2013

Boleh kata Pigeons feeding ke ni?


Saja nak share KEUNIKAN burung yang paling cerdik di dunia ni.. JINAK MERPATI makan di tangan di tangkap lari..

Kepada rakan2 yang telah berkesempatan menunai haji/umrah akan dapat melihat koloni burung ini di sekitar MASJIDIL HARAM – MEKAH. Ia seolah-olah sebahagian dari komuniti atau jemaah di sana. Ada turut menabur makanan untuk disedekahkan kepada burung-burung ni. Ia menjadi pandangan biasa di sana.

Seawal tahun ke 5 sebelum masehi burung bijak ini telah digunakan sebagai pengutus berita oleh Kerajaan Syria, Parsi (Iran) dan Mesir, …. Di zaman yang belum ada teknologi komunikasi canggih (pos/telegram/internet) perkhidmatan Pigeons Post adalah satu-satu pengantara berita terpantas. Dan jadi semakin penting terutamanya semasa berlakunya perang.

Syok nya burung ni, ia dipercayai boleh membezakan antara teks dan gambar. Juga dapat dapat mengecam dan membezakan wajah manusia di antara seorang dengan yang lain. Mungkin kelebihan itulah yang telah dimanfaatkan sebagai alat penghujung di antara hujung pelusok benua.

Burung ni sebenarnya telah dicipta dengan banyak keistimewaannya.

Bagi orang Kelantan pulak, bagi makan daging (sup or apa saja) burung merpati kepada anak kecil, akan dapat membantu meningkatkan tahap kepintaran…Sejauh mana betul tak dapatlah nak disahkan…kalau rakan bloggers menemui research yang menyokong kenyataan ini…tolong share, k

Burung merpati boleh dilihat di mana-mana dan ia bukannya dari species yang ganjil, cuma tinggal kita perasan ke tidak jer..

Kalau di Langkawi memang terkenal lah dengan EAGLES FEEDING kat Kilim AGROforest. Manakala Bandaraya Alor Setar ni pulak ada beberapa spot, mungkin boleh dikatakan pigeons feeding kot…tempat yang kita boleh berkongsi makanan.

Di antaranya di Ukir Mall Alor Setar…se awal 7.30 pagi…burung-burung merpati telah sedia tunggu untuk breakfast sama-sama
 

 
Sedang menunggu hidangan...sebahagian tunggu kat atas kabel letrik 

 
Mengerumuni hidangan

  
Itulah yang dikatakan jinak merpati, bila didekati terbang lari..hehe

  

Tuesday, March 12, 2013

Teh mulberi – DIY

Petang kemarin buat pertama kalinya minum teh mulberi. Homemade pulak tu.. sedap rasanya segar dan manis-manis buah. Patutlah ulat sutera suka makan daun mulberi.

Kebelakangan ni teh mulberi memenuhi pasaran dan mendapat sambutan hebat terutama pada orang yang conscious pasal kesihatan. 2 minggu lepas sempat ke carnival anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar bertempat di perkarangan Menara Alor Setar, di antara 19 menara tertinggi di dunia dan yang ke2 tinggi di Malaysia, selepas Menara Kuala Lumpur (just an info).

Ada salah satu booth di carnival tu mempromosi teh mulberi. Ramai pengunjung mencuba. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Mengikut tokey tu, teh ni dibuat dari pucuk mulberi dan amat baik untuk kesihatan. Dia tunjuk la gambar pokok tu… OOO pokok ni ke?

Pokok ni memang dah tanam kat belakang rumah tapi tak ambik pusing sangat. Ingat nak tunggu makan buahnye je.

Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU... Ni baru tahu nama glamour - MULBERRY. Buah dia memang sedap. Tak tau pulak daun mulberi boleh dijadikan TEH dan amat berkhasiat untuk kesihatan.

Minggu lepas sempat menggondolkan pokok mulberi. Apa lagi kutip la pucuk-pucuk untuk dikeringkan.

Dah gondol baru nampak ada sarang burung

 
Kalau sebelum ni dahan2 yang dipangkas dibuang begitu saja

Dalam cuaca panas sekarang ni, dalam 2-3 hari pucuk dah boleh kering sepenuhnya. Dapatlah sedulang pucuk mulberi kering. And ready to brew as homemade mulberry tea. (Mulberry tea – DIY!).
 

Pucuk2 mulberi yang muda utk dikeringkan
 

Dapat la sedulang pucuk mulberi kering (dikeringkan dlm fridge)
Tips: jgn keringkan di bawah direct sunlight nnti pucuk mulberi bertukar browned dan rasa pun tak fresh dah

Selain tu rupanya, pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api atau dicelur utk dimakan sebagai ulam.
 
 

Monday, March 11, 2013

Semuanya dah tumbuh…


Telang, keledek dan bayam malabar putih sudah bercambah dan bertunas.

Rasanya bagi semua “pekebun” melihat perkembangan begini sudah cukup puas. Walaupun masih jauh untuk menikmati hasil tuaian daripadanya.

Setiap hari menanti pertumbuhan baru dari setiap benih yang disemai…


Telang,


Telang ni pula baru 2 minggu. 5 pokok je yang tumbuh dari 10 biji yang disemai.
Benih telang ni dipesan dari tanamsendiri.com, ingat telang ni nak tanam dalam pasu je..

 
Keledek,

 
Selepas menunggu 2 bulan keledek ni baru bertunas dan berpucuk. Hampir-hampir nak giv-up di buatnye… Setelah bertunas nampak macam cepat pulak pucuknya membesar…

 
Bayam Malabar putih,


Bayam Malabar putih (busella alba) ni agak cepat bertunas. Di tanam dari lebihan keratan batang yang baru dibeli dari pasar. Bayam ni nampak macam senang hidup je. Baru 3 hari dicucuk dah bertunas..