Semai
sawi 5 bintang dan garland chrysanthemum kongsi dalam satu bekas. Masa 3 hari
pertama benih mula bercambah. Cepat dan nampak amat meyakinkan. Berbunga-bunga
hati. Maklumlah tak pernah tanam sawi dan garland ni. Hari-hari berikutnya nampak
makin besar daunnya. Wah tak sabar . Jadi buat persediaan. Siapkan tanah dan
beli pasu-pasu lebih besar untuk pindahkanya nanti.
Kalau
ikut cara ummuaidan hari ke10 dah boleh pindah anak-anak pokok sawi ni ke
tempat penanaman yang lebih selesa!
Tapi…
Dah
sampai hari ke 10, anak sawi dan garland ni macam lambat pulak besarnya. Tak
pa, tunggu lagi…pujuk hati sendiri..
Masa
terus berjalan….tik tok, tik tok…dah lebih sebulan tapi dok macam tu jugak, hidup
segan mati tak mau! Di mana silapnya?
Apa dah jadi…dah lebih
sebulan tapi tak besar2, …terbantut…failed!
Rasanya
dah tak boleh tunggu ni….
Semalam
semai lagi. Percubaan ke 2. Kali ni semai guna bekas telur. Satu set untuk sawi
dan satu untuk garland. Dan masukkan satu lubang satu biji benih. Harap cara ni
mereka hidup da tumbuh dengan lebih selesa dan membesar dengan sepatutnya.
Harap semaian ini
mudah dipantau, sambil kitar semula barangan terbuang
Kepada
semua yang ada tips sila beri tunjuk ajar…terima kasih