Monday, January 26, 2015

Suka tengok jeliti…



Berbunga halus, putih berseri, bergayutan dan bergoyang-goyang bila ditiup angin, sambil mengeluarkan wangian lembut… Tabarakallah…Alhamdulillah atas anugerah nikmat wangian ini…
Jeliti close-up

Sangat comei dihujung ranting

Bunga2nya halus hampir tidak kelihatan

Seronoknya, jeliti berbunga sepanjang masa… Walau bunganya tidak gah dari segi warna dan saiz, tapi ia sangat menyenangkan mata memandang dan wangian lembutnya amat menenangkan fikiran…

Tabarakallah

Wednesday, January 14, 2015

WW# - di pagi ini..



Rakam ros mini dalam kegelapan pagi

Di ofis ada kejutan;

“ThaiLove” atas papan kekunci (tq my dear friend)



Monday, January 12, 2015

Peria pantai dan belalai gajah sumber sayur hijau berkhasiat!



Sayur lemak putih pucuk peria pantai, daun belalai gajah dan keledek

Kedua-dua jenis pokok ni boleh ditanam melalui keratan batang. Memang mudah ditanam dan senang hidup. 

Tak sampai 3 bulan benih pemberian ofis mate ni dah boleh dituai…

Tuaian pucuk peria pantai dan daun belalai gajah

Seronok tanam pokok ni, boleh dijadikan sumber keperluan sayuran hijau segar. Paling bestnya, makin dituai makin galak ia mengeluarkan tunas dan pucuk-pucuk baru…

Pokok peria pantai

Pokok belalai gajah

Bagi part time garderner rasa nya elok tanam pokok ni. Tak banyak kerenah dan kurang berpenyakit. 

Tentang khasiat kedua-dua pokok ni, tuan tanah rasa semua dah maklum terutama daun belalai gajah (snake grass) yang dipercayai sangat berkesan untuk merawat kanser.
Wallahuallam…
Selamat berkebun…


Wednesday, January 7, 2015

WW# : Nangka Madu – Balai Bomba Alor Setar



Alhamdulillah.
Awesome!!! segar dan manis bersari

Gerai di bebahu jalan depan Balai Bomba Alor Setar

Jerami ni pun Nampak sedap..hehhehe

Nikmat Allah mana lagi yang boleh kita dustakan???

Tabarakallah.


Tuesday, January 6, 2015

Teh bunga kemangi...

Hari ni, jom kita minum teh bunga kemangi...

Saja tuan tanah nak manfaatkan semuanya yang ditanam di laman, termasuklah bunga kemangi ni. Sayang nak buang begitu saja. Kalau pucuk boleh dibuat teh, tak salah cuba  buat teh campuran pucuk dan bunga kemangi...

Teh bunga kemangi

Bunga-bunga kemangi yang dituai.

Bunga dan daun kemangi yang direndam air panas

Setelah dibiarkan 20 minit. Tapis. Minum suam-suam…tambahkan sedikit madu untuk perisa…
Rasa teh ni ok lah jugak, tapi baunya agak kuat sikit…sapa yang suka daun kemangi mesti tidak ada masalah minum tea ni..

Selamat mencuba…

Monday, January 5, 2015

Biar lah dia merimbun…



Kemuning penyejuk laman

Sebelum melangkah jauh di episod 2015, hari ni kita berada di helaian ke 5.. Syukur masih diberi peluang menikmati udara di bumi Malaysia ini.

2014 telah meninggalkan catatan sejarah paling getir dan sukar dilupakan oleh semua rakyat Malaysia. 

8 mac 2014 -pesawat MH370 hilang tanpa kesan hingga ke hari ini; tak cukup dengan itu;
Pada 17 Julai 2014 – pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukarine. Nahas yang menimpa 2 pesawat ini telah cukup untuk syarikat penerbangan ulung Negara jatuh bangkrap!

Dan yang paling menyayatkan hati pada 23 Disember hingga akhir tahun 2014 negara dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda Negeri Pantai Timur terutama Negeri Kelantan (negeri Kelahiran tuan tanah) hampir lumpuh sepenuhnya. 

Tidak ada perkataan lagi untuk menggambarkan kedasyatan musibah banjir kali ini. 

Air mata tak semena-mena bercucuran, setiap kali berita menayangkan perkembangan dan kesan selepas banjir, walau pun keluarga kami tidak terlibat langsung dengan musibah ini.

Keadaan banjir kali ini sangat luar biasa bagaikan dibadai tsunami. Menenggelam kawasan tanah tinggi yang berbukit bukau… memang sangat luar biasa. Hanya dalam sekelip mata kawasan pergunangan Gua Musang. Kuala Krai dan Manik Urai bertukar menjadi tasik yang sangat luas!

Limpahan banjir di Kuala Krai - pic google

Air daripada sungai melimpah dengan laju meluru ke kawasan petempatan. Membawa lumpur tanah merah daripada pergunungan!

MasyaAllah…

Sudah tentu ada sebab dan musababnya yang dapat direnung bersama,
Kawasasan tadahan air diceroboh, hutan ditebang secara berluasa, dan daripada visual terkini sebahagian besar gunong ganang di kawasan tersebut gondol bagaikan padang jarak padang terkukur!

Kemungkinan besar ia di antara punca penyumbang run off water kepada musibah banjir kali ini…

Peristiwa ini sangat pahit untuk ditelan, berat mata kita memandang berat lagi mangsa yang berdepan dengan musibah ini. Moga Allah menggantikan pahala di atas kesabaran mangsa menghadapi dugaan yang sangat memilukan ini.

Merenung kepada kejadian ini tuan tanah rasa sangat sayang kepada rimbunan pokok lemon, mengkudu dan mulberry di belakang rumah….walau pun tak berbuah!. 

Pokok lemon, mengkudu dan mulberry

Sekurang-kurang dapat mengekalkan kelembapan tanah, juga sebagai tangki oksigen yang diharapkan sikit sebanyak dapat mengimbangi pelepasan karbon ke udara..dan menyejukkan bumi.. 

Moga tahun 2015 dan tahun-tahun mendatang, kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan menggantikannya  dengan rahmat kesejahteraan.

Amiin…


p/s: Catatan ringkas ni sebagai cetusan peribadi untuk merenung diri …