Wednesday, July 6, 2016
Friday, June 10, 2016
Bunga-bunga kucai...
Bebola bunga kucai
Setelah 2 bulan projek replanting, kucai di laman subur menghijau.. Dan peliknya asyik berbunga ja..
Kenapa ya?
Kalau sebelum ni agak susah nak tengok bunga dia..
Bertunas ja terus berbunga
Tapi bila banyak-banyak nampak macam bunga hiasan la pulak. Cantik.
Meriah berbunga
Boleh ke makan bunga kucai ni?
Saturday, June 4, 2016
Paste tamar sejuk beku
Buah kurma/tamar sangat sinonim dengan Ramadhan. Makanan sunah yang amat dituntut semasa berbuka... selain makan secara "raw" tuan tanah suka jugak buat dates smoothie.
Kiub paste tamar sejuk beku
Kisaran buah tamar
Jadi bagi memudahkan kerja tuan tanah buat paste tamar sejuk beku dalam bentuk kiub (macam kiub ais). Ia akan menjimatkan masa. 5 minit sebelum berbuka boh ja 2-3 paste cubes, masukkan susu dan yogurt, blend...tak sampai 2 minit dah siap..takyah nak tunggu buah tamar tu kembang.
Ok, selamat mencuba, moga bermanfaat.
Ahlan ya Ramadhan.
Thursday, June 2, 2016
Bertunas kembali
Syukur.
Hujan dah mula turun. Sebahagian tanaman laman bertunas kembali. Walau pun sebahagiannya pergi...
Antara yang kembali bertunas belalai gajah/snake grass, cekur, peria pantai, limau kasturi.
belalai gajah/snake grass
Cekur
Peria pantai
Pokok limau kasturi
Paling tak sangka, pokok limau kasturi ni berpucuk semula, walaupun pokoknya kering/rentong teruk sebelum ni....
Alhamdulillah
Friday, May 27, 2016
Tridax daisy di laman kami
Bila terbaca post kak mala (Green Eye's), tuan tanah (tt) nak jugak post tentang tridax daisy yang tumbuh melata di laman.
Memang tak sangka rumpai yang selalu diangap pengacau ini, merupakan herba kurniaan Allah yang amat bernilai dari segi perubatan. Tima kasih kak mala kerana memberi pencerahan yang terperinci dan bermanfaat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk post tridax daisy - Green Eye's
Di musim panas lepas, tridax daisy (namanya pun baru ja tahu dari kak mala) ni lah yang hidup subur, cukup ceria dan berbunga meriah sekali.
Ketahanan daya hidupnya sangat tinggi. Sedangkan tanaman lain rentong dan kecundang dengan sang el-nino. Patut ia amat berkhasiat.
Sempat jugak tt gunting dan pungut bunga tridax daisy jadikan bouquet hiasan meja ruang tamu.
Monday, April 4, 2016
Projek selamatkan kucai
Sejak dilanda el nino, kucai antara tanaman amat terkesan. Banyak yang kering dan rentong! Dan sebahagian lagi berbunga tak berenti. Stress terlebih...
Tuan tanah perlu selamatkan kucai (garlic chive) ni dari terus pupus. Nasib baik, bila dikorek masih ada ubi-ubi dari rumpun kucai yang masih ok.
Alhamdulillah.
Alor Setar dah mula hujan. Selepas lebih dari 50 hari tanpa hujan, petang sabtu lepas hujan turun lebat. Walau pun sekejap, lebih kurang 30 min cukup meredakan sedikit bahang el nino. Suhu di alor setar dah mula sejuk sikit, bawah 30C.
Syukur. Tuan tanah dah boleh mula berkebun. Harap replanting kucai ni akan survive! dan banyak lagi tanaman yang kena tuan tanah selamatkan.
Selamat berkebun.
Selamat berkebun.
Saturday, April 2, 2016
Smoothie dari dapur
Pagi-pagi
pekena smoothie memang menyegarkan. Nak2 pulak dalam cuaca panas begini.
Bukan apa dalam keadaan sekarang ni macam2 cara kita akan buat untuk
sejukkan badan. Mula la berinisiatif... salah satunya tuan tanah pilih
smoothie utk sarapan. Nak kurangkan minuman berkafien. Lagi pun smoothie
adalah minuman @ breakfast mengeyangkan. Dan boleh disediakan dalam
berbagai perisa, terpulang kepada pilihan sendiri.
Meh layan banana peanut butter smoothie versi tuan tanah;
Masukkan 1-2 biji pisang, sesudu peanut butter, segelas susu segar, 2 sudu besar creek yogurt ke dalam hand mixer, blend hingga smooth..
tuan tanah suka tambahkan sehiris halia bagi rasa kick! Mmg best.
So, apa lagi....
Jom smoothie...mudah, ringkas dan lazat...
Subscribe to:
Posts (Atom)

















