Friday, May 9, 2014

Satu-satunya yellow cosmos yang hidup…

Daripada banyak-banyak seeds yang ditabur, satu je yang tumbuh.. Tu pun lambat… lebih dari seminggu baru timbul, berbanding dengan cosmos biasa (ulam raja) hanya ambik masa 3 hari untuk bercambah.

Inilah satu2nya pokok yang hidup dan sudah bebunga


Sesetengah bunga dah mula mengering...

Tapi pokoknya lebih tegap dari awal percambahan lagi. Namun pembesarannya agak perlahan. Selepas 4 bulan menunggu baru lah kelihatan kudup dan bunga-bunga yang comel. Terbuai-buai ditiup angin. Membangkitkan suasana segar.

Pucuk-pucuk yang segar…


Betul ke pucuk yellow cosmos ni pun boleh dibuat ulam?



Wednesday, May 7, 2014

Buluh madu sesuai sebagai “penebat” cahaya/silau


Lama dok fikir nak pilih pokok yang sesuai ditanam depan rumah. Pokok yang senang hidup, rimbun dan mudah dijaga. 
 
Tujuannya untuk mengurangkan bahang panas dan silau terutamanya di musim kemarau. Jugak, sebagai pengadang supaya terlindung sikit pintu utama kami dari terus mengadap jalan.

Jadi, bermula lah misi mencari pokok yang dihajati, dengan melawat taman-taman perumahan sekitar, tengok mana-mana pokok yang sesuai… Cari punya cari…

Mr BAMBOO ni… telah menjadi pilihan hati…

Jadi apalagi, beli 2 anak pokok. RM10 tiap satu. Terus tanam kat atas bahu jalan bertar di luar pagar depan rumah. 

Pokok buluh ni tumbuh dengan baik. Cepat membesar dan tahan cuaca panas.. Dalam masa 6 bulan saja, dah hijau merimbun.. Tenang dan sejuk mata memandang! 

Rumpunan buluh madu…

Rimbun menghijau…melambai-lambai ditiup angin

Nampaknya, buluh madu ni pilihan sesuai..serta menepati hasrat kami, untuk menyerap haba panas dan silau cahaya matahari!

Kebelakangan ini tumbuh banyak rebung-rebung baru…

Apa yang menariknya, rebung buluh madu dipercayai boleh, sedap dimakan dan berkhasiat. Tetapi tuan tanah belum pernah tuai lagi rebung buluh ni.. 

Ada sesiapa yang pernah masak rebung buluh madu?


Wednesday, April 30, 2014

Pokok/herba apa ni??


Tetiba tumbuh dalam pasu oregano gantung kami. Nampak macam pokok herba ja.. Sayang nak cabut..
Subur la pulak

Close-up daun bagi clear sikit

Pada rakan blogger budiman/(herbalist) tolong bagi tau sat..herba ke, atau pokok apa ni....

Terima kasih daun keladi…

Monday, April 28, 2014

Limau purut di luar pagar

Tetiba teringat pantun la pulak ….hehehe…

Limau purut (bukan cempedak) di luar pagar
Tak payah galah, boleh je capai dengan tangan,
Pokoknya rendang subur, segar dan bugar,
Berbuah lebat selepas hujan…

Limau purut di luar pagar...

Buah-buah bergugusan...

Kat sini juga dikongsikan info dari kotak komen entri sebelum ni tentang kegunaan buah limau purut oleh blogger maz;

Maz,terima kasih kerana sudi berkongsi

Harap info ini dapat dimanfaatkan bersama.


Thursday, April 24, 2014

Nenas kerdil



Pokok nenas ni kat belakang bagunan pejabat kami. Satu pokok je… Dah lama dok tengok-tengok pokok ni… Kemarin, baru perasan pokok ni sudah berbuah. Ada 4 biji. Kecik-kecik. Cukup comel dan nampak sangat unik!

Nenas kerdil/dwarf pineapple

Buah yang comel-comel

Terus tanya dengan pak cik gugel tentang keistimewaannya…
Antaranya, nenas kerdil atau “dwarf pineapple” ni cukup baik untuk merawat batu karang!

Kalau minggu depan buah nenas ni masih tidak dituai, ingat nak bedek pakcik gardener minta sebijik…. Nak tau apa rasa dia…

Agak-agak pakcik tu bagi tak??...



Wednesday, April 23, 2014

WW#22 - Benih peperomia pellucida



Sengaja biarkan pokok ni jadi tua, nak kutip benih…

Deretan benih matang pada “sesungut” peperomia pellucida


Tuesday, April 22, 2014

Tips bagi pengidap diabetis…



Moga dapat dimanfaatkan bersama….

Self explanatory pic dari wssp

Kepada saudara-saudara kita diluar sana yang sedang sedang menghadapi masalah ini, tidak salah mencuba sebagai usaha tambahan.
Mudah-mudahan diberi kesembuhan.
Amin.