Friday, June 10, 2016

Bunga-bunga kucai...


Bebola bunga kucai

Setelah 2 bulan projek replanting, kucai di laman subur menghijau.. Dan peliknya asyik berbunga ja..

Kenapa ya?
Kalau sebelum ni agak susah nak tengok bunga dia..


Bertunas ja terus berbunga

Tapi bila banyak-banyak nampak macam bunga hiasan la pulak. Cantik.


Meriah berbunga

Boleh ke makan  bunga kucai ni?


Saturday, June 4, 2016

Paste tamar sejuk beku

Buah kurma/tamar sangat sinonim dengan Ramadhan. Makanan sunah yang amat dituntut semasa berbuka... selain makan secara "raw" tuan tanah suka jugak buat dates smoothie. 


Kiub paste tamar sejuk beku


Kisaran buah tamar

Jadi bagi memudahkan kerja tuan tanah buat paste tamar sejuk beku dalam bentuk kiub (macam kiub ais). Ia akan menjimatkan masa. 5 minit sebelum berbuka boh ja 2-3 paste cubes, masukkan susu dan yogurt, blend...tak sampai 2 minit dah siap..takyah nak tunggu buah tamar tu kembang.

Ok, selamat mencuba, moga bermanfaat.

Ahlan ya Ramadhan.



Thursday, June 2, 2016

Bertunas kembali

Syukur.
Hujan dah mula turun. Sebahagian tanaman laman bertunas kembali. Walau pun sebahagiannya pergi...
Antara yang kembali bertunas belalai gajah/snake grass, cekur, peria pantai, limau kasturi.

belalai gajah/snake grass

Cekur

Peria pantai

Pokok limau kasturi

Paling tak sangka, pokok limau kasturi ni berpucuk semula, walaupun pokoknya kering/rentong teruk sebelum ni....

Alhamdulillah


Friday, May 27, 2016

Tridax daisy di laman kami

Bila terbaca post kak mala (Green Eye's), tuan tanah (tt) nak jugak post tentang tridax daisy yang tumbuh melata di laman.



Tridax daisy yang terbiar di backyard

Memang tak sangka rumpai yang selalu diangap pengacau ini, merupakan herba kurniaan Allah yang amat bernilai dari segi perubatan. Tima kasih kak mala kerana memberi pencerahan yang terperinci dan bermanfaat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk post tridax daisy - Green Eye's

Di musim panas lepas, tridax daisy (namanya pun baru ja tahu dari kak mala) ni lah yang hidup subur, cukup ceria dan berbunga meriah sekali. 


Tengok, betapa suburnya....

Ketahanan daya hidupnya sangat tinggi. Sedangkan tanaman lain rentong dan kecundang dengan sang el-nino. Patut ia amat berkhasiat.


Bila diamat-amati memang cantik...melatari laman yang gersang

Sempat jugak tt gunting dan pungut bunga tridax daisy jadikan bouquet hiasan meja ruang tamu. 


Bunga-bunganya secomel namanya...

Subhanallah...

Monday, April 4, 2016

Projek selamatkan kucai

Sejak dilanda el nino, kucai antara tanaman amat terkesan. Banyak yang kering dan rentong! Dan sebahagian lagi berbunga tak berenti. Stress terlebih...

Tuan tanah perlu selamatkan kucai (garlic chive) ni dari terus pupus. Nasib baik, bila dikorek masih ada ubi-ubi dari rumpun kucai yang masih ok.


Replanting

Alhamdulillah.
Alor Setar dah mula hujan. Selepas lebih dari 50 hari tanpa hujan, petang sabtu lepas hujan turun lebat. Walau pun sekejap, lebih kurang 30 min cukup meredakan sedikit bahang el nino. Suhu di alor setar dah mula sejuk sikit, bawah 30C. 

Syukur. Tuan tanah dah boleh mula berkebun. Harap replanting kucai ni  akan survive! dan banyak lagi tanaman yang kena tuan tanah selamatkan

Selamat berkebun.

Saturday, April 2, 2016

Smoothie dari dapur

Pagi-pagi pekena smoothie memang menyegarkan. Nak2 pulak dalam cuaca panas begini. Bukan apa dalam keadaan sekarang ni macam2 cara kita akan buat untuk sejukkan badan. Mula la berinisiatif... salah satunya tuan tanah pilih smoothie utk sarapan. Nak kurangkan minuman berkafien. Lagi pun smoothie adalah minuman @ breakfast mengeyangkan. Dan boleh disediakan dalam berbagai perisa, terpulang kepada pilihan sendiri. 



Gulp...emmm nyaman

Meh layan banana peanut butter smoothie versi tuan tanah;




Bahan-bahan


Masukkan 1-2 biji pisang, sesudu peanut butter, segelas susu segar, 2 sudu besar creek yogurt ke dalam hand mixer, blend hingga smooth..



Siap dikisar, sedia utk diminum

tuan tanah suka tambahkan sehiris halia bagi rasa kick! Mmg best. 

So, apa lagi....

Jom smoothie...mudah, ringkas dan lazat...

Monday, March 28, 2016

Percikan bahang Danakil

MasyaAllah...lamanya tak jengah blog. Bukan tak rindu tapi komitmen lain membataskan tuan tanah berkebun. klise! kan? hehehe...

Apa lagi dalam keadaan sekarang. Kesan dari ekuinoks dan el-nino, Alor Setar panas membahang! Semuanya garing...hampir 2 bulan kami di kawasan utara ditimpa kepanasan melampau. Dan hampir bulan jugak tak hujan, sejak februari lalu. Tiap hari suhu tak pernah kurang dari 37C - 39C. Kepanasan terasa seawal 7.30 pagi. Memang terasa peritnya!

Ini membuatkan tuan tanah teringat dokumentari Fearless Chef di Salt Mining in Danakil, Sudan. Salah satu gurun yang terpanas di dunia, suhu mencecah 52C setiap hari dan tak pernah menerima hujan. Tak ada sebatang pokok yang mampu hidup di situ. Tetapi kaum nomad Afar mengusahakan ladang garam di sana. Mereka membanting tulang seawal pagi hingga ke malam. Dan mengangkut garam menggunakan unta dan berjalan kaki sejauh 23km ke pekan terdekat. Bayangkan! 

Macam tak masuk akal kan??

Suhu 39C yang sedang membahang di alor setar, pun rasanya dah cukup jerih, bayangkan 52C di Danakil. Tuan tanah terasa seolah percikan bahang dari danakil. Namun, di sini kita masih ada tempat berlindung dan pokok hijau, itu pun sudah tertanggung rasanya...

Tabarakallah.

Pokok di laman turut terkesan...banyak yang tak dapat bertahan. Tapi tuan tanah agak teruja jugak dalam keadaan sekarang, giant markisa yang di tanam beberapa bulan lalu (dok gila daun) dah mula mengeluarkan bunga. Mungkin stress kot!

Bunga giant markisa...mampukah ia bertahan?
Penyejuk mata...
Teringat tuan tanah kepada Ayat 286, Surah Al-Baqarah, yang kita  sering baca sejurus selepas solat.. Maha Suci Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan...
KepadaNya kita minta belas ehsan...moga hujan datang bertandang..

Wallahuallam.