Monday, November 15, 2010

Percayakah saiz dan ketinggian KAABAH adalah relatiF!…

Saiz dan ketinggian Kaabah yang menjadi magnet tumpuan umat Islam seluruh alam ini, menyimpan banyak rahsia keajaiban yang tersurat dan tersirat. Ia sukar dirungkai oleh kemampuan akal manusia.

Menarik.

Semasa memandu pulang dari pejabat pada petang Rabu (3 Nov. 2010) minggu lepas, iaitu ketika Alor Setar sedang dilanda banjir besar. Saya menyusuri Jalan Kancut yang ketika itu sudah ditenggelami banjir, jalan agak sesak kerana satu lane saja yang masih dibuka. Keadaan trafik agak kelam kabut. Terasa jauh pulak untuk sampai ke rumah yang selalunya mengambil masa 5-10 minit!

Semasa terperangkap itu, saya sempat mengikuti tazkirah secara langsung dari Radio Kedah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Zakaria hingga selesai.
Topiknya: SOLAT SEMASA MUSAFIR.
Tajuk ini dibawa khas sempena musim haji sebagai panduan para jemaah bersolat semasa perjalanan mengerjakan ibadat tersebut.

Di antara banyak-banyak soalan yang dikemukakan pendengar, soalan ini menarik dan agak mencuit hati.

Soalannya lebih kurang begini;

Pemanggil: ”Assalamualaikum ustaz, macam mana nak solat atas kapalterbang, kita berada tinggi dari KAABAH.... Kaabah di bawah, ketika bersolat kita perlu mengadap kaabah, kita patut menerap ka”? (pekat dalam loghat kedah)...

Ustaz Zakaria: ”Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan ini”...sambil ketawa panjang (sebenarnya ustaz pun berbahasa loghat Kedah pekat juga!) kemudian beliau menyambung; ”Untuk pengetahuan semua, sebenarnya ketinggian Kaabah adalah terlalu tinggi hingga mencecah langit dan lebih tinggi dari aras ketinggian kapalterbang. Jadi bersolatlah seperti biasa dan kita tidak perlu menerap semasa bersolat atas kapalterbang”. Ustaz ketawa lagi..

Seterusnya Ustaz menyambung lagi, dengan membawa satu kisah di zaman Rasulullah.. Dikisahkan seorang budak lelaki badwi amat teringin melihat kaabah dan selalu mengajak ayahnya untuk ke Mekah. Pada suatu hari ayahnya membawa anaknya itu untuk melihat kaabah di Mekah.

Sesampai sahaja di Masjidil Haram anak lelakinya itu berlari masuk ke dalam masjid dan sambil menjerit kuat: Ayah, ayah, ayah besarnya Kaabah, tingginya Kaabah serta mengulang-ulangkannya!

Ayahnya bertanya: ”Adakah setinggi burung yang sedang terbang”?
`Tinggi lagi, sayup keatas”, balas anaknya penuh kehairanan!


Setelah puas anaknya melihat dan mereka bertawaf di kaabah!, ayah itu membawa anaknya keluar. Di perkarangan masjid mereka ternampak sebiji kurma gugur dari pokoknya, agaknya kerana terlalu lapar anaknya terus mengambil dan memakan buah kurma tersebut tanpa sempat dihalang oleh si bapa!

Sebaik selepas peristiwa itu, mereka kembali ke dalam masjid, anaknya menjerit penuh kehairanan;`Ayah, ayah, ayah mengapa saya melihat kaabah ini tidak sebesar dan setinggi yang saya telah lihat sebentar tadi;...... mengapa kaabah ini berubah menjadi semakin kecil” tanya anak itu berkali-kali kepada ayahnya...
Dan tahulah si bapa itu, bahawa anaknya telah berdosa kerana memakan kurma yang bukan miliknya!


Kesimpulan;

Menurut Ustaz Zakaria, berpandukan kepada kisah tadi, sebelum anak itu makan buah kurma tersebut, dia telah melihat kaabah begitu besar dan tinggi hingga menggapai ke langit! Keadaan sebaliknya terjadi selepas anak itu makan buah kurma yang tidak tahu sumbernya dari mana...

Dan ustaz membuat kesimpulan bahawa ukuran besar dan tingginya Kaabah adalah bergantung kepada banyak atau sikitnya dosa seseorang itu.

Ini bermakna ukuran besar dan tingginya KAABAH adalah relatiF dan mungkin secara tidak langsung secara jujur kita boleh mengukur DOSA sendiri....

Terasa segar petang itu, terlupa sekejap masalah banjir sedang melanda dan dapat tambahan ilmu...

Wallahuallam.

2 comments:

sud@is said...

hebat cerita Kaabah yang dibw oleh ana, dpt mnyedarkan kita tentang dosa pahala seseorang melalui amalan.

@na said...

Sud@is: Sekadar berkongsi utk manfaat bersama...Wallahuallam