Doa senjata paling ampuh bagi setiap muslim. Kita dianjurkan untuk berdoa dalam sebarang pekerjaan yang kita ingin lakukan, hatta untuk masuk dan keluar tandas. Kita insan yang lemah dan tidak punyai apa-apa, perlu pertolongan dan perlindungan dari Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala sesuatu di langit maupun di bumi. Dia lah juga yang memegang hati setiap insan serta setiap makhluk ciptaanNYA. Sudah semestinya kapadaNYA sahajalah yang berhak untuk memohon kasih sayang dan belas kasihan. KepadaNYA tempat mengadu!!
Kejayaan selalunya kita akan rayakan tetapi tidak banyak yang kita belajar....musibah kita ratapi TETAPI ia membuka banyak peluang untuk kita belajar. Belajar tentang sabar dan ketabahan, menerima kelemahan diri dan kekuasaan YANG MAHA PENCIPTA.
Khamis lepas (9 Disember 2010) rumah kami diceroboh lagi untuk kali ke4. Banyak barang berharga berjaya dilarikan!!!. Modus operandi masih sama dilakukan pada siang hari, iaitu semasa kami keluar bekerja.. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah pada petang itu, kami tidak terus menyedari yang rumah kami sudah dicerobohi. Keadaan dalam rumah tidak berselerak seperti digeledah, masih dalam keadaan seperti sebelum kami tinggalkan rumah. Tidak ada apa yang berubah. Pintu dan semua tingkap berkunci rapat. Tidak ada kesan pecah atau retak.
Tetapi alangkah terkejutnya, setelah masuk bilik belakang kami dapati siling rumah berlubang dan bumbung terbuka luas...Berdegup jantung. Peluh seram mula terpercik laju. Bila diperiksa kabinet dan almari dalam bilik tidur utama, rupanya satu persatu barangan berharga kami telah berjaya dilarikan.. Terjelempuk ke lantai..Sempat saya berdoa kepada Allah supaya sentiasa melindungi kami, syukur kerana semasa 'mereka' masuk, ketika kami berada di luar rumah. Selamat dari berhadapan dengan orang tidak tahu menggunakan akal itu...sebarang kemungkinan boleh terjadi...tidak mampu dibayangkan..
Dalam pada memuhasabah diri, teringat saya doa yang diberi oleh seorang ustaz, doa pelindung rumah dari ceroboh. Kami amalkan setiap malam sebelum tidur. Doa dari ayat 97, SURAH AL-KAHFI, yang bermaksud: "Dan mereka (Yakjuj) dan (Makjuj) tidak dapat mendakinya dan tidak dapat pula melubanginya"
Semasa membaca doa tersebut kami diminta supaya membayangkan setiap akses yang biasa kita fikirkan penyangak akan masuk melaluinya!!. tetapi kami hanya membayangkan pintu dan tingkap, tidak termasuk bumbung rumah!! Kejadian ini meyakinkan lagi tentang doa itu, kerana penyanyak itu tidak masuk melalui pintu dan tingkap rumah kami TETAPI mereka masuk melalui BUMBUNG! dan keluar pun melalui BUMBUNG, walaupun kunci rumah hanya tersangkut di 'key holder' yang terletak di sebelah pintu dapur...
Di sebalik kejadian ini meyakinkan kita tentang kekuatan doa itu dan ketelitian kita semasa berdoa perlu dititikberat, yang merupakan perkara asas yang sangat dituntut.
4 comments:
pesanan2 begini sampai bila2 dihati....makasih kawanku...
emm..sebagai dugaan memantapkan iman insyaAllah
sud@is, moga kita sentiasa berada di bawah perlindunganNYA
immukmin, INSYAALLAH...TIMA KASAIH.
Post a Comment