Motivasi Pagi Radio Ikim 21/6/11 - Mengingati Mati.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....
Di antara peringatan yang sempat dicatat dari motivasi pagi tadi:
- Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik sahaja kita dilahirkan ke dunia ini. Setiap hari kita semakin menghampiri saat yang setiap orang mengelakkan diri daripadanya iaitu ‘mati’
- Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Kerana kematian bukannya satu pengakhiran sebuah kehidupan, malah bermula satu penghidupan yang kekal untuk selamanya di alam akhirat. Proses kematian merupakan suatu proses yang menyamai proses kelahiran iaitu perpindahan kita dari alam rahim ke alam dunia. Begitu juga dengan kematian perpindahan dari alam dunia ke alam barzah, mahsyar seterusnya ke hari perhitungan sama ada ke syurga atau ke neraka (nauzubillah) yang kekal selamanya.
- Ingat mati merupakan satu motivasi yang paling dinamik bagi semua orang. Kerana kita tidak mengetahui tarikh kematian kita sendiri, walaupun telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Jadi bagaimana ia dikatakan sebagai suatu yang dinamik? Kerana kita seharusnya kena sentiasa berwaspada dengan saat tersebut. Saat itu akan tiba tanpa ada amaran awal.. Jadi, seseorang itu tidak mungkin akan bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara baik dalam ibadah maupun kerja2 seharian bimbang KALAU-KALAU tidak SEMPAT UNTUK MENYEMPURNAKAN!!!
- Dengan mengingati mati kita tidak tegar untuk melakukan dosa!. Dosa merupakan racun yang akan memusnahkan diri yang membuat kita jauh dari ketenangan. Tenang merupakan Nikmat Allah yang paling besar yang harus kita syukuri. Malakukan dosa kita bukan sahaja kita menentang Allah SWT tetapi sebenarnya kita menentang diri sendiri. Melakukan dosa kerana kita sudah tidak mahu lagi menyanyangi diri sendiri dan sanggup menghantar diri untuk menerima azab api neraka Allah (nauzubillah)
- Dengan mengingati kematian kita sentiasa takut dan segera bertaubat untuk memohon pengampunan Allah dari segala dosa-dosa yang kita telah lakukan secara tidak sengaja maupun dengan sengaja. Dan bertaubat di atas taubat yang telah kita lakukan.
Renungan ini untuk mengingati diri sendiri, di samping berkongsi dengan semua untuk saling ingat-mengingati. Hanya pengampunan dan kasih sayangNYA yang mampu buat kita semua bahagia di SANA ….
2 comments:
huhhh terbaik masih segar spt suara ustaz tu bercakap satu pun x ketinggalan...
tq rekording yg bagus an@
sama2 kita muhasabah diri..
moga kita sentiasa sama2 saling ingat-mengingati sud@is...
Post a Comment