Monday, January 28, 2013

Majlis Maulidur Rasul 1434

Syukur. Alhamdulillah. Aku dan suami telah diizinkan Allah menyambut maulidir Rasul buat pertama kalinya di kediaman kami pada 12 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (khamis) yang lalu.

Majlis telah disambut bersama anak-anak tahfiz Al-hikmah Padang Siding Perlis. Majlis berlangsung penuh syahdu dengan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an diikuti dengan bacaaa Yassin, tahlil dan Burdah. Lebih kurang 100 hadir. 80 orang anak tahfiz dan mudir selebihnya jiran, rakan dan ahli keluarga terdekat. Sendat. Walaupun dalam ruang kurang selesa, majlis tetap berjalan lancar dan paling terharu bila lihat keceriaan pada wajah anak-anak comel ini.

sehari sebelum majlis bermula

ketibaan anak-anak tahfiz

anak-anak tahfiz bersedia utk sarapan

sebahagian mereka sedang menunggu giliran

majlis burdah

majlis digemakan dengan selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW

terima kasih tak terhingga atas sokongan mereka..
 
Tanpa disedari air mata mengalir deras...

Terima kasih tak terhingga kepada semua saudara dan sahabat handai yang datang menghulurkan sokongan dan bantuan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah permudahkan majlis kami ini.
Moga Allah memberkati majlis ini dan mendapat redhaNYA....kerana aku insan lemah yang tidak mengerti apa-apa... Aku mengharapkan bimbingan Mu Ya Allah...
Moga kami semua dilindungi dengan rahmat kasih sayangMU

No comments: