Tuesday, February 5, 2013

Ubi stelo

Dah lama aku cari ubi keledek kampung sekitar pasar di alor setar ni. Dulu masa kecik-kecik selalu makan ubi ni direbus..orang kelantan panggil ubi stelo!
 
Bukan main lagi stailo org kelantan ni...
 

 

 
Tup tup aku tenampak ubi ni kat pakcik jual sayuran kampung kat pasar PKNK, jumaat lepas. Apa lagi aku aku terus interbiu pakcik tu.. "Pakcik ni ubi keledek jenis apa"? saje aku nak konfom..tengok tu macam ubi yang penah aku makan masa dulu-dulu. "Ni ubi keledek kampung" jawap pakcik tu.
 
Sah!
 
Apa tunggu lagi, aku terus beli. Aku ambik 4 tongkol, saiz S. Cukup la aku sorang je yang suka ubi ni. Ubi penuh nostalgia.
 
Hah! ni kena tanam. Bukan senang nak jumpa ni. Bukan ubinya yang aku taram sangat tapi pucuknye tu. Sangat sedap. Boleh dibuat masak lemak putih atau dicelur je jadikan ulam. Cicah dengan budu.. Best!
 
Petang semalam aku tanam salah satu tongkol ubi yang akau beli tu. Harap2 cepat lah bertunas dan membesar.
 
Ada tiga tongkol lagi...macam sayang pulak nak makan. Nak rebus ke atau buat pengat je... Pengat ubi memang feveret! Mak selalu buat. Sebab senang kot. Terkenang arwah emak...
 
Al-Fatihah.

No comments: