Tak sangka pokok yang mudah ditanam, berbau segar dan sedap dimakan ni ada besar kelebihannya…
Sesuai jugak ditanam dalam pasu
Pucuk muda sedap dibuat ulam...
Kat bawah ni diletakan kelebihan ulam raja dari sumber Wikipedia sebagai perkongsian:
“Ulamnya yang digelarkan
"ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah
dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.
Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap
100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400
miligram L-asid askorbik.
Melebihi dua puluh jenis bahan
antioksida telah dikenal pasti dalam ulam
raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin
yang wujud sebagai dimer,
melalui heksamer,
kuersetin glikosida,
asid klorogenik,
asid neoklorogenik,
asid
kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-.
Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya
terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi."
Jom
kita tanam dan makan ulam raja!!! Mudah dan berkhasiat….
8 comments:
Oh... kakak ni Ana makan tak terfikir baiknya kandungan tapi sedapnya kat tekak. Sedap memang ulam raja ni. Kakak suka sangat!
Tanam tak lagi..
Salam Ana,
Alahai sedapnya makan bersama sambal kelapa.. eh terliur dah ni Anaaaaaaa
Wah, berbaloi kalau tanam banyak2. Khasiatnya tinggi dan pelbagai.
Ulam rajaa...my favoret ulam tp tak segemuk nii....cekedin jaa
Salam @na,
Jom tanam! Cuma tak tahan bila lepas dia berbunga penuh anak-anak pokok naik meliar di sekeliling kebun. Hahaa..
Kalau mcm ni...boleh la mkn hari2...nk minum susu muak
Ulam Raja memang raja cosmos kalau kat Malaysia paling senang nak tumbuh macam rumput.
wah... bestnya... daua nak tahu... benihnya kat ulam raja tu di mana ya?
Post a Comment