Alhamdulillah.
Walau pun hanya se pokok. Tapi setelah dibelek dan
dibelai ia hidup subur. Dan sudah pun berbunga lebat.
Keratan segar bunga yellow cosmos
Yellow cosmos atau sulfur cosmos juga dikenali sebagai pokok
bintang berayun. Bunganya bertangkai panjang ke atas, memang berayun-ayun bila ditiup
angin. Sangat cantik.
Dan pokoknya sentiasa mengeluarkan bunga. Setiap tunas baru akan
dikuti dengan kudup bunga yang comel. Dan kembang…
Selepas kembang penuh ia mula layu. Kelopaknya akan gugur satu
persatu. Seterusnya kering benih baru terhasil. Dah ada benih-benih baru yang
telah dikumpul untuk ditanam semula. Biar cosmos ni beranak pinak di laman.
Sebahgian bunganya, tuan tanah tuai. Letak di meja kopi. Daripada semua
kelopak gugur di laman, biar setengah daripadanya gugur di meja kopi!!!.
Bouquet yellow cosmos segar
Selepas 2 hari, didapati bunganya masih segar. Tak sangka pulak
bunga yellow cosmos ni agak tahan dan segar. Melihatkan prestasinya tu, rasanya
yellow cosmos ni jugak sesuai dijadikan fresh bouquet yang comel!!!
Pada sesiapa yang ada bunga cosmos di laman boleh cuba jadikannya
jambangan segar ruang tamu.
9 comments:
cantik kosmos kuning gini ana..cam raja2 gitu..
Eeee... cantiklah Ana. Yg pasti rumah kakak tak ada pokok bunga ini.
Tambah berseri meja bila ada fresh flowers kan..
Nanti boleh cuba kat rumah. Bunga akak color orange.
Bila nampak jambangan bunga diatas meja @na baru timbul minat dengan bunga ni...biasanya pandang gitu2 ja.....
Bagus idea ni kak...thanks :) akan kucuba.
@na, color kuning tu sgt attract my attention hehe..sebab usually @na tayangkan bunga warna biru yg banyak..hehe
Berjaya dengan bergaya bunga ni...sy x berjaya lg dgn cosmos
Salam Ana,
Cantiknya la hai bunga kuning tu... Menyerlahkan ruang tamu.
Memang cantik bunga2 kuning tu...
Post a Comment