Thursday, July 17, 2014

Khasiat Tapai ubi kayu



Ramadhan Karim.. Begitu pantas masa berlalu. Kita sudah berada di fasa terakhir Ramadhan. Fasa Pembebasan Dari API NERAKA! Kalau acara marathon di peringkat ini pelumba mengeluarkan sepenuh tenaga memecut ke garis penamat! Moga Allah melimpahkan rahmahNYA agar kita semua berupaya kegarisan PengampunanNYA…

INSYAALLAH..

Memandangkan di bulan ini aktiviti kebun agak terhad, hari ini tuan tanah cuma nak berkongsi info tentang KHASIAT - TAPAI UBI KAYU…

Cukup lama tuan tanah dah tak makan tapai ubi kayu ni…dan, teringat serabai tapai ubi juadah kegemaran, yang mak selalu buat untuk berbuka. Kami semua memang suka dan juadah ni  jugak  menjadi umpan mak untuk kami berpuasa! 

 
Tapai ubi kayu makanan klasik yang semakin dilupakan (pic-google))

Tapi kat utara ni orang tak makan tapai ubi kayu… Kalau sebut tapai ubi kat depa, semuanya ternganga!!!

Tapi, minggu lepas tapai ubi menjadi topik perbualan hangat apabila salah satu slide yang ditayangkan oleh MAKNA memaparkan imej TAPAI UBI KAYU! 

MAKNA - Majlis Kanser Nasional (pic-google)

Jadi apa kaitan MAKNA dengan TAPAI UBI??

Minggu lalu, jabatan kami telah menjemput Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk memberi penerangan sebagai pendedahan terhadap penyakit kanser. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenis-jenis kanser, cara pencegahan dan langkah rawatan. 

Juga,

Makanan yang digalakkan untuk dimakan sebagai usaha mengelakkan kanser.. Antaranya TAPAI UBI KAYU yang didapati baik untuk mengelak KANSER OVARI yang sangat digeruni kaum hawa! 
 
Rupanya tapai ubi kayu yang sebelum ni dianggap sebagai makan orang kampung mempunyai khasiat yang tersembunyi!

Harap info ini boleh dimanfaatkan bersama…dan kepadaNYA kita mohon perlindungan..

WALLAHUALLAM…

Since, kat utara ni tapai ubi kayu tak ada dijual, nampak nya  tuan tanah kena cuba belajar buat sendiri lah agaknya!!


7 comments:

Honey said...

Salam Ana,

Wowwwiii lepas ni dok pulun makan tapai ubi la kita haha. Tapai ubi pun laku lah. Kat area sini memang banyak tapai ubi. Tapai pulut depa tak makan sangat! Kalau di utara kita famous dengan tapai pulut.

When I was kid kan, my mom selalu buat tapai sebelum raya so raya dah boleh dapat makan. Bungkus dengan daun keladi kui kui kui.

Pastu kalau tengah buat tu ada orang datang cepat2 my mom simpan. Pantang katanya..kang orang tu cakap macam-macam pasal tapai tu kang tapai tu merajuk and tak manis. My mom pantang betul kalau orang datang masa dia tengah buat tapai, sebab dia kena simpan tapai tu. Hahahahaha

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kat tempat akak susah betul nak cari tapai ubi.. kebanyakan tapai pulut jer..
Ada jugak hikmah setiap makanan tu kan Ana..

sud@is said...

Kena tanam ubi kayu balik la macam ni dan boleh hantar kat ana untuk bikin tapai...sebelum tu kena belajar makan dulu la tapai ubi kayu, sbb dr kecik sampai dewasa hanya kenai tapai pulut saja.......

Cemana @na...kena buat perjanjian dengan @na....

smRose said...

wah....saya mmg suka makan tapai ubi, tapi sekarang ni mmg susah skit nak dapat.

lepas ni kna makan byk2 lagi la.

TQVM @na fr the info

Unknown said...

Salam @na,

Ada khasiat tersembunyi rupanya. Wife saya suka makan tapai ubi. Saya pulak memang hantu tapai pulut dari kecik lagi. Pulut pun saya hantu jugak. Hahaa..

Nani said...

ooo, gitu khasiat dia kan...selalunya suami saya yg suka tapai ubi ni, saya suka tapai pulut...ni kena tukar la pula, kena makan tapai ubi selalu..

Endah Murniyati said...

Sudah lama tak bikin tapai seperti ini. Lama tak tanam ubi.