Monday, September 1, 2014

Bunga Raya Kembang Lepas Hari Merdeka



Bunga raya. Cantik dan warnanya cukup ceria. Setelah Negara kita merdeka, bunga raya telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Ia telah menjadi ikon dan simbolik kepada kemerdekaan Negara.

Antara  koleksi bunga raya di laman..

Rasanya, akan lebih bersemangat sekiranya jalur gemilang dikibar bergandingan dengan pokok-pokok bunga raya. Dan bayangkan, jika setiap rumah dan premis kerajaan/swasta di Malaysia menanam sepokok/sepasu bunga raya. Sudah tentu, kibaran bendera di Hari Merdeka seluruh Negara lebih bersemarak dan meriah!!. 

Apa kata kita gerakkan kempen menanam bunga raya sebagaimana Kempen Kibar Jalur Gemilang? 

Negara cantik, indah, berseri dan yang paling penting meningkat tangki udara bersih!


8 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik bunga raya Ana tu.. pink menawan.. yg dirumah emak akak warna merah .. nanti cari juga warna pink ni..
Bagus juga cadangan Ana, sebuah rumah ada sepasu bunga raya.. bertambah berseri merdeka kita..

Normala Saad said...

Bunga jenis inilah dirumah kakak yang di baham Che Kam. Sayang betul..sebab warnya cukup sweet.

sud@is said...

Dalam pasu pun subur tumbuhnya ya.....nk tanam jugaaaa

Endah Murniyati said...

Sweet color...

cucubulat said...

cantiklah @na..sweet kaler,,jarang2 jumpa..

@na said...

1. CAHAYA HIDUPKU (Nur hayati)
kan? satu M'sia akn meriah dan beseri..

2. Normala Saad;
maknanya daun bunga raya ni edible kan kak...jd kita blh cuba buat ulam kot..

3. sud@is;
elok sud@is...naikkan semangat patriotik sikit....sebagai pengisian kemerdekaan dari para pekebuan...cewah!

4. Endah Murniyati;
yup...manis sekali...

5. cucubulat;
t/kasih...ni dari jenis moonlight hisbiscus..mmg jrg jumpa sikit

Kakzakie Purvit said...

Suka kan Ana tengok bunga raya ni.

Kalau ana nak tahu kakak merupakan salah seorg pengumpul species bunga raya. Buat masa ini rumah kakak ada 7 jenis bunga raya. Kakak suka bunga raya sebab sentiasa berbunga cuma itulah cepat layunya..

TukangKebun said...

Jenis besar bunganya cantik