Wednesday, June 11, 2014

Yellow cosmos – dried bouquet…



Subhanallah.

Kering sudah.
Yellow cosmos - selepas 7 hari

Walau pun sudah kering ia tetap cantik di mata tuan tanah...

Yellow cosmos – dry seeds

Benih-benih baru terhasil untuk menerusi kitaran hayatnya. Membawa tanggujawabnya yang tersendiri. Menghiasi alam!!!

Tabarakallah.

Monday, June 9, 2014

Cara mudah buat Tauge bunjut



Tauge bunjut segar…

Jika ada net pembalut bawang, jangan buang! Gunakan untuk buat bunjut tauge. Bukan apa, kadang tu kita nak pakai sikit je tauge. Jadi boleh buat dalam bunjut-bunjut kecil. Sesuai untuk “one –off” menu!!. 

Net pembalut digunakan untuk jadikan bunjut

Tuan tanah gunakan net pembalut bawang putih dan tumbler yang dapat percuma dari Maybank. Memang sesuai dengan saiz bunjut yang nak dihasilkan.

Cara;

Masukkan 2 sudu kacang hijau ke dalam net, ikat rapi kemudian rendam selama 8 -10 jam.

Bila kacang kembang dan merekah, masukkanya ke dalam tumbler (tidak boleh ditembusi cahaya). 

Tutup dan letak di tempat yang mudah kita nampak. Kot-kot terlupa!!
Esok pagi keluarkan bunjut dari balang, siram bawah air paip dan masukkan semula ke dalam tumbler dan tutup.

Ulang langkah ini sehingga tauge kembang sempurna atau mengikut kesesuaian citarasa atau menu yang nak disediakan. 

Tauge sedia dituai pada hari ke 3

Selalunya nya dalam masa 3 hari toge boleh dituai. Tapi tuan tanah lebih suka tauge yang kontot-kontot. Rasanya lebih manis!

Selamat mencuba…buat sendiri tauge di ruang dapur…cepat, sedap, berkhasiat!!!


Thursday, June 5, 2014

Peperomia + spring onion, untuk menu campak-campak!!!



Kadang tu balik keja, rasa macam liat nak masak… Tambah pulak stok protein pun dah habis. Pening jugak nak fikir masak apa untuk makan malam.
 
Tengok kat fridge ada stok bihun, ada udang kering! Hah jadi…
Jenguk pulak kat laman, ada spring onion dan peperomia tengah meremut2… Dan buat masa ni, sayur ni je pun yang subur kat laman hehehe… Jadi cabut peperomia dan spring onion. Cuci bersih-bersih.

Tuaian untuk menu campak-campak

Apa lagi…bermula menu campak-campak!

Tumis bawang putih, lada hitam dan udang kering. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, masukkan bihun yang telah direndam. Biarkan bihun lembut, kemudian masukkan sayuran (peperomia + daun bwg) perisakan dengan sedikit garam. Dah siap.
Sup ringkas…

Bihun sayur – menu malas tuan tanah untuk dinner semalam…


Wednesday, June 4, 2014

Ros lumut, ros pengatin..



Janji ros…lumut ke pengantin ke…bila dah nama ros tu…memang la sweet…

Ros lumut – peach

Ros pengantin  - yang manis menawan!!!

Ros pengantin - blooming!

Ros lumut – pinkish

Sekali tengok bunga Ros Lumut-(RJ) pun seakan kuntuman mawar… Cuma bunga ros lumut kembang pukul sepuluh. Cukup meriah laman dibuatnya. Tapi petang dah kuncup! Esok kudup-kudup baru pulak kembang…

Semua comel-comel…menawan….



Monday, June 2, 2014

Bouquet Yellow Cosmos segar dari laman



Alhamdulillah. 
Walau pun hanya se pokok. Tapi setelah dibelek dan dibelai ia hidup subur. Dan sudah pun berbunga lebat. 

Keratan segar bunga yellow cosmos

Yellow cosmos atau sulfur cosmos juga dikenali sebagai pokok bintang berayun. Bunganya bertangkai panjang ke atas, memang berayun-ayun bila ditiup angin. Sangat cantik.

Dan pokoknya sentiasa mengeluarkan bunga. Setiap tunas baru akan dikuti dengan kudup bunga yang comel. Dan kembang…  

Selepas kembang penuh ia mula layu. Kelopaknya akan gugur satu persatu. Seterusnya kering benih baru terhasil. Dah ada benih-benih baru yang telah dikumpul untuk ditanam semula. Biar cosmos ni beranak pinak di laman.
Sebahgian bunganya, tuan tanah tuai. Letak di meja kopi. Daripada semua kelopak gugur di laman, biar setengah daripadanya gugur di meja kopi!!!. 

Bouquet yellow cosmos segar

Selepas 2 hari, didapati bunganya masih segar. Tak sangka pulak bunga yellow cosmos ni agak tahan dan segar. Melihatkan prestasinya tu, rasanya yellow cosmos ni jugak sesuai dijadikan fresh bouquet yang comel!!!

Pada sesiapa yang ada bunga cosmos di laman boleh cuba jadikannya jambangan segar ruang tamu.