Wednesday, June 18, 2014

Cekur Manis...

Cekur atau cekur manis antara herba yang sangat mudah ditanam. Cepat hidup. Lagi mudah jika ditanam dari ubi yang dah bertunas.. Tak sampai sebulan dah boleh tuai daunnya.. 
Cekur selepas 4 minggu…

Daunnya sedap dijadikan ulam dan ada juga orang gunakan daun cekur ni dalam masakan. Tapi tuan tanah belum pernah cuba menu yang menggunakkan daun cekur. 

Selalunya cuma masukkan ke dalam nasi ulam je. Ni pun pandai, sejak dok kat utara ni. Kalau sebelum ni tak terpanggil pun nak meng-ulam-kan cekur ni… Bau dia agak kurang enak… tapi bila digaul dengan ulaman lain tak lah terasa sangat.

Bunga cekur -  sekali tengok macam orkid kan?

Selain dari daun, bunga dan ubinya jugak boleh dijadikan ulam…tapi arwah nenek guna ubi cekur yang dikeringkan dan dikisar untuk buat bedak rambai. Cukup wangi!!




10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Meh kakak bagi resepi masak lemak guna daun cekur ana. Masak macam masak lemak cili padi tapi tambah ubi cekur yg ditumbuk dan hirisan daun cekur. Sedap!

Buat kerabu/urap juga kalau hiriskan daun cekur pun sedap tau.

sud@is said...

Kat rumah saya belum pernah berbunga lagi,, cantik bunganya purple putih, btoi sebiji macam okid, ada bau?

Normala Saad said...

Betul tu buah kerabu daun cekur sedap dan wangi.

Julie22 said...

Camne nak tanam cekur ni subur camtu kak? Julie tanam hidup segan mati x mahu je cekur ni, :)

nadia rashid said...

Yg cekur ni belum berbunga lg yg saya punya...betul dulu2 nenek sy pun guna cekur letak dalam bedak sejuk

Honey said...

Salam Ana,

Gemuk cekurnya tu kan. Campur dalam masak lemak cili padi ayam pasti sedap kan.

@na said...

1. kakzakie;
oooo ya...tima kasih sesgt...pasni nk cba masak lemak ikan...

2. sud@is;
comei kan bunga dia...tp sat je dah kuncup...

3. Normala Saad;
pasni ingat nak try buat kerabu...kak mala ada resipi? tlg share nnti, k

4. Julie M;
mudah je Julie, akak guna potting soil beli kat giant ja...dan pilih ubi yg dah bertunas...cpt je dia hidup...sipa bebunga plk tu...hehehe

5. nadia rashid;
dulu2 kita tk mkn sgt cekur ni kan nadia...rugi...hehehe

6. Honey;
Wassalam honey, nnti post resipi na...tq

Unknown said...

Da 2 jenis cekur..da sejenis lg cekur hitam..rasa lg pekat dan bunga unggu..

@na said...

Ct Mar;
saya penah tnm dulu...ingat pokok hiasan...blh makan ya?
tq sudi singgah dan kongsi di sini...

Unknown said...

Blh mkn kak ana..antara menu ulam kegemaran saya